10 March 2010

jangan merendahkan teh hijau


orang selalu tolak tepi hidangan teh hijau..walaupun air teh itu telah dipelbagaikan perisa dia tapi bila sebut saja pasal teh hijau, normally expression yang kita akan dapat adalah seperti ini..


Kalau anda nak tahu, teh hijau atau dalam bahasa inggerisnya adalah green tea ini mempunyai banyak khasiat bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga untuk kecantikan wajah (cepat2 take notes)

Menurut kajian yang dijalankan oleh para saintis, masyarakat Cina telah menemui khasiat daun teh hijau dan telah menggunakannya semenjak di zaman purba lagi..Ia dijadikan sebagai ubat untuk menyembuhkan segala jenis penyakit daripada pening kepala biasa sehinggalah kepada penyakit tekanan..

Di dalam buku GREEN TEA: THE NATURAL SECRET FOR A HEALTHIER LIFE yang ditulis oleh Nadine Taylor, ia ada menyatakan bahawa daun teh ini telah digunakan selama lebih kurang 4000 tahun dahulu (betapa ketinggalannya aku)

Secara rambang, daun teh ini dapat menyembuhkan penyakit- penyakit seperti penyakit jantung, menurunkan paras kolesterol dalam tubuh dan atritis

Teh hijau kaya dengan Catechin Polyphenol terutama Epigallocatechin Gallate (EGGG).. Ia merupakan antioksidan yang kuat..Dapat menghalang pertumbuhan sel kanser..



Teh hijau mampu menghalang kesakitan pada gigi..Ia dapat membunuh bakteria yang tumbuh pada plak gigi anda dan dapat menghalang terjadinya keracunan makanan..

Bagi wanita, teh hijau dapat menghalang berlakunya kanser payudara..Teh hijau juga berkhasiat untuk membantu membakar lemak (sesapa yang "on diet" silalah minum teh hijau),menurunkan tekanan darah, dan melindungi diri dari diabetes dan hepatitis. Teh hijau juga berfungsi untuk mencegah bau nafas yang tidak enak serta meningkatkan kekebalan diri...


Bagi mereka yang masih baru dalam dunia teh hijau, cara hidangan yang dicadangkan adalah seperti ini..Ambil seuncang teh hijau yang boleh didapati di kedai2 biasa..saya gunakan Teh Hijau BOH..okay masukkan air panas kedalam cawan anda..pastikan air itu tidak terlampau panas..rendamkan uncang teh hijau itu kedalam air panas tersebut..Biar selama 1 hingga 5 minit..Tidak digalakkan sama sekali untuk menambah susu..ini kerana susu boleh menjejaskan khasiat teh hijau itu dengan meneutralkan kandungan Polyphenol atau lebih dikenali sebagai antioksidan..antioksidan mampu untuk melambatkan proses penuaan..jika air terlampau pahit, tambahkan SEDIKIT gula..



Peringatan kepada anda..walaupun teh hijau mempunyai pelbagai khasiat namun jangan pula lupa bahawa ia tetap mengandungi kafein..Jika terlebih ambil, ia akan menyebabkan gangguan tidur (insomnia),dan ketidakaturan degup jantung..tetapi kandungan kafein didalamnya adalah lebih rendah berbanding dengan kopi dan minuman bergas..Ianya hanya kepada mereka yang mengambil air ini terlalu banyak dalam satu jangkamasa terdekat..

 Kitkat versi Green Tea

 Yeos pun dah ada minuman teh hijau

Tips dari saya..Jangan buang uncang teh hijau yang telah digunakan..Tampalkan pada kedua-dua belah mata anda..ianya membantu mengurangkan lingkaran hitam dibawah mata..


Jangan jadi seperti ini

tampalkan pada mata sambil dengar slow music dan tidur







glitter-graphics.com

3 comments:

ar-jie With loVe said...

assalam awak,

nak tnye brand green tea apa yg awk gune utk facial? tea cap lipton, tea cap boh tu xleh ker? heheheh

erhm, dari pengalaman awk,setakat mana berkesan ?

i'm eager to have the knowledge from u, dear =)

Cik Effie said...

Hai there. Green tea cap lipton boleh jugak. Boh pun jalan jugak. Tapi nak lagi bagus, Guna green tea leaves and letak dalam satu uncang kain and tekap kat mata. that one more pure.

Tak kesah sebenarnya nak guna yang mana satu pun. Yang penting kena rajin. Jangan buat sekali dua je pastu surrender pulak. Air teh hijau pun kena minum sebab nak buang toksin dalam badan and make you more energized.

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tanya uncang teh tu untuk satu cup yang kecik tu ke?
ataupun kena rendam dalam bekas yang besar sikit?