31 October 2011

Simple but interesting.

Salam semua. Apa mimpi entah nak update banyak-banyak entry hari nie kan. Hahha. Hmm chop ada orang kata belog aku nie simple sangat. What? Hmm pada aku dah serabut dah nie. Hahha.


Actually aku memang suka keadaan belog aku yang macam ini. Sebab tenang sikit fikiran tu memandang. Ini ada belog yang akubaru cecah tangan je dah berpinar pandang dia punya colour yang memancar-mancar bak kilauan suria di tengahari.


Aku suka main dengan colour yang soft and sweet macam light pink, baby blue, lavender and so on. Aku tak suka buat blog aku jadi berat dengan pelbagai widget. Nak load pun makan masa kan. Hahha.


Tapi,
Ada gak jenis girl yang suka letak macam-macam widget and macam-macam lagu and colours. Haiyoo okay aku tak suka. Kau suka? Serabut der orang baca. Mana satu tulisan mana satu orang mana satu blog pun aku tak nampak. Nak tekan benda lain leh lak gi pindah tempat lain. Hoh pening!


Dah ah blink blink. Lepas itu ada gambar joget-joget. Glitter-glitter sana sini sumpah memang aku tak suka. Alahh cakap je ah kau tak pandai buat macam itu kan fi? Hahha lau aku reti pun aku tak nak buat. Bukan Cik Effie ah tu kan.


Okay tuh je nak cakap. Buat entry nie pun lepas balik dari satu blog nie yang tetiba buat aku pening kepala. Hahha okay bye korang.

Aku ingat lagi [Part One]

Salam.

Hmm tetiba aku teringat time belajar dulu. Kenapa ntah teringat balik. Aku nie dulu nak kata mewah memang tak ah. Nak kata aku nie susah sangat pun tak ah. Sederhana beb. Kaki shopping memang bukan. Kaki makan pun tak sangat kot. Buktinya time belajar dulu aku turun berat badan sampai 10kg in a year. Okay diet kah?


Keep Searching



I know it's hard.
But I have to move on.
I know someday I will get what I wanted.
Hope so.


The minute you think of giving up,
Think of the reason why you held on so long.

Congratulations to Afzal Azhari and Nurul Akmal

At Kak Akmal's home. Majlis pernikahan dieorang.


From left to right. Mak Ngah, My aunt, ME, My Mom, Mak Uda.


Me and Ibu


At Dewan Jugra. Majlis persandingan sebelah perempuan


ME, Ibu, Aqil, Afiq, Ayah and Najwa.

P/s: Gambar pengantin belum boleh release lagi. Next entry k.

Lean on each other's strenghts.
Forgive each others weaknesses.

30 October 2011

Quick Updates



Aqil is learning how to use my handphone properly. Just because my phone is a touch screen android phone so than dia kena pegang phone baik-baik sikitlah kan. Baru tukar tak sampai sebulan. I'm using Sony Ericsson Xperia X8. Phone nie memang best gila sebab camera 3.2mp and sound dia pun okay. Memory card 8GB. Function dia memang best. If ada install Market, boleh download games and other applications yang best. Android 2.0 so better jugalah.


Next week Raya Haji kan? Hmm plan kiteorang? BBQ in JB ah apa lagi. Lagi pun dah lama tak buat BBQ yang semua orang ada dapat berkumpul ramai-ramai.


Last week on 27th October my lil sister buat BBQ with her friends to celebrate her BFF's birthday. Fun gila dengan budak-budak nie. Most of them dah boleh drive sendiri. Dieorang yang setelkan sesi membakar semua. Start pukul 10pm till 12am.


Driving license? Hmm setakat nie dah belajar 3 jam praktikal L. Mampus! Baru 1 round dia tunjuk terus suruh bawa kereta sendiri. Okay fine tiang sebatang je jatuh plus kereta mati enjin banyak kali.


Aqil dah pandai main games dekat my phone and tahu macamana nak guna camera and tengok video upin ipin dia tuh. Naik letih dengar budak kecik dua orang tuh bercakap.


Laptop dah makan lebih dari RM600 untuk servicing. Perkhh memang gedik. Jangan buat hal lagi dahlah eh.


Okay this is just a quick updates. Without any explanations of course. Nantilah lau ada masa nak update gambar pula. Gambar berlambak tapi nak kena tunggu Aqil tidur baru boleh update gambar. Lau tak nanti bila dah nampak gambar dia terus tak nak ganjak gambar lain dah. Okay bye!


Being friends with you has added a bright spot to my life

Flowers in my lil heart





Thanx for always listening to me.
Supporting me and encouraging me.
You're a true love.
And I want you to know how much I love and appreciate you.
you're the best.


P/s: Hati berbunga-bunga riang kerana mendapat laptop berwajah baru dan dah di baik pulih.

20 October 2011

#1 Driving License

Hmm for sure ada yang tahu aku memang tak ada lesen memandu lagi. Hahha okay I'm 25 now. Normally at my age korang mesti dah drive sendiri. Dah ada kereta sendiri kan. Tak yah tipu. Tauuu..


Hmm actually baru-baru nie aku dah gi daftar untuk belajar memandu. Sekali dengan adik aku. Tak pernah mimpi pun but hmm relakan je r kan. Hahha. Baru je habis buat computer test. Adoihhh nasib baik lulus.


Dah ah jawab time sejuk-sejuk. Demam plus batuk plus gastrik lak tuh. But Alhamdulillah aku dapat 48/50. Hmm tak payah repeat lagi kan. Soalan dia tak susah mana pun. If korang membaca and jawab contoh soalan yang dia bagi kat buku yang ada 500 soalan tuh, for sure korang akan lulus. Sebiji2 baii.


After this nak kena wat latihan teori and amali lak. Heish tak sabarla pulak rasa. Nak cepat habis cos nak bawa kereta ayah. Hahha vios tuh. Larat ke fi?


Before daftar lagi dah tanya ayah "Ayah. If Efi dah ada lesen, ayah bagi tak bawa kereta nie?" Hahha. Ayah aku jawab tengoklah dulu pada cara awak memandu. Hahha ada can lagi kan tuh?

19 October 2011

H A P P Y

#1 Dapat betulkan screen laptop ditaja sepenuhnya oleh Encik Ayah. Woahh RM380 tu!

#2 Dapat cover laptop baru.

#3 Dapat mouse baru colour light blue or i always called it Baby Blue.

#4 Dapat broadband baru.


Hahha.. Itu je nak bagitahu. Thanx to my lovely ayah!

13 October 2011

What a day!

salam semua. phew memang penat gila hari ni..dah r hari mendung je sePnjang hari..dapat sida baju sat je..hupm..kat dakam rumah lagi cepat kering kot..actually sekarang ngah busy cari kerja dekat area KL..rumah pun x jumpa lagi ni! help md!!hari ni sehari suntuk call rental owner tapi rumah yang nak sume da ada orang masuk! yang ada tu dah r sewa mahal..jauh ngan transport lak tuh..hmm sedih pulak..


hmm dah r kena update belog guna fon..xleh naj main ngn coding sangatla..xsyok..hmm cam skema je kan..hahha..hmm okayla kot..xbest update guna fon..nite nite korang!mmuax!

02 October 2011

Almond London

Hmm raya hari tu aku tak sempat gila nak update belog kan. Haremm satu hape entry pun tak kuar dari belog ni tentang raya. Well hahha busy bisnes..


Actually aku bisnes jual almond london untuk raya. Untuk kawan-kawan and orang office ayah aku je. Tapi best jugalah. At first sebulan before puasa aku dah pass tester. 2-3 biji sorang bungkus dalam zip plastics. Apa yang aku belajar masa jual barang kuih nie adalah, korang kena pass sample kuih one month earlier before puasa coz time puasa korang memang dah tak sempat nak amik order dah. Plus musim raya nie memang ramai yang jual biskut raya. So korang kenalah berebut untuk dapatkan order yang banyak.


Aku baru nak berjinak-jinak buat Almond London nie. Baru nak try this year. And income dia quite good juga. Raya hari tu untung bersih aku adalah around RM500. Hmm itu dah tolak modal. Aku jual pun tak mahal. 50pcs untuk satu balang dijual pada harga RM25 sahaja. But untuk yang order 5 balang keatas aku bagi diskaun sikitlah. Hehhe.


Ada sorang member aku kat JB nie dia dah order banyak dah. Start dari before puasa until now, dia dah order almost 20 balang dengan aku. Thanx a lots to him! Hehhe.


Tips nak berjaya dalam bisnes ini adalah, korang kena bagi yang terbaik. Customer hanya bagi 1 peluang setiap seorang. Kalau benda yang dia makan itu sedap dan berbaloi, dia akan datang balik. Tapi kalau benda yang dia makan itu tak sedap dan tak memuaskan, dia akan lari. So peluang yang satu ini memang korang kena jaga betul-betul. Sebab sekarang dah banyak competition.


Lagi satu nak pesan. Bila buat sample, korang kena buat betul-betul. Jangan main asal boleh je. And kalau dah banyak order, korang kena buat yang rasanya sama dengan sample yang customer korang makan. Jangan bila dah kaya, korang lupa pada customer korang.


Resepi aku nie sama je kot dengan resepi korang agaknya. Cuma aku gunakan esen vanilla yang pekat and tambahkan emplex je. Esen vanila tu susah nak dapat. Warna dia memang beza dengan Star Brand Vanilla Essence. Star Brand punya warna hitam. But bila dah sekali mix terus hilang dia punya bau. Esen vanila yang aku pakai nie warna gold. Tapi memang pekat. If korang guna yang ini, memang sedap. Bila dah bakar pun tetap akan rasa vanilla dia. Bau dia memang sebiji macam Butter Cookies.


If nak try esen vanila nie, korang boleh beli dekat Dairy Master And Food di Larkin Perdana. Lokasi bersebelahan Butik Satinni Larkin Perdana. Korang boleh try yang botol kecil dulu then baru korang beli botol besar. Aku ada lagi 1 liter kat rumah. Tahan lama and sedap. Hehhe.


Okay guys. Aku nak kena out dulu. Petang kang nak buat Almond London lagi. For those yang berminat nak order dengan aku, korang boleh contact aku kat 0177490767 (Effie) Aku jual harga yang sama je. 50pcs 1 balang RM25.