24 April 2011

Weekend project.



Assalamualaikum.

Hai korang. Amacam weekend? Apa planned? Hmm aku macam biasalah. Mengemas dan mengemas dan mengemas lagi adalah tugas hari minggu aku. Dah memang kerja seorang wanita. Hahha tak sakit lak mata aku asyik tengok benda bersepah-sepah kan. Disebabkan aku tak perlu buat dadih and homemade chocolate weekend nie, so aku memang nak kemas rumah sebersih-bersihnya. Hahha azam lebey.





Well aku dah jadi businesswoman sekarang. Jual dadih and homemade chocolate. So barang-barang untuk buat kedua-dua jenis makanan itu masih belum habis dikemas. Almari untuk barang-barang baking aku memang bersepah-sepah. Apa taknya. Beli barang then sumbat je dalam gobok tu. Hahha bongok kau. Padan muka. Hujung minggu habis masa nak kemas benda-benda tu je ah kan.



Hey aku tengah nak menjual buku-buku, suratkhabar lama and macam-macam lagi benda yang boleh dijual kepada lori apek yang lalu depan rumah aku nie. Hmm dapat jugak pocket money hujung minggu kan. Hahha. Aku memang suka berniaga. Anything. Asalkan pulangannya lumayan.



Sesi mengumpul baju-baju lama akan dilancarkan pada pagi nie. Ada sorang kakak tu nak baju lama yang still elok untuk dia dan anak-anaknya pakai. Hmm dulu dah bagi 3 plastik besar dekat cleaner area rumah kiteorang. Semua elok-elok lagi okay. Sayang nak dibuang and kalau simpan lagi sayang. Rosak gitu jerk. So better bagi kepada mereka yang lebih memerlukan kan?



Aku memang penat gila bila hujung minggu. Apa taknya. Aku kena buat kerja-kerja diatas nie seorang diri. Si adik perempuan kerja hari Ahad. Si adik lelaki memang aku tak harapkan sangatlah. Baik aku buat sendiri. Lagi puas hati aku nie kan. Hehhe.



Time weekendlah aku nak memanjakan diri seolah-olah aku sedang berada di spa. Lulur badan, rendam kaki, manicure, pedicure, treatment rambut and facial treatment using traditional methods. Nak tahu macamana aku buat? Jom semak bawah. Aku ada selitkan beberapa cara yang aku selalu buat setiap hujung minggu kalau tak ada kerja lain nak dibuat.


  • Lulur Mandi.
Anda hanya memerlukan satu cawan beras pulut yang direndam semalaman dan satu inci kunyit hidup atau serbuk kunyit pun layan. Beras pulut dan kunyit hidup digaul sebati dan ditumbuk kasar. Lulurkan di seluruh tubuh anda dalam masa beberapa minit. Tumpukan pada bahagian yang bermasalah atau berdaki teruk seperti ketiak, celah peha, pelipat dan tengkuk. Jangan gosok kasar-kasar. Nanti dengan kulit-kulit pun boleh tertanggal. Then mandi macam biasa. Or else korang leh guna lulur yang dah ada jual dipasaraya seperti brand Mustika Ratu dan lain-lain.



  • Manicure.
Sebesen besar air suam dicampur dengan perahan limau kasturi/lemon dan sedikit garam kasar. Gosok sedikit kaki anda dengan garam kasar tersebut. Rendam selama 20 minit and angkat kaki tu untuk dikeringkan. Sementara ia masih lembap, potonglah kuku anda dan rapikan ia. Untuk kuku yang cantik dan berkilat, anda boleh menggosok kuku jari anda dengan hirisan bawang putih selama beberapa minit. Kuku anda akan kelihatan berkilau sehingga 7 hari.



  • Pedicure.
Boleh gunakan teknik manicure juga. Sesudah selesai merapikan kuku, rendam tangan anda didalam air suam yang mengandungi setitis minyak baby oil bagi melembapkan kulit tangan anda.




  • Treatment rambut.
Sapukan baby oil ke atas rambut anda and utamakan pada bahagian hujung rambut terlebih dahulu. Digalakkan untuk mengguna minyak zaitun untuk kesan yang lebih mujarab. Urut perlahan-lahan dan ratakan keseluruh rambut. Biarkan selama 10 minit. Selepas itu, syampu rambut seperti biasa dan bilas dengan air suam. Sapukan conditioner ke bahagian hujung rambut dahulu dan selebihnya urutkan di kulit kepala selama 10 minit dan bilas seperti biasa.




  • Facial Treatment.
Sediakan satu besen air panas dan titiskan dengan perahan lemon/minyak zaitun/madu. Juga boleh dimasukkan sedikit yogurt untuk melembapkan kulit wajah. Masukkan dua uncang teh hijau (pelbagai jenis juga dibenarkan) dan kacau rata. Halakan wajah anda di permukaan besen dan tutup keseluruhan kepala anda dengan tuala/selimut tebal yang bersih. Wapkan selama 15 minit. Setelah itu, lap muka anda dengan tuala bersih dan rehat selama 5 minit. Mulakan scrub muka anda menggunakan scrub pilihan yang sesuai dengan kulit. Bersihkan dengan air suam. Cuci muka anda seperti biasa dan bilas dengan air suam juga. Sapukan cream masker dari jenama yang sesuai dengan anda dan rehat selama 20 minit. Digalakkan untuk menekap timun/uncang teh hijau yang telah direndam dengan air suam di kedua-dua belah mata anda. Bersihkan wajah dengan air suam. Selepas itu, jika anda tahu cara untuk membuang whitehead dan blackhead dengan betul, anda boleh lakukan sebaik sahaja masker ditanggalkan. Ini kerana pada masa ini, pori-pori wajah anda akan terbuka dan memudahkan untuk mencungkil whitehead dan blackhead. Sesudah itu, basuh muka dengan sedikit air sejuk dan sapukan toner serta facial cream.

Fakta Ringkas.
Lemon - Digunakan untuk membersih wajah/ cleanse.
Minyak Zaitun - Membersihkan jerawat dan melembapkan wajah.
Madu - Menyingkirkan toksin.
Yogurt - Melembap dan mencerahkan kulit wajah.

No comments: