24 April 2011

Header Belog

Siapa sudi nak tolong aku buat header template yang cun? Adeh aku malas nak buat contest ke hape nie tapi aku memang harap sangat ada yang nak tolong aku buatkan header. Berapa ek nak kena bayar? Aku nak dua header. One for this belog and another one untuk belog Desserts Online. If ada yang nak buatkan, nanti bagitahu aku berapa kena bayar and aku pass beberapa gambar untuk dimuatkan kat dalam header. Sumpah aku malas nak buat and takde idea skang. Aku reti buat tapi kalau aku dah malas, memang tak dapat nak cakap apelah kan. Hahha.. Email aku kat sini..


|
|
|
|

Good Night Bloggies



Have a warm and lovely night.
Just lay down on your bed.
Close your eyes.
And sleep tightly.

Can I make it simple?




I love you without knowing how, why or where from.
All I know is it's love and in it's purest form.
And regardless on how you feel about me,
I shall keep loving you because,
It's too difficult to let go.
Especially because,
I don't want to let it go.

Weekend project.



Assalamualaikum.

Hai korang. Amacam weekend? Apa planned? Hmm aku macam biasalah. Mengemas dan mengemas dan mengemas lagi adalah tugas hari minggu aku. Dah memang kerja seorang wanita. Hahha tak sakit lak mata aku asyik tengok benda bersepah-sepah kan. Disebabkan aku tak perlu buat dadih and homemade chocolate weekend nie, so aku memang nak kemas rumah sebersih-bersihnya. Hahha azam lebey.


18 April 2011

Good Night Everyone!

Good Night
Sleep Tight
Don't Dreams


A few updates on my blogger template. Find it out okay!

17 April 2011

Blog Review -Reine Byxura-




Assalamualaikum.

Reine Byxura? Who's that girl? Hummph. I wonder why dalam ramai-ramai rakan online saya, saya agak rapat dengan Cik Reine Byxura. Dia memang fun. Tak sombong eventho dia belajar dekat oversea ambil Medic dan aku hanya budak akaun lulusan universiti dalam negara, dia memang baik and tak sombong.



Since aku kenal dia tahun lepas from blogwalking, kiteorang dah rajin contact guna YM or chatting dekat bawah belog Mr.Chaon. Itu zaman dulu-dulu masa aku online guna Streamyx. Now guna P1 memang azab ah nak ym coz asyik DC je kan.



Jom aku nak ajak korang terjah belog Cik Fuschialicious nie ramai-ramai. Bagi bertambah meriah blog colour fuschia nie okay!

Kahwin?

Assalamualaikum semua.

Hehhe lama kan tak update belog. Tak ah lama sangat kot. Hmm saja nak story tentang perkara yang matang. Huhhu asyik cerita pasal tak puas hati orang sanalah. Marah orang sinilah and macam-macam lagi. Now jom kita mematangkan diri kita dengan bercerita tentang kahwin.


13 April 2011

DESSERTS ONLINE ADA BUAT PROMOTION HOMEMADE CHOCOLATE SEKARANG!

Assalamualaikum.

Heyya nak habaq mai kat hangpa semua. Desserts Online ada buat Promotion Homemade Chocolate start dari 12hb April sampai 25hb April.


Mailah kita pakat-pakat serbu ramai-ramai dekat blog kami yang lagi satu tuh. Special price okay. If tapuas hati gak, harga boleh bawa bincang. Jangan dok kalutlah. Meh kita gi blog Desserts Online sekarang!

12 April 2011

Cheer up your day


Start your day with a cup of warm coffee and a toasted bread.


To live a little,
You've got to love a whole lot.
Love turns the ordinary into the extraordinary.
Life is a gift we're given each and every day.
Dream about tomorrow, and live about today,
Don't wait for tomorrow,
Make memories today.
Life is for living.
Have a good day

11 April 2011

Positive thinking!



Effie,
Never take someone for granted,
Hold every person close to your heart.
Because you might wake up one day,
And realize that you've lost a diamond,
While you were too busy collecting stones.

Sesi Update Belog Seringkas Mungkin Tapi Tak Boleh!

Assalamualaikum.
Hectic day huh? Hahha not really for me. But I do hate Mondays. Bukan benci sepenuhnya but just tak suka hari Isnin je. But my cuzzie said before. Cara untuk menyukai hari Isnin adalah dengan memakai apa-apa pakaian baru pada hari Isnin. Dengan ini kita akan lebih bersemangat untuk bekerja. Kadang-kadang tak perlu yang mahal-mahal. And tak semestinya tertumpu kepada baju. Boleh juga kalau nak pakai shawls baru or shawls lama dengan gaya baru. New slippers or whatever kan. I used to love that way. Hahha.



Okay hari Isnin memang customer tak berapa nak ramai. So still boleh relax lagi buat kerja apa yang patut. Hari Isninlah selalunya nak check stock and call supplier untuk order barang. After that nak kena check mana-mana payment yang masih belum clear ke hape. Normally hari Isnin memang hari yang busy dengan tugasan pejabat. Coz sepanjang masa kena mengadap telefon untuk call sana sini. Normally juga hari Isnin saya akan keluar lunch lambat sebab kawan saya yang kerja dekat office sebelah busy dengan mereka yang ingin berurusan dengannya.



My new workers kerja a bit faster than the older one. Dieorang dah pandai guna cash register and dieorang dah tahu nak pack barang apa tanpa disuruh dan juga dieorang dah tahu apa kerja yang harus diutamakan terlebih dahulu. Means that aku pernah cakap, pagi-pagi after dah siap mop lantai and sapu sampah, kena susun barang and check display items. If barang itu dah siap dipacking and masih tak susun, dieorang kena susun dulu. Then after that baru dieorang boleh tahu apa barang yang harus dipack dan sebaliknya. Tak susah kan?



Aku memang tak reti nak sound orang. Tapi if aku sound orang, aku memang nak dia faham betul-betul apa yang aku cakap. Contohnya if aku tak suka orang buat kerja sambil main SMS, aku tegur jelah. Aku cakap time kerja, kalau boleh jangan main SMS selalu. Nanti uncle marah. Then if dia dengar, dia ikutlah cakap aku. If kena sound dengan uncle pulak, itu aku malas nak masuk campur. Itu masalah kau kan.



Aku memang pantang orang buat kerja dua kali and separuh jalan. Sebab kalau apa-apa terjadi, aku malas dah nak sibuk buat kerja orang lain. Contohnya kalau aku suruh pack tepung and tepung yang paling akhir sekali berkemungkinan besar akan terkurang atau terlebih, aku nak tepung itu dilayan seperti yang lain juga. Maksudnya kalau tepung lain ada tampal sticker nama, berat kandungan dan harga, aku nak yang terakhir itu juga sama. Aku dapati since pekerja lama keluar, aku nampak banyak tepung tak ada pengenalan diri. Hmm nak tanya. Kalau ikut logik akallah kan. Korang tahu ke apa perbezaan antara tepung-tepung tersebut? Warnanya sama sahaja kan? Aku memang tak dapat nak bezakan. Unlesslah kalau korang nak gi uji kat makmal nak tentukan DNA tepung itu apa.



Okay aku rasa dah siap celoteh karutan aku. Take care semua! Salam.

10 April 2011

Dia kata aku sombong?



Assalamualaikum semua.
Hehhe siyes okay ramai yang cakap aku sombong. Whathehell! Hehhe tapi aku tetap acceptlah apa yang orang semua cakap. Yang paling best ada seorang lelaki tu. Dia pernah makan dekat tempat aku selalu keluar lunch. Mak oii dia cakap dekat akak cashier kedai makan tu dia nak kenal dengan aku! Hahha dah start dah nak malu-malu kan.



Aku layan tak layan je ah sebab aku dah ada cinta hati. Yeakks! Then akak tu cakap budak lelaki tu dah tahu tempat aku kerja. But sumpah memang aku tapasan pun dia tu siapa. Cemana nak pasan. Dah kau aim orang lain. Orang lain yang sangkut. Hahhaaa!



So kesimpulannya disini aku memang takenal dia itu siapa kan. Ye ye poyo je siakk. Akak tu ada bagi hint orangnya macamana. Kau toksah perasan boleh tak sebab akak tu cakap kau budak baik. Adeh lemah lutut aku dengar. Aku iyekan ajelah akak tu cakap apa pun. Yang penting memang aku takde hati nak kenal lelaki itu. Konon nak cakap kau setia ke hape?



