30 April 2013

Kurang 2 bulan

Assalamualaikum,

Hai semua. Serius kurang lagi 2 bulan nak bertunang nie. Dup dap dup dap je rasa. Yelah. Sampaikan ke belah lelaki pun aku yang kena siapkan checklist, cari hotel semua kan. But Alhamdulillah everything goes well.

Well dah namanya kurang 2 bulan lagi kan. So masa inilah nak mencantikkan kulit wajah dan kulit badan. So tak lah masa nak sarung cincin tu tangan kasar je. Kulit pun kusam tak bermaya. Sebab aku memang tak nak pakai make up tebal-tebal time tu. Make up pun aku suruh adik aku pakaikan nanti. Setel.
Jimat pun jimat. Hahha.

Okay ceritanya gini. Semalam setelah aku dok Google dari pagi sampai petang, aku decide nak beli Lulur Bunga Tanjung. Murah je. Sepeket boleh pakai dua kali. Beli dekat Mydin RM1.90 sepeket. Bancuh dengan air sikit. Jangan cair sangat and jangan pekat sangat. So aku dengan adik aku berluluran lah semalam. Mula2 aku lulurkan dia. Lepas tu tukar pulak. Hehhe. Mudah je. Buat seminggu 2 kali. Gerenti dalam masa 2 bulan kau akan nampak effectnya. Tapi bau herba memang sumpah pekatlah. Dah spray bilik dengan Ambi Pur pun bau still tak hilang lagi. Best woah! Lepas lulur, kau akan rasa kulit kau bersih dan lembut. Nak2 dekat celah2 ketiak, pelipat, peha dan tapak kaki.

Lulur Bunga Tanjung. Sumber dari Google. (Tak ingat blog address dia)

Selain itu aku beli Putri Binari Lulur Scrub Susu Beras. Yang ini tekstur dia agak kasar. So digalakkan pakai semasa badan korang basah. Kalau tak nanti melelas kulit tu wehh. Fungsi dia adalah untuk memutihkan kulit. Yang ini aku nak pakai seminggu dua kali juga. Selang seli dengan Lulur Bunga Tanjung.

Putri Binari Lulur Scrub Susu Beras. Sumber dari Apricotp.blogspot.com


Itu baru untuk badan. Untuk muka? Hehhe jangan kata tak ada. Semalam singgah The Face Shop dekat Empire Subang. Ada offer Buy 1 free 1.

Mask Pack from The Face Shop

Ini adalah Mask yang aku beli from The Face Shop. Aku beli Strawberry dengan Apple. Strawberry untuk Hydrating and Apple for Soothing. Cuma RM39.90 sahaja. Offer until today. Hihhi. Malam ni aku nak pakai.

So lepas ini aku dah start puasa Bulan Rejab. Jangan lupa okay! 12 May ini bersamaan dengan 1 Rejab. Bagi sesiapa yang konon-konon nak diet macam aku, better puasa Rejab terus. Pahala pun dapat. Tapi dengan syarat kau tak melantak masa buka puasa nanti. Okay. Chiao!!

No comments: