30 December 2011

Two Thousand Twelve is Coming


Don't wait for the Perfect Moment. Take a Moment and make it Perfect.

Things to do:
 Make a difference
 Be a better person than this year
 Always find a reason to smile and keep smiling.

HAPPY NEW YEAR MY FRIENDS!
The trick to getting what you want is knowing what you can get.

29 December 2011

Random Story for December.

Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak update tentang diri sendiri di blog ini. Asyik nak update tentang cinta and puisi sahaja kan. Oleh kerana tiada apa yang harus aku kongsikan kepada anda semua, maka tak terupdatelah blog ini.

Sometimes, something are better left unsaid. Biarkan terpendam di dalam hati. Nak diluahkan, takut mengecilkan hati sahabat. Tetapi kalau disimpan, takut mengecilkan hati sendiri. Aku bertindak untuk menyimpan. Kerna hati seorang sahabat lebih penting berbanding dengan hati sendiri.

Working day? I'm just a normal worker. Baru mula berjinak dalam bidang menguruskan tender. Maksudaku tender compilation. Hurm bekerja mengejar masa. Bekerja mengikut dateline. Semakin hari semakin teratur. Pada mulanya memang rasa kelam-kabut but if you do things slowly but efficient, everything will going better. Kadang-kadang tak perasan pun benda tu dah nak siap. Hahha okay itu tipu.

Table aku dekat Office nie memang agak tertutup sedikit. Sekeliling penuh dengan separator. Meja pun agak luas sampaikan aku nak jawab phone call pun kena bangun sebab tak berapa nak sampai untuk ke hujung meja. Luas tak? Fikir sendirilah. Aku ada satu kabinet kecil. Actually semua orang disediakan cabinet ini. Cabinet mereka penuh dengan file tapi cabinet aku penuh dengan makanan. Roti? Blackcurrant Jam? Sugar Cream Crackers? Chocolate? Nescafe instant pack? Semua ada. Apa kau nak? Beras je tak ada dalam cabinet nie. Aku suka letak sini sebab boleh lock. So tak ada orang akan curi. Hehhe otak jahat.

Aku memang jarang makan tengahari. Keluar makan tengahari memang dah jarang. Ada tak ada pun aku join colleagues pergi makan dekat kafe DRB. Murah juga. Kadang-kadang dia datang temankan aku pergi makan. Tapi lately jaranglah sebab masing-masing busy kan. Aku busy dengan tender. Dia busy kesana ke mari. Hmm payah sikit. That's why dalam cabinet aku akan sentiasa ada makanan. Hehhe. Alasan.

Berat dah turun sikit. Dalam 2kg lebih kot. Okaylah sikit. Almaklumlah kan rumah aku takda lif. Turun naik tingkat 4 tu kan. Mengah gila kot. Sumpah aku nak duduk rumah teres je lepas nie.

Setakat nie aku dah boleh catch up sikit-sikit tentang work load aku nie. Hehhe. Semuanya mengikut jadual yang mereka tetapkan. Alhamdulillah. Jadual itu memang memudahkan. Kalau ada kena buat apa-apa yang tiada didalam jadual biasa, memang aku kena pakai sticky post. Kalau tak nanti aku lupa. Hahha teruk tak?

New Year dah nak sampai. Hurm confirm masing-masing dok tanam azam gila-gila kan. Aku? Azam aku adalah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Itu adalah summary of my wishes. Malas nak post satu-satu. Kang korang gelakkan aku kan kan kan kan!

Okay2. Sambung kerja balik. Aku tak nak kena stay back! Bye. Till meet again.

Wasalam.

Lagi jauh kita lari, lagi dekat ia datang

credit to Google.com

Assalamualaikum

Kadangkala kita terfikir. Mengapa kita diuji dengan kesukaran yang kadang-kadang mampu membuat kita untuk menjadi seorang yang mudah putus asa. Kadang-kadang kita bisa merasakan bahawa hidup kita bagai terhenti seketika tatkala memikirkan tentang segala masalah yang kita telah/sedang hadapi. Mungkin. Mungkin jua masalah-masalah itu datang dari kita sendiri. Manusia memang dilahirkan tidak sempurna bukan? Setiap orang pernah buat silap. Setiap orang selalu buat salah. Akan tetapi, apa yang kita harus tanamkan dalam diri kita sekarang ialah kita tidak akan melakukan setiap kesilapan itu lebih dari sekali. Cukuplah sekali.


Masalah sering melanda kita semua. Seseorang pernah berkata. Allah hanya akan turunkan kesukaran itu untuk mereka yang mampu menanganinya. Kita mudah terleka. Terbuai dengan kehidupan duniawi yang Maha indah. Mula lupa dengan Pencipta kita. Lupa diri. Hilang segala maruah semata-mata untuk mengejar kemewahan hidup. Bukan untuk mengutuk tetapi itulah hakikat sebenar yang berlaku pada diri kita. Jadi Allah turunkan sedikit kesulitan agar kita sedar bahawa kita seharusnya ingat padaNYA. Kepada DIAlah tempat kita mengadu nasib. Kepada DIAlah tempat kita berlindung. Kepada DIAlah tempat untuk kita berserah.


Masalah?Kesulitan?Kesukaran? Ianya tidak datang tanpa sebab. Mungkin dengan kesukaran yang kita alami itu mampu membuatkan kita tersenyum di penghujung hari. Mungkin juga dengan kesulitan itu mampu untuk mematangkan diri kita untuk menjadi yang terbaik dalam hidup kita. Masalah itu adalah pengalaman kita. Tanpa sebarang masalah, hidup kita tidak berwarna-warni. Kosong. Yang ada mungkin hanya 1 warna iaitu kesenangan dan kemewahan.


Kesukaran itu tidak menjadi sebab untuk kita patah semangat. Sesungguhnya kita harus menangani setiap permasalahan yang berlaku ke atas diri kita dengan cara yang positif. Mengelak sebelum terkena. Berfikir sebelum bertindak. Berusaha untuk keluar dari segala kesukaran. Dan akhir sekali barulah anda berdoa kepada Allah dan bertawakal kepadaNYA.


Wassalam.

19 December 2011

Refreshed!


How to work better:

Do one thing at a time
Know the problem
Learn to listen
Learn to ask question
Distinguish sense from nonsense
Accept change as inevitable
Admit mistakes
Say it simple
Be calm
Smile

Pretending to be happy when you're in pain, is just an example of how strong you are
as a person.

13 December 2011

Quote of the day.


Be brave. Take risks. Nothing can substitute experience.

Carnations.

Carnations bouquet as simple as this would be great for me. Love it!
Carnations? Not roses? Nope. Definitely I'm not a roses lover. I'm a carnation lover. Seriously. Why carnations? No reason. Hurm sigh~

Some said I'm not a normal person coz I hate roses. Women have to love roses! Seriously? Damn. I'm not! Totally not!

Its not a women's flowers. Its just a flower which we always defined it as a lovers flowers. Eww! Can I just love carnations? Please. Please. Please!

Right now I'm looking for a mug with a carnations patterned. Serious dah jumpa tadi but not in love with the design. I just want a sweet colors. Like pink+white and a lil bit of green touch with a white based. Is that hard to do?

Currently in love with white colors. Yeah white is not a color. But serious. Love white furniture's, whitey curtains and so on. Yang penting nak warna putih. Hmm letak bunga carnations sikit kan? Comel tak? Hehhe. Okbai.

12 December 2011

English languages?

Assalamualaikum.
Eventho tajuk dia tentang english but i'm not continuing my entry with fully English languages. Hehhe. Hurmm mukadimah yang tak best.

Actually aku sekarang nie bekerja dekat company yang most of the time akan bercakap menggunakan bahasa inggeris. Serius okay. In english! Nak bincang dengan boss for sure akan fully speaking. Eventho dieorang boleh je cakap melayu tapi dieorang tetap akan speaking. With my colleagues also like that.

Thats why if nak email tentang tender apa2 ke aku pakai copy and paste je. Mati kutu wehh nak karang ayat guna english. Kadang-kadang sampai nak order makanan pun aku dok speaking and I said "what the hell!!" Sendiri lupa diri tiba-tiba. Hahha.

English nie memang sangat penting buat masakini. Semua orang kena tahu. Semua orang kena belajar. Akan tetapi bila si orang baru tergagap nak cakap in english, korang dok gelak. WEHH! Bukan itu macam hah. At least kena bagi moral support baru orang itu akan rasa confident dengan apa yang die nak cakap.

Jangan sesekali kutuk orang yang salah cakap. tak baik okeh! Kita kena rajin mencuba. Every day akan ada new words yang kita belajar. For those yang dok bangga suka lagu omputih tuh, tapi tak faham meaning dia apa, toksah dok bangga deh. Kau reti sebut je. Maksud dia sepatah haremm tak tahu kan. So pi balik study balik ye.

Perkara yang membuatkan fresh graduates student failed nak apply kerja is, korang tak berani nak mencuba. Korang tak tahu isu semasa. Korang takut nak speaking. You're not fully prepared. Okay tips sikit nak bagi kat korang. Korang kena study apa jenis company yang korang apply tu. Jangan main tibai je. Sebab normally dieorang akan tanya. Kenapa korang nak apply situ? Apa benefit yang korang rasa okay? So study! Tengok company tu listed kat Bursa Saham ke tak. Then cakaplah yang korang nak kerja situ sebab its a big company and you'll regain much experience from them. Puji melambung sikit.

Hmm my cousin said, normally fresh grads takut nak speaking. What the?? Memang mula-mula takut tapi korang kena fikir. Korang kena speaking juga IF dieorang pun speaking. Hmm okay guys. Nak makan megi jap. (Amalan tak sihat. Jangan tiru!)

Jangan ajak saya tengok bola boleh?


For the first time in my life.
Tengok bola dengan 'Dia' dan kawan kami.
Dekat 2 kedai mamak.
From 11 until 1 am.
And from 5am until 7am.
And lepak dekat Dataran Shah Alam.
Tengok budak-budak baru nak naik merempit.
Plus tengok kereta-kereta yang sangat bising gila.


Conclusion is: Jangan ajak saya tengok bola lagi. Sebab saya akan tidur sepanjang masa plus saya akan mabuk tidur disiang hari. Hahha.

p/s: Saya dah cuba untuk tengok bola sampai habis. Penyudahnya saya dok tengok muka orang-orang yang tengah tengok bola nie. What the? Muka masing-masing gila serius. Hahha. Kelakar kelakar. Memang saya dah cuba nak minat bola tapi saya mampu bertahan selama 10-15 minit je and lepas itu saya tidur. Membosankan kan?

09 December 2011

Coklat and me?

Assalamualaikum.
Nowadays aku dah kurang gila makan chocolate. Its not because I'm on diet or what. But still. Memang kurang gila makan chocolate. Dulu memang gila coklat. Serius! Pantang jumpa memang nak rembat aje. Takde toleh kiri kanan dah. 1 bar besar aku boleh habiskan sorang tau. Nak2 if Cadbury's. Perghh gila ah. Serius.

Tapi sekarang memang dah jarang layan coklat. Entahlah. Tak tahu kenapa. Bila umur dah nak masuk 26 tahun next year nie rasa macam banyak dah berubah. I'm not Cik Effie yang comel2 macam dulu-dulu tu pakai blouse kawaii cute2 dengan selendang ada reben with a flat shoes anymore okay. Hahha so tak boleh nak keluar berjalan-jalan pakai macam budak-budak kecil lagi dah. Tak boleh nak makan Chupa Chups sambil berjalan. Tak boleh nak makan coklat sambil berjalan dah. Sekarang benda pelik yang aku buat is makan kuih dekat atas motor yang sedang bergerak. Yepp sedang bergerak. Because pagi-pagi aku tak sempat nak breakfast dekat rumah. Tuh yang buat perangai gitu.

Aku sekarang suka coklat juga. But not a chocoholic anymore. Tapi kalau aku jumpa Black Forest Cadbury Chocolate memang aku tak teragak-agak nak beli. Jangan bagi aku jumpa je coklat tuh. Mengidam. Hahha.

Dari kecil memang aku tak suka coklat yang bukan coklat. Means macam kek coklat ke, aiskrim coklat ke, or benda-benda yang bukan coklat bar memang aku tak suka. Entah. Muak. Aku tengok sesetengah orang selamba je makan kek coklat with full cream of chocolate and siap ada lava lagi dekat tengah. Dah macam volcano dah. Hahha. Aku tengok pun dah muak. Unless if makan dengan icecream. Then it would be great for me.

Kesimpulannya disini. Aku akan makan Black Forest je sebab dia ada jelly kenyal kat dalam tuh and ada kacangs! Hahha okbye.

blank.

Assalamualaikum.
Hurm. How to start? Where to start? Its been a long time tak update blog kan? Actually I dont have anything to share with you guys. Seriously. I dont.

Memang malas nak merapu dekat sini. Sebab aku bukan jenis orang yang suka merapu. Hahha. Yeke Cik Effie tak suka merapu? Some of you might think. Bilalah Cik Effie kau nie nak tukar profile pic. Dok ulang gambar yang sama je kan. Suka pulak aku nie amik gambar muka sendiri kan. Nope. Thats not me. I dont like taking pictures. I dont like candid pictures. Aku tak suka orang tengok gambar aku. Mahal tau gambar aku. Hahha.

So far kerja okay. I've got a great colleagues. Dieorang memang ajar aku benda yang basic daripada yang basic. Hahha means dari '0' ah kan. Memang good good lah kan. Hehhe. Till now, dah seminggu aku kerja dekat situ. And setiap hari akan ada input baru untuk aku update dalam memory tubuh badan aku.

Wehh pergi kerja pakai baju kurung tuh. Hari nie je tak. Hahha sebab aku malas nak berbaju kurung hari ini. Malas nak iron eventhough pagi tadi bangun pukul 6 kan. Aku pelik ah kenapa aku boleh bangun awal hari nie.

Okaylah. Dah start merapu kot. Tuh yang malas nak start tuh. Payah nak stop. Aku kan suka membebel. Hahha. Tanyalah Yus macamana aku boleh tak stop bercakap. Dia jadi tukang dengar je. Hahha Diam kau!

Nota kaki: Orang yang tak kenal aku memang akan cakap aku sombong. Actually aku tak sombong. Aku tak reti nak memulakan perbualan. But if aku dah bercakap memang aku akan susah nak stop bercakap. Ini serius!

03 December 2011

Recovering

Now I know how to handle my problems.
My health problems and my life problems.
There too many problems.
But now I think,
I'm quite strong enough to be me.

Appreciated for what you had done to me.
Thanx coz lighten up my life when I'm down.

Thanx for keep loving me.
Thanx for keep reminding me.
Thanx for everything.

I'm not in a mood to do blogwalking.
My health condition are getting better.
And I hope,
This is the first and the last.
It's hurts me well.

Calling all the doctors.


Apakah rawatan yang paling mujarab untuk hilangkan 
ulser dalam mulut @ mata ikan and surutkan bengkak tonsil? 
Please help me! Urgent matters. Really. Sakit sangat.

Please reply comment dekat post ini if korang tahu macamana nak buat dia jadi baik

02 December 2011

Tonsil aku bengkak.

Assalamualaikum semua.
Yepp tonsil aku bengkak. Tak selesa beb. Serius tak selesa. Sebab aku nak telan nasi pun payah. Kau tengok ah hari ini ada ke aku update pasal resepi baru? Means aku tak masaklah tu. Hahha. Tapi pagi tadi aku beli mihun goreng dekat bawah blok. Siap dapat pau lagi kau. Hahha tak ah. Aku beli pau kaya and chocolate sekali. But not worth it coz pau itu macam tak sedap. Entah ah aku nie betul ke tak aku tak tahu. Almaklumlah tonsil bengkak kann.

Berbalik kepada isu tonsil. Aku nak telan air liur pun sakit. Dahlah now aku tengah busy batuk. Tiba-tiba boleh pulak encik tonsil join the club nak bengkak sama. Wehh tahu tak tuan kau nie lapar tak makan sehari suntuk? Seksa tawu!

Malam nie aku nak hang out dengan encik cinta. Actually nak pergi ambil gambar passport and then kena keluarkan duit sebab nak bayar duit sewa. Dan tujuan lain adalah untuk mencari aiskrim. What the? Ada kaitan kah disini? Ada tau. Sebab kawan aku cakap kalau tonsil bengkak kau jangan bantai minum air suam konon nak bagi cepat baik. Padahal makin teruk kot. Kalau bengkak kena makan or minum benda-benda sejuk. Tak payah ah gelak. Aku serius nie.

Makan or minum benda-benda sejuk nie macam kau makan aiskrim ke, tembikai ke, air 100 plus ke kan. Boleh tak encik cinta cakap aku degil batuk-batuk pun nak minum air batu. Sebab dua minggu lepas aku baru baik batuk. Time tuh bengong lagilah bila tonsil bengkak dok minum air panas. Dah tuh time aku kat Bangi, kedai runcit banyak so memang tak ah aku nak cari air suam ke kan. Aku bantai minum air Sprite. Sumpah wehh. Air Sprite yang botol hijau tuh yang ada gas tuh yang kalau orang Jawa panggil Carbonated Drinks tuh. Air tuh ah aku bantai. Sebab otak jahat aku cakap, "kau minum air panas tak baik-baik so daripada sakit hati baik kau minum je air sejuk." Hahha elok pulak 2-3 hari lepas tuh batuk aku hilang. Hampess. Kalau aku tahulah, hari nie batuk, esok aku minum air Sprite je.

Tapi kalau kau buat macam aku tapi tak baik-baik jugak, kau janganlah 100% salahkan aku. Aku nie bukan doktor pakar. Doktor biasa pun bukan. Aku belajar akaun and IT. Hahha so aku kira-kira, antibodi setiap manusia tak sama. Kalau benda nie elok pada aku, tak semestinya akan elok pada korang kan. Hehhe. Okbye.


Aku nak pi makan aiskrim banyak-banyak. Encik Cinta pun akan dipaksa makan jugak. Sebab dia tak suka benda sejuk. Hahha. Nak tunggu pukul 8 dengan rasa tidak sabar boleh? Seminggu dah kot tak jumpa dia. Tipuuu. Diam kau!

