04 April 2011

Tempat kerja dah macam tongkang pecah!

Assalamualaikum.
Hahha siryesly memang tempat kerja aku a.k.a Dairy Master & Food memang tengah macam tongkang pecah. Apa tak nya. Uncle bila dah tengok orang buat kerja laju sikit je dia suruhlah macam-macam benda nak dibuat. Dengan nak hias balik cermin depan kedai tu nak tampal segala macam plastik pvc punya sample and senarai harga yang kadang-kadang aku sendiri pun naik pening nak baca tulisan cina. Adeh!



Esemen. Akak Safiah tak dapat nak handle cash register lagilah. Makin teruk aku nak mengajar. Nak-nak pulak time aku nak rehat time lunch hour. Tak macam lintang pukang pulak dia nak handle dengan kak Ana. Nak buat macamana kan. Terima sajalah.



Handphone aku boleh pulak buat hal time tengah genting nie. Cilake betullah! Boleh pulak asyik nak restart jerk kan. Bongok betul! Memang aku hangin satu badanlah tengok handphone buat perangai gila dia. Memang dah tahap nak kena baling kat anjing je tuh! Silap haribulan anjing pun pikir lima namploh kali nak sambut handphone tu. Memang suwey!



Esok lagi sekali nak kena gegar salesman yang supply Dadih, Pudding and jelly mould kiteorang untuk ambil balik returned punya barang. Aku bercakap pun dah macam uncle. Tunggang langgang! Boleh tak daripada sebelum raya cina lagi aku dah dok remind hari-hari suruh ambil barang tuh and bukak CN (Credit Notes) so senang nanti kiteorang nak buat payment and then till now haram jadah tak diambiknya balik barang tuh! Buat semak kaunter aku je kan. Siaplah esok kalau kau tak hambik balik benda tu memang aku hold kau punya payment.



Esok aku nak kena settlekan semula sample plastic PVC yang kiteorang dah buat tadi. Hmm mana yang tak ada tuh memang ke tong sampahlah tempat duduk kau. Mana yang dah buruk tuh memang gitu jugaklah jawabnya. Aku malas nak bertimbang rasa lagi dah.



Setakat nie memang aku happy lagi dengan kehadiran dua pekerja baru ini sebab senang nak bercakap dengan dieorang. Tak adalah blur macam budak lama tuh. Aku cakap dia tak faham. Dia cakap pun kadang-kadang aku tak faham. Asyik duduk terperap dekat kaunter main SMS. Perghhh aku pun tak gitu okay. Cuba tanya Encik Bakal berapa keping sehari aku hantar SMS kat dia? Hahha.



Okaylah aku rasa memang dah panjang sangat. Aku tau korang bukan suka baca ayat sejarah macam aku buat nie. Aku pun dah malas nak naip. Chow dulu derr!

No comments: