22 April 2010

Tips Penjagaan Rambut Cara Effie

 
 
 


 
Salam Semua..Okey hari ini Effie nak share sikit pasal cara Effie jaga rambut Effie..Some of you ada masalah dengan kelemumur, rambut gugur dan sebagainya kan?Okey entry ini Effie nak kongsi cara-cara nak atasi masalah itu..Lets Check it out..!



Diffenrent people have different hair types..Seriously kiter rasa sangat bersyukur sebab dikurniakan rambut yang senang dijaga..Cuma tak boleh panjang sikit sebab rambut panjang cepat gugur..For me lah..


*me time kecil2..Saja nak tunjuk bukti yang fi tak straightened my hair kat kedai*

Rambut adalah mahkota setiap insan..Chewahh..Hehe tengok rambut jerk orang dah boleh agak dia nieyh jaga kebersihan ke tak kan..Haha betul okey..Kau cuba bau rambut dia kalau wangi, jenis yang jaga kebersihan..Kalau bau hapak tuh faham2 jerklah..Okey stop right there..

Rambut yang cantik bukanlah dari segi warna rambut atau kepanjangan rambut itu tapi ianya dikira dari segi sihat atau tidak rambut itu..Tuhan dah cipta rambut kita bersesuaian dengan bentuk muka kita dan personaliti kita..Buat apa kita nak ubah kan?



*okey my hair taklah hitam berkilat sebab ia memang dah warna macam ini dari kecil*



Memang ramai yang mengalami masalah rambut gugur dan kulit kepala berminyak..Minyak di kulit kepala adalah semulajadi..Ia membantu untuk menguatkan akar rambut..Sebab itu kalau kulit kepala kita berkelumumur, ia terjadi akibat lebihan minyak pada kulit kepala dan juga rambut tidak dicuci dengan bersih..

Cara Effie jaga rambut adalah seperti dibawah..
  • Syampu rambut 2 hari sekali..Ini untuk mengelakkan lebihan bahan kimia di kulit kepala dan akan menyebabkan minyak di kulit kepala hilang terus..Hehe..Maksudnya dekat sini, kalau syampu rambut tiap-tiap hari, minyak semulajadi itu akan hilang dan itulah yang berlaku keguguran rambut yang teruk..sebab tak ada pelindung dah..Okey?

  • Bila tak syampu rambut selama 2 hari itu, rambut akan jadi busuk..So nak elakkan jadi busuk, sila tabur bedak, any kind of it..Tabur bedak dekat atas bantal before korang tidor okeyh..Petua ini kiter dapat dari Hanis Zalikha and ternyata memang berkesan sangat..Jangan tabur atas kepala pula!!nanti macam nenek kebayan

  • Before nak syampu rambut, Effie suka buat macam ini..Ambil sedikit Johnson's Baby Oil yang botol warna hijau sebab dia ada ALOE VERA dan VITAMIN E yang bagus untuk rambut dan sapukan keseluruh rambut anda terutama pada bahagian kulit kepala..Biarkan selama 30 minit lepas itu mandi seperti biasa dan syampu rambut anda..

  • Bila syampu, Jangan kedekut untuk letak conditioner..Syampu yang bagus adalah yang jenis syampu dan conditioner yang berasingan..Effie guna Sunsilk Layers Texture Definition..Sesuai dengan potongan layers rambut Effie..

  • Bila guna conditioner, sila jangan letak dibahagian KULIT KEPALA sebab nanti rambut mudah gugur sebab Conditioner ada bahan kimia kan!Whoa cakap letak bahan kimia dekat kepala sure semua orang takut..Utamakan bahagian rambut dahulu lepas itu lebihannya tadi baru sapu dibahagian kulit kepala anda

  • Time Effie tak syampu rambut..Effie guna Sunsilk Straight Perfection Protecting Leave On..Okey i have to admit this stuff memang sangat bagus untuk memelihara rambut lurus agar ia terus lurus dengan cantik..Diperkaya dengan Aqua-Lysine Complex yang boeh meluruskan rambut dengan meluruskan serat rambut dan ianya mampu melindung rambut dari haba kalau korang ini rajin guna straightener or blower..Seriously tak digalakkan okey guna itu semua kalau tak ada protection sebab memang rambut korang akan lurus tapi kalau guna selalu, rambut korang akan kering, mudah rapuh dan berpecah2 di bahagian hujung rambut..
Ini adalah produk yang Effie guna untuk rambut Effie..



Anda tidak digalakkan untuk....

  • Straightener atau blower tidak digalakkan untuk keringkan rambut..Nak guna boleh tapi mesti ada heat protection dulu sebab nanti rambut mudah rosak..Kalau nak keringkan rambut guna hair dryer, pastikan rambut anda tidak terlampau basah dan jangan guna hair dryer pada jarak dekat dengan rambut..Keringkan rambut guna tuala dahulu after that baru guna hair dryer..Okeyh?

  • Mewarna rambut tidak digalakkan sebab bahan pewarna ada bahan kimia yang tidak elok untuk rambut..Kalau korang warnakan rambut, sila pakai syampu yang sesuai untuk rambut yang berwarna..

  • Rebonding rambut juga adalah sangat-sangat tidak patut kalau orang itu malas nak buat treatment rambut..Treatment rambut di saloon bagi yang rebond rambut memang sangat-sangat digalakkan sebab rambut korang bila dah diluruskan, tak semestinya ia sihat sebab bila kite rebonding rambut, suhu yang digunakan terlampau panas untuk rambut okey..Unless if korang buat rebonding kat tempat mahal-mahal normally dieorang bagi hair protection sikit..

  • Cabut rambut memang adalah penyakit..Orang yang suka cabut rambut ini tangan dia tak boleh duduk diam..Mesti gatal nak check rambut and kalau terasa rambut dia rosak, terus dicabut..Ouh sangat tak patut okey..Nanti korang akan cepat botak..Nak ke??

Kesalahan bila membuat hair treatment....
  • Pakai conditioner start dari kulit kepala..Hmm nanti rambut cepat sangat gugur..
  • Guna leave on tapi tak tahu macamana nak guna..Korang kena mulakan dengan hujung rambut terlebih dahulu dan lebihan itu baru sapu dekat bahagian atas rambut..Okey?
  • Syampu rambut tiap hari pun salah..Sebab nanti minyak semulajadi itu akan hilang
  • Syampu rambut tidak bersih juga salah sebab nanti ia akan jadi kelemumur...Nak ke??Ambil masa untuk bersihkan rambut anda
  • Pakai tudung or topi bila rambut basah akan buat rambut kite jadi berbuah2..Macam anggur tu buah dia..Tak percaya?Sila try..
  • Biarkan rambut kering baru korang ikat rambut okeyh..
Makanan untuk rambut sihat...
  • Sumber makanan yang mengandungi Vitamin E..Vitamin E terdiri daripada sayuran berwarna hijau, kekacang dan telur..Vitamin E membolehkan kita mendapat rambut yang bersinar kerana ia membantu melancarkan perjalanan darah di kulit kepala dan meningkatkan peredaran oksigen..
  • Sumber makanan yang mengandungi Vitamin A seperti lobak merah, dan buah-buahan dan sayuran yang berwarna oren..
  • Sumber makanan yang mengandungi Vitamin B Complex seperti ikan, daging berwarna merah, sumber tenusu dan buah-buahan..Ia membantu untuk mengekalkan sinaran rambut anda, mengurangkan masalah rambut gugur dan masalah rambut beruban..

*me with my lil sis Najwa..Seriously rambut dia memang hitam dan gila lurus okey*

Okey dah banyak yang Effie share dengan korang..Silalah cuba tips dari Effie okey..Have a great hair everyone..!

12 comments:

M!Er4N said...

kala xde rambut mcm mana effie?heheheh

e F F i e said...

HAHAHA yang takde rambut sila duduk diam2 okeyh..

Chaon Cornerz said...

hahha.. kesengalan berganda jugak kawan effie tue.. chumell la kakak fi.. nak mintak sain die.. hahha.. tabur bedak atas bantal pun boleh puteh jugak rambut.. kan2..

e F F i e said...

oii..tu my lil sisterlah..adik fi..baru form 5..huhu..tapi lau nak cakap dia kakak fi, dipersilakan dengan segala hormatnya..HAHA..sebab tuh kena tabur bedak before tidur..sebab esok pagi dah takde putih2 dah..unless kalau kamu tidur tak gerak2..huhu

Sari Yusa Ibrahim said...

akak nak tukar bedak dengan minyak wangilah.. tapi rmbut ahkak 2 hari pun msh wangi tau. Akak mcm effie, shamppo 2 hari skali..

darkbatman said...

wahh..tips yg bagus effie.. aie bace sampai byk kali wooo..ahaha..leh apply ne..memang seyes banyk aie xtau.

e F F i e said...

akak sari: hehe minyak wangi tak boleh sebab minyak wangi ada alkohol..nanti rosak pulak rambut..bedak pun fi letak bedak johnson's baby jerk..ehehe..

e F F i e said...

aie:hehe cuba try testlah okeyh..huhu..tips nieyh sikit jerk baru..huhu segan fi..aie lagi banyak bagi tips kowt..

Yana said...

Wah, terima kasih tipsnya berguna sekali untuk aku :)

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Untuk mereka yang selalu mengamalkan rebonding atau luruskan rambut, bolehlah dapatkan tips penjagaan rambut selepas rebonding di:

Penjagaan rambut selepas rebonding

Semoga tips di sana dapat membantu anda menerokai dunia baru dlm penjagaan kecantikan rambut. TQ.

Anonymous said...

i'm new here.....bru nk cbe tips nie..klu dew any changed...i tell about it

Anonymous said...

Johnson baby oil warna putih boleh tak?... Sebab dah terbeli