01 December 2011

3 days to go

Assalamualaikum.
3 days to go huh? Hari itu ingatkan macam lama sangat nak tunggu. But bila makin lama masa itu berlalu semakin pantas. Serius tak sabar. Hahha wehh kau tunggu apa seyh? Tunggu nak masuk kerjalah. Nak kena lapor diri dekat my new boss. Lady boss! Looks okay. But my friend told me that she will be really strict whenever it goes to work duties. Hmm its okay. I do hope that I will make her proud of me. After this dah teramat jaranglah kot nak online kann! Kerja dari pukul 8.00 pagi sampai 5.30 ptg. Pergi kerja pukul 7.00 pagi. Balik kerja paling lewat pukul 6.30 ptg. Sebab aku tumpang orang kan. Pasrah ajelah. Pergi kerja pakai baju kurung beb naik motor. Hahha aku tak sure aku boleh ke tak. Sebab aku ingat last aku pergi mana-mana naik motor pakai baju kurung masa jadi student dulu. 2 years ago. Hmm amacam? Lama okay untuk orang yang takut naik motor nie. Hahha. Hmm okaylah. Disebabkan aku malas nak update panjang hari ini, aku stop dekat sini aje yek. Malas aku. Hahha. Bukan ada cerita best pun nak bagitahu korang. Hehhe. Thanx for reading! See ya next time >_<"
Entry tanpa perenggan memang menyusahkan orang nak baca kan. Hahha aku malas!

Happy December.


OMG! I'm just in love with this beautiful flowers. I'd rather choose any colours of carnations than roses. I don't like roses. Specially for the red roses. Okay fine! I'm not a romantic person. Totally not. But I do know how to expressed my love to someone I love and do care.

This December gonna be a hectic days. Lots of wedding ceremonies, Christmas Eve, New Year celebrations. For whom to be a bride-to-be, hope you'll have a beautiful and joyous marriage. Merry Christmas in advance to whom who celebrate it!

Berjimat cermat itu wajib




Assalamualaikum.
Sigh! Aku start kerja isnin depan. Hmm berapa hari je lagi kan. Tak sabar lak rasa. Eventhough ada sedikit perasaan gementar. Tapi tak apa. Peluang dah aku rembat. Takkan nak sia-siakan. Ye dak? Hmm bila start kerja minggu depan, maknanya first gaji pun dapat bulan depanlah kan? Hahha stupid question.

Aku nak sangat next month dapat cuti krismas and dapat first gaji before krismas coz aku plan nak balik JB. My hometown of course. Hahha. Dah dapat gaji first memang aku niat nak belanja ibu and ayah makan sedap-sedap and belikan barang sikit.

Rite now aku tengah broke gila sebab tak berduit. Duit itu ada tapi ngam-ngam sampai tengah bulan kot. Hahha bengong. Hari itu aku kerja dekat kedai dobi pakcik aku dapat RM50 sehari. Bolehlah menyimpan. Then my ayah masukkan lagi RM100. Hmm so rite now dah tolak duit buka akaun Allianz, makan and beli barang dapur hari tu pada aku dah tinggal berapa je nie. Hmm pakcik aku suruh kerja balik tapi sumpah letih sangat-sangat. Hahha. 12 hours tu. And most of the time tak ada masa nak duduk lama.

Aku baru plan pagi nie nak pergi beli breakfast dekat bawah blok aku nie. Actually kawasan rumah nie memang banyak blok. Ada berpuluh-puluh kot. Majority student Uitm Shah Alam yang sewa sini. So makanan dia a lil bit murahlah. Still reasonable ah kan.

So aku fikir balik if aku turun bawah nanti, paling kurang kopak gak RM5 and kalau aku turun bawah, aku sure gedik nak beli topup kat kedai bawah lak. Perghh tak leh tak leh! Setiap sen sekarang ini amat bermakna dalam hidup aku. Thats why aku tengah rajin nak masak sendiri.

Hehhe tukar plan. Pagi nie aku nak breakfast roti and telur mata je. Then tengahari aku goreng telur masak sos ke kicap ke and makan dengan nasi putih. Aku dah kata. Aku masak untuk lepas diri sendiri bolehlah. Untuk jamu orang aku tak berani lagi. Hahha. Okay bye.

Target aku adalah untuk simpan separuh dari duit gaji aku.
Separuh dari simpanan itu untuk persiapan perkahwinan aku.
Hahha. Wehh seriuslah!

12.00 am

Still awake.
Waiting for someone.
Sigh.