Tak lama lepas itu akak tu cakap dia ada datang kedai tempat aku kerja tuh. Then dia cakap aku sombong. Macam sial je perangai kau kan. Manalah aku kenal kau siapa. Dia cakap kalau dia tanya aku layan tak layan jerk nak jawab. Perghh berdesing telinga aku nie.



Then dah dua kali dia datang tempat aku and tanya bukan-bukan. Tanya ada tak air kotak tembikai susulah, kedai tu aku punya ke hapelah and macam-macam lagi soalan yang memang aku kalau boleh nak pangg aje kalau orang tanya aku soalan tuh. Adeh tak tergoda seyh!



Nie kalau dia baca belog aku pun ape dehal. Sebab first impression kau pada aku memang kau dah cakap aku sombong. So aku memang pantang sikit orang cakap aku sombong nie. Mulalah aku jalan nak pandang langit jerk kan.



Untuk orang itu, saya memang akan tetap menyombong dengan awak okay! Lantaklah kan awak nak cakap apa pun. Chow!

Be Happy



Nobody can go back and start a new beginning
But anyone can start today and make a new ending.
- Maria Robinson -

Thanx a bunch!




Assalamualaikum!


I wanna say "THANX A BUNCH" to my dearest followers yang hanya baru mencecah 159 orang itu. Thanx korang sebab sudi jengah belog aku and sudi follow aku walaupun aku tau belog aku masih baru. Baru bukan dari segi masa atau apa tapi baru dari segi penulisan.


Aku tak layak nak dibandingkan dengan Blogger tegar seperti Ben Ashaari, Darkbatman, Hanis Zalikha or Fatin Liyana. Dieorang follower dah ribu riban. Update tak sampai 10 minit dah ada orang komen entry. Hmmph!


Okay just nak cakap thanx sahaja untuk follower aku tuh. Best blogging kan. Best berblogwalking. Dapat melihat cara penulisan orang lain. Setiap orang ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Hehhe macam bagus lak aku nak bagi ceramah kat korang. Okaylah bye!


Happiness isn't getting what you want.
But its wanting what you got.
-Garth Brooks-

Choclairs Pop It Or Drop It!!

Assalamualaikum.

Hehhe lama dah tak update kan. Actually tengah gian asyik nak main satu game nie. Nama dia Cadbury Choclairs Pop It Or Drop It. Memang best sangat-sangat coz dia seolah-olah macam nak kita selamatkan cadbury kita dari ditangkap oleh satu kaum yang memang suka makan chocolate.


Macamana nak main game nie? Firstly korang kena pergi laman web Fanpage Cadbury Malaysia and nanti dia akan keluar seperti dibawah dan after that korang klik "Choclairs Pop It Or Drop It".





Then bila dah klik, gambar kat bawah nie akan keluar pada screen korang pulak.


Then klik "How To Play" untuk mengetahui cara-cara bermain game tersebut. Ada 10 step untuk korang baca dan fahamkan. Game nie senang je sebenarnya. Tak complicated sangat pun. So jangan risau terlebey.



Orang dekat bawah nielah yang akan korang lawan. Dia memang suka makan choclairs. Grumpees ini memang akan curi korang punya choclairs sampai korang dapat Game Over


After dah baca semua rules dia, korang dah boleh "Start Game" and buktikan kecekapan dan kepantasan jari jemari korang untuk memenangi hadiah yang berbaloi-baloi.

Intro

Game Over T_T

Level Completed!


Memang best main game nie. Korang boleh terus Log In Facebook korang after this okay!

Hadiah yang bakal korang menang memang boleh dikatakan sebagai berbaloi-baloi kerana Cadbury Malaysia akan menawarkan hadiah seperti berikut:



  1. Grand Prize: A trip for 4 to Gold Coast Australia for 4 days 3 nights. Package include a one day pass to Movie World for 4 people!
  2. 1x HP Mini Notebook
  3. 1x HTC Wildfire Mobile Phone
  4. 1x Sony Playstation Portable GO
  5. 1x Sony Bloggie Touch Camera

04 April 2011

Aku benci betul dengan mereka!

Assalamualaikum.
Yepp aku update post lagi. Apa kau bising? Hahha bongok. Gila babeng ah kan bila aku tengok kategori perempuan dibawah ini. Aku senaraikan ajelah yerk sebab aku malas nak Google cari gambar.


Ciri-ciri perempuan yang aku benci:

  • Perempuan yang gemuk tapi tak sedar dia itu gemuk. Menyirap boleh tak? Dah tu nak pakai baju setara adik adik yang angkat tangan sikit dah nampak segala macam lurah dendam berahi. Perghh memang aku pantang dengan orang yang pakai baju tak cukup kain nie.


  • Perempuan yang tak sesuai untuk memakai skinny jeans. Kalau kau tu tahap model kaki kurus-kurus keding panjang-panjang tuh aku memang dengan rela hatii accept style kau kan. Ini dah macam apa jerk aku tengok. Hentikanlah perangai tuh!


  • Perempuan yang jalan dengan jantan pilihan masing-masing berkepit-kepit seolah2 kalau renggang jerk salah sorang akan kena bom! Geli boleh tak? Nyampah aii nyah!!!!


  • Perempuan yang kurang ajar. Kau kalau muka cantik macamana pun ramai jantan macamana pun tapi kalau kau kurang ajar memang awal-awal aku tak hingin nak dekat dengan kau!


Hahha aku benci okeyh tengok spesies2 diatas. Korang macamana?

Tempat kerja dah macam tongkang pecah!

Assalamualaikum.
Hahha siryesly memang tempat kerja aku a.k.a Dairy Master & Food memang tengah macam tongkang pecah. Apa tak nya. Uncle bila dah tengok orang buat kerja laju sikit je dia suruhlah macam-macam benda nak dibuat. Dengan nak hias balik cermin depan kedai tu nak tampal segala macam plastik pvc punya sample and senarai harga yang kadang-kadang aku sendiri pun naik pening nak baca tulisan cina. Adeh!



Esemen. Akak Safiah tak dapat nak handle cash register lagilah. Makin teruk aku nak mengajar. Nak-nak pulak time aku nak rehat time lunch hour. Tak macam lintang pukang pulak dia nak handle dengan kak Ana. Nak buat macamana kan. Terima sajalah.



Handphone aku boleh pulak buat hal time tengah genting nie. Cilake betullah! Boleh pulak asyik nak restart jerk kan. Bongok betul! Memang aku hangin satu badanlah tengok handphone buat perangai gila dia. Memang dah tahap nak kena baling kat anjing je tuh! Silap haribulan anjing pun pikir lima namploh kali nak sambut handphone tu. Memang suwey!



Esok lagi sekali nak kena gegar salesman yang supply Dadih, Pudding and jelly mould kiteorang untuk ambil balik returned punya barang. Aku bercakap pun dah macam uncle. Tunggang langgang! Boleh tak daripada sebelum raya cina lagi aku dah dok remind hari-hari suruh ambil barang tuh and bukak CN (Credit Notes) so senang nanti kiteorang nak buat payment and then till now haram jadah tak diambiknya balik barang tuh! Buat semak kaunter aku je kan. Siaplah esok kalau kau tak hambik balik benda tu memang aku hold kau punya payment.



Esok aku nak kena settlekan semula sample plastic PVC yang kiteorang dah buat tadi. Hmm mana yang tak ada tuh memang ke tong sampahlah tempat duduk kau. Mana yang dah buruk tuh memang gitu jugaklah jawabnya. Aku malas nak bertimbang rasa lagi dah.



Setakat nie memang aku happy lagi dengan kehadiran dua pekerja baru ini sebab senang nak bercakap dengan dieorang. Tak adalah blur macam budak lama tuh. Aku cakap dia tak faham. Dia cakap pun kadang-kadang aku tak faham. Asyik duduk terperap dekat kaunter main SMS. Perghhh aku pun tak gitu okay. Cuba tanya Encik Bakal berapa keping sehari aku hantar SMS kat dia? Hahha.



Okaylah aku rasa memang dah panjang sangat. Aku tau korang bukan suka baca ayat sejarah macam aku buat nie. Aku pun dah malas nak naip. Chow dulu derr!

Giveaway Oleh- oleh Dari Bandung..! Siapa Nak?

Assalamualaikum.




Hai semua. Cik Effie tengah menggila-gila nak join kontest and giveaway skang. Pehal ntah. Hahha okay dear. This time I'd joined Giveaway Oleh-Oleh dari Bandung..! Siapa Nak? Giveaway nie dianjurkan oleh mama sicomel yang bernama Nur Rabiya Malikha.


Syarat-syarat dia pun senang. If korang nak join, jom jengah belog Mama Likha nie okay!

Now I nak tag 2 orang rakan online saya iaitu:

1. Cik Reine
2. Cik Lilo Mines

03 April 2011

Nota- nota cinta

Assalamualaikum.

Holla geng. Hehhe aku baru lepas layan MatLutfi90 punya youtube video. Okay sumpah gelak guling-guling seorang diri yerk. Sengal. Heish hari nie aku just nak share tentang nota-nota cinta. Whats that? Ewww geli jerk nak pakai notes2 lagi. Orang sekarang dah pakai BBM je ah.



Hehhe but I simply love this method to show how much you love them by giving a simple love notes. Isn't that simple? A little surprise sometimes gives your love one a powerful strength to build up their energy to be in love with you. Trust me.



Okay dekat bawah nie aku ada selitkan beberapa contoh cute and meaningful love notes. Just check it out okay!








New workers




Hectic! Tired! Amazed! Happy! I think none from this word can described what I feel now. Ouh yeah I've got two new workers. Salah seorang dari mereka berumur 40 tahun and another one is 42 years old. Ouh okay saya paling muda boleh tak? Hehhe malu tetiba.



Actually dieorang dari tempat kerja yang sama before this but saya memang dah tahu tempat lama mereka itu memang banyak penipuan berlaku. Contohnya ada seorang pekerja baru berumur 15 tahun masuk. Gaji bulan pertama je dah tolak EPF. What the?? Bayangkan ek. Budak tu sendiri cakap dia belum lagi daftar EPF. Adeh memang caranya agak berterus terang nak menipu kan.



Raya puasa pun tak dapat cuti. Raya cina pun haremmm nak dapat cuti. Angpau tempat lain dapat puluh ringgit but tempat dia RM5 je. Then boss dia siap sound "kalau ikut gua punya hati, gua tak nak bagi satu sen pun dekat lu" Perghhh nyirap je kan.



Okay dah habis cerita itu pulak kakak2 nie datang interview dekat Dairy Master. Hmm uncle memang dah pesan awal-awal dia tak nak yang muda sangat sebab nanti tak boleh nak diharap. Memang pun. Setuju sangat tuh. Kerja tak buat. Asyik nak melawa nak duduk dekat tempat aku kat depan. Memang tak ada harapanlah okay. That's my cash register. Jangan usik boleh tak? Hahha kejamm.



Okay boleh bayangkan tak kakak2 nie packing tepung 25kg dalam masa 1 jam sahaja? Okay my late worker boleh tak packing tepung sambil main SMS and it takes 2 hours or at least 2 and half hours nak siap. Memang vavi betull. Memang aku tak akan naikkan nama kau untuk senarai kenaikan gajilah kan. Hahha.



Minggu lepas barang baru banyak sampai serentak kan. Tepung je dah berapa ratus kilo. Saya ada cakap kat akak tu. "Kak nie KALAU BOLEH tepung nie settlekan dalam masa 2 minggu boleh tak? Sebab nanti barang baru sampai nanti takut lagi kelam kabut kan" And you know what. Esoknya dalam masa satu hari bekerja, dia dah pack 80kg tepung. Tak terbeliak pulak mata aku tengok. Even uncle pun geleng kepala tengok dah banyak yang siap. Dia siap cakap lagi if pekerja lama tu buat kerja, rasanya satu hari satu beg je kot dia bukak. Lepas itu siap main SMS and main game lagi kat handphone. That's why uncle menyampah amik budak muda sangat.



Right now kakak lagi sorang dah ada. Hmm tak payah tunggu esok. Hari nie punya kerja semua dah siap. Settled! And then memang bestlah sebab boleh berbual-bual semua. No more stressed face or whatsoever bila keluar makan. Hehhe. Muka senyum je memanjang sebab kepala tak stressed.



Sekarang tengah nak ajar kak safiah and kak ana cara nak guna cash register coz nanti kalau aku keluar makan tengahari takut susah lak orang nak bayar. Adeh.