24 March 2014

Workout

Assalamualaikum,

Fuhh fuhh! Penat gila gaban. Tinggal lagi 2 bulan je lagi!! Badan tak kurus2 lagi ni. Camno? Haaaa.

Aku sekarang tengah gigih buat sit up. Gigih ber'zumba' seorang diri dekat rumah. Hamekk kau. Siapa suruh main tibai je makan sebelum2 ni kan.

Oh so sekarang ni selain dari minum Shaklee pagi2 dengan tengahari, aku berzumba juga. Lepas solat subuh sementara nak tunggu encik tunang siap tu, aku zumba dulu. Haaa semangat tak kak tonnn?? Alhamdulillah dalam masa dua minggu ni dah turun 3kg dah. Hahha. Hopefully by May, dah dapat turun lagi 7kg. Sebab aku memang target nak turun 10kg. Itu jelah berat ideal sepatutnya.

Actually, zumba ni memang mula2 kau rasa penat. Kaki bersilang nak jatuh pun ada sebab step dia sangat laju. Latin Dance hokay. Bukan zapin. Zapin pun fail. But its fun! Memang fun bila kau dah 2-3 kali buat and kau dah hafal step. Sampai kat mall pun kalau dengan lagu Shakira si waka-waka pun kau rasa nak berzumba. Haaa overlah tu!

21 March 2014

Preparation

Assalamualaikum,

Hmmmph! Pejam celik pejam celik dah tinggal berapa minggu je lagi untuk aku berkahwin. Penat tak usah katalah. Pantang weekend. Hilang aje kerja aku. Tapi Alhamdulillah tunang jenis yang ikut je. Sebab aku yang kena tulis, aku yang kena rangka everything.

Okay. Theme? Classic English bertemu Classic Malay. Cemano tuh? Tunggu lepas kahwin nanti ye kita recap balik everything.

Barang hantaran dah settle. Duit hantaran dah settle. Rumah dah settle. Baju almost done. Veil dah hantar tailor. Candy Buffet punya barang semua dah beli. Photobooth punya barang semua guna recycle sahaja. Katering dah settle. Photographer dah settle. Pelamin dah settle. Almost complete! Alhamdulillah.

Aku takut nak kira berapa hari lagi sebab bukan tiap2 hari aku boleh fokus untuk preparation. So aku cuma kira berapa weekend lagi untuk aku buat semua ni. 9 Weekends sahaja okay!! Haa boleh nak gelabah gitu?