12 March 2010

Pelajari bagaimana untuk membuat rawatan muka dirumah

Pernah tak korang teringin nak pergi buat facial treatment dekat mana-mana Beauty or skincare treatment ke apa ke?memang sangat2 mahal..tapi berbaloi..apa taknya..dahlah kulit kita dibelai, hasilnya pun cukup memuaskan hati..

Tapi kita boleh juga buat facial treatment di rumah dengan harga yang jauh lebih murah?Ulang suara..KITA BOLEH BUAT FACIAL TREATMENT DI RUMAH DENGAN HARGA YANG JAUH LEBIH MURAH..!!(sambil menekan shift+huruf2 tadi sebab malas nak tekan CAPS LOCK)

Okay dekat sini saya akan ajarkan step by step macam mana nak buat facial treatment dirumah

[#1] PENCUCI MUKA - Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan wajah anda..cuci kesemua kotoran yang ada diwajah anda seperti make up, minyak dimuka dan sebagainya..Selepas itu, lapkan wajah anda dengan tuala bersih atau facial cotton..

TIPS: kalau tak ada make up removal, just guna baby oil..saya gunakan make up removal from elianto:Deep Sea Makeup Removal or Johnson Baby Oil aloe vera & vitamin E

[#2] SCRUB - Untuk facial treatment di rumah, saya gunakan Homemade Recipies...

Anda perlukan:
# 1 teabag teh hijau / 1 sudu kecil teh hijau
# 3 sudu gula castor (tekstur dia lagi halus daripada gula biasa)
# 1 sudu besar madu/ Baby oil/ yogurt/ Lemon
# 2 Sudu air panas yang baru mendidih

Cara- caranya:
# Rendam teh hijau didalam air panas tersebut dan biar sehingga menjadi suam
# Masukkan 2 sudu gula castor kedalam sebuah bekas
# Setelah teh kembang dan air menjadi sejuk sedikit, masukkan 1 sudu besar air teh hijau itu kedalam gula yang telah diasingkan tadi
# Kacau rata
# Masukkan lebihan gula kedalam campuran tersebut
# Anda boleh memilih samada hendak menggunakan Madu (melembabkan kulit), Baby oil (melembabkan kulit), Lemon (membersihkan kulit) atau yogurt (menenangkan kulit) dan masukkan kedalam campuran itu dan kacau rata
# Gunakan 2 helai kapas, tekapkan pada campuran itu dan sapu rata pada wajah
# Gosok campuran tersebut diatas muka anda..JANGAN gunakan tapak tangan anda kerana ia boleh mencederakan kulit wajah..
# Gosok selama 3 minit..Bilas dengan air suam

TIPS: Jangan buang lebihan teh tadi kerana ia akan digunakan lagi selepas ini

[#3] PENGEWAPAN - Ada pelbagai cara untuk mengewap wajah atau dipanggil steam..Ia bergantung kepada anda..Saya menggunakan Teh hijau untuk steam wajah..

Anda perlukan:
# Facial steamer (or boleh guna besen besar)
# Air panas
# 1 uncang teh hijau

Cara- caranya:
# Rendamkan teh hijau kedalam air panas..bagi yang menggunakan facial steamer, ia mempunyai kelebihan untuk melaraskan suhu kepanasan
# Bagi yang menggunakan besen besar, dekatkan wajah anda dengan besen..jika air terlampau panas, jauhkan sedikit dari wajah anda..Gunakan selimut tebal atau tuala bersih untuk menutup kepala anda supaya air tidak cepat menjadi sejuk
# Biarkan selama lebih kurang 5-15 minit
# Sesudah itu, biarkan selama 2 minit dan lap menggunakan facial cotton

TIPS: Teh hijau sangat berkhasiat untuk anda kerana ia kaya dengan antioksidan dan boleh melambatkan proses penuaan

[#4] MASKER - Masker adalah berlainan untuk setiap jenis kulit..di bawah ini saya akan memberikan cara mudah untuk membuat masker mengikut kesesuaian kulit..

Kulit Berminyak:
# Sapukan sedikit Susu Magnesia dan biarkan hingga kering kemudian bilas dengan air
# Campurkan sebiji pisang yang masak dengan 1 sudu kecil madu, tambahkan sedikit perahan lemon atau oren segar dan sapu pada wajah..Biar selama 20 minit dan bilas dengan sehelai tuala yang direndam dalam air panas..(saya guna cara ini)

Kulit Kering:
# Campurkan 1/2 cawan minyak avocado dengan 1/4 cawan madu (cawan maksudnya cawan standards for baking)

Kulit Normal:
# Campurkan sebiji telur putih, 2 sudu kecil minyak sayuran dan 1 sudu kecil jus epal

Kulit Matang:
# Hanya campurkan 3 sudu besar gula castor dengan 4 sudu besar air suam dan kacau rata

[#5] TUTUP LIANG ROMA ANDA - Selepas wajah anda dibersihkan dari masker wajah, liang2 roma di wajah anda terbuka apabila menjalani proses pengewapan..ia akan menyebabkan bintik hitam terjadi dan kulit wajah anda mudah dimasuki kotoran yang akan menghalang pengeluaran minyak dan menimbulkan jerawat..Jadi untuk menutup liang roma anda, renjiskan sedikit air sejuk ke atas kulit wajah anda..

[#6] PENYEGAR - Sapukan penyegar pilihan anda keatas muka menggunakan kapas muka..Saya hanya gunakan lebihan air teh hijau yang telah direndam untuk penggunaan scrub muka..caranya mudah sahaja..titiskan air teh hijau itu ke atas kapas muka dan lapkan diseluruh wajah anda..Jangan bimbang kerana ia tidak akan meninggalkan kesan melekit..

[#7] TREAT MATA ANDA - Anda mempunyai lingkaran hitam dibawah mata yang dipanggil eyebag?Ia akan menimbulkan kesan yang kurang menyenangkan terutama jika eyebag anda terlalu gelap..Caranya, sapukan sedikit eye cream di sekeliling mata anda..Jangan lupa untuk mengurut sedikit sekeliling mata anda kerana kesan lebam tersebut terjadi kerana aliran darah kurang baik..Jika selalu diurut, ia akan jadi lebih segar dan lingkaran tersebut akan berkurangan..

TIPS: Saya cuma menggunakan uncang teh hijau yang telah direndam tadi (scrub and steam)..Lekapkan uncang tersebut dimata anda dan berehatlah selama lebih kurang 20 minit...

[#8] PELEMBAB - Jangan lupa untuk melembabkan wajah anda..Gunakan Mosturizer cream pada wajah anda untuk kekal lembab sepanjang hari

[#9] MINUMAN - Anda digalakkan untuk minum air selepas melakukan facial treatment..ini kerana air membantu anda untuk mengekalkan kelembapan semulajadi diwajah anda..Nasihat saya minumlah air teh hijau kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula dalam darah, menguatkan sistem imun, menurunkan paras kolesterol, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh..

Cara-caranya:
# Rendam uncang teh hijau dalam air panas
# Kalau boleh jangan tambahkan gula
# Nikmatilah teh hijau anda

Nota Penulis: Bukan mudah untuk kekal cantik dan sihat..cuma perlukan usaha, kekuatan mental dan fizikal dan perlu rajin belajar..






glitter-graphics.com

5 comments:

Aid 'n' Effie said...

gambar2 saya ketika buat facial treatment ni akan saya upload kemudian

nurkema said...

tips yg jujur

CoKeLaT said...

Kalu xde teh hijau, teh biasa boleh ker

Naufal Azim said...

Tea hijau lipton dekat pasaraya memana ada.

Naufal Azim said...

Tea hijau lipton dekat pasaraya memana ada.