28 February 2011

Pagi dan petang dengan shawl dan lycra yang sama tetapi penampilan yang berbeza.

Salam.

Hehhe title nak panjang tapi entry ciput je kan. Okay semalam attend wedding my friend dekat Larkin Perdana. Hihhi petang tu pulak pergi Plaza Angsana. Penat tapi best woo!


Okay yeah I'm wearing a same shawl. Hahha peduli ah apa orang nak cakap. Cemana ek? Simple ah weyh. Just take a look at my picca down there.


Pink lycra doubled with grey lycra and a rainbow shawl.
On the top of my head is a pink colour.


Pink lycra with a rainbow shawl.
Yeah its the same shawl actually. 
Just have to wear it upside down okay. 
See the different? 
Nobody will find me wearing a same shawl is it? Hahha.


Shawl: Bazar JB (RM15.00)
Pink Lycra: Bazar JB (RM8.00)
Grey Lycra: Bazar JB (RM6.00)
Ribbon: Bazar JB (3 pieces for RM10.00)


Pesan Cik Effie: Hey I dah jadi regular customer for kakak yang jual ribbon dekat Bazar JB itu okey. Jangan main-main tau. Hahha siap dia suruh ajar seorang customer pakai ribbon and scarf lagi. Hahha. Saya suka beli dekat tempat dia sebab saya dapat special price and one more thing is kakak tu punya ribbon design baru okay!


Pesan Cik Effie lagi: Actually saya pakai ribbon jugak masa dekat 1st gambar itu tapi tak nampak. Same pattern like yang bawah itu tapi kaler putih and soft pink. Nak tahu tak? Ribbon itu supposed harga RM10 for three pieces and ada satu scarf itu harga RM12.00 each. But kakak offer me to take that three items for only RM10.00! Sayang kakak itu lebih ah! Next entry nanti I upload my ribbons collection okay!

27 February 2011

Kelakar pula kalau baca balik entry zaman tok kanun aku nie.

Hahha entah angin puting beliung mana ntah yang dah tiup hari ini. Tiba-tiba je gedik nak baca balik entry lama. Last-last kau gelak sorang-sorang depan laptop sambil berkata "Eh aku ke yang tulis semua ini?"


Boleh tak kalau tak nak percaya itu adalah penulisan Cik Effie. Sengal ubi sungguh ah! Otak nie dok fikir, eh bila masa aku tulis semua ini? Apesal macam time tulis nie minda tak berkembang langsung? Weyh kenapa aku tulis macam ini seyh?


Okay nak sambung gelak guling-guling. Sengal ah kau Effie!

Simple means everything.

without makeup at all.

Orang yang kenal fi mesti akan cakap fi suka pakai baju berat-berat. Dress up macam nak pergi dinner dekat Hotel 5 stars. Tapi bagi fi, itu bukan diri fi. Fi adalah seorang yang simple. Simple sangat-sangat.


Simple yang bagaimana? Simple ah! Muka yang dah disapu dengan facial mosturizer dialas dengan bedak padat yang nipis. Kening diperkemaskan lagi dan wajib pakai eyebrow liner sebab eyebrow fi tak macam bersepah pulak kan. Fi lebih suka pakai lipgloss berbanding lipstik sebab lip gloss lebih ringan. Tetapi fi memang jarang pakai lip gloss. Kadang-kadang boleh terlupa nak pakai.


Orang cakap fi suka makeup. Orang cakap fi tak boleh keluar tanpa makeup. Salah okay! Fi takde hal ah nak keluar pergi bandar JB or Bazar JB without makeup kecuali eyebrow liner. Simple macamana pun eyebrow liner mesti pakai. Hahha.


Fi tak kesahlah korang nak cakap fi cantik jika pakai makeup sahaja or whatever. I don't care. I'm just being Me! Thats all. Lagi satu nak pesan, fi tak pakai makeup pun tak kisah sebab muka fi tak teruk sangat. I mean I've no pimples!

Oh so Random!

Nothing to say for now. Just a lil bit tired. Tidur pukul 4 am malam tadi. Semata-mata nak siapkan gift chocolate for my besties Idah yang kahwin hari ini. Hope dia bahagia hingga akhir hayat mereka. Amin.


Blog pun sekarang dah kurang. Mood malas nak blogwalking sedang melanda diri. I don't know why. Please don't ask me okay. Jealous jugak bila tengok profile orang lain hebat-hebat. Then followers pun ramai. Visitors pun berlambak. Account Nuffnang pun ratus-ratus. But me? Tak cecah lagi noks! Huhhu.


Kadang-kadang fi tak tahu apa yang pembaca cari. Bila kita buat entry kutuk-kutuk orang, nanti kang orang tak suka. Bila kita tampal gambar cun-cun dekat blog, nanti kang orang menyampah. Bila kita buat entry baik-baik kang orang cakap kita berlagak baik pulak. Susah kan?


Kita memang tak boleh nak jangka orang itu bagaimana. Apa yang mereka suka, tidak semestinya kita pun suka bukan? Begitulah sebaliknya. Kadang-kadang orang cakap kucing itu comel dan manja. Tapi bagi fi yang takut dengan kucing ini mesti cakap kucing itu nakal dan menakutkan. Tak semua orang sependapat dengan fi. Tak semua orang bersetuju dengan fi.


Okaylah. Dah melalut pulak! Have a nice weekend semua. Take care. Salam

24 February 2011

5 ciri-ciri perempuan yang aku tak suka!



Salam semua. Entahlah tak tahu kenapa tetiba hari ini nak tulis pasal 5 ciri-ciri perempuan yang paling aku tak suka. Macam tak puas hati bebenar kan bunyi dia. Eeww! Okay let's check it out!

Perempuan yang suka brag/menunjuk-nunjuk pasal boyfriend dia.

Okay this type of gurl memang buat aku rasa benci gila. Kalau boyfie dia setaraf Brad Pitt ada kereta sport 50 bijik ada rumah macam istana pastu maid dia ada beratus, pakai credit card tak nak kalah kan. Hmm yang macam itu memang aku tabik spring ah kan. Ini setakat rupa tak berapa nak ada, tinggi pun tak seberapa, keluar dating pun harap duit kau je yang keluar belanja encik boyfie tuh apa kejadahnya kau nak heboh kat orang kan.


Perempuan yang pakai baju tak semenggah/tak senonoh.

Hei kau! Baju apa seyh kau pakai? Geli aku noks! Lepas itu dok claim kau anak puteri raja dari mana entah. Keturunan tak nak kalah. Nak guna nama somebody kan! Kalau kau ada barang branded2 then nak cakap kau anak orang kerabat, okay fine aku boleh ah percaya kan. Hei choi choi ah kau kan.


Perempuan yang sombong dan berlagak nak mamp.

Ini memang aii nyampah noks! Kalau muka itu cantik tak hape. Ini nak ikutkan cantik, aku lagi cantik. Nak kata pandai, aku lagi pandai. Tapi tak pasal-pasal nak nyombong macam kau anak datuk kan. Anak datuk pun tak sesombong kau. Hek eleh kau. Vegetable pun tak tahu ke? Laptop Acer jadi ACIR okay! Wakluu. Huuuu geli aii nyah!


Perempuan yang suka menipu.

Hoi kau! Apa kau dapat kalau kau menipu? Kalau menipu dekat orang bodoh itu boleh ah kan. Ini tak. Nak tipu tak agak agak kan. Tak amik Biologi tapi boleh amik medic dekat Matrix USM Penang pastuh skang tak nak jadi doktor nak jadi ahli farmasi je. Diploma takde Degree lagilah takde tiba-tiba ngaku ngah belajar Medic kat obersi amik Master kau. Pointer tak nak kalah kan. Pointer 10! SEPULUH ok! Bukan 4! Gila genius kau kan.


Perempuan yang berbau busuk.

Adeh kau buat malu aku je noks! Nak gi dating tapi rambut bau busuk. Then bila dah kena sound leh lak kau spray rambut kau dengan minyak wangi kan! Hahha gila babeng kau nie. Genius Genius! Bila orang dah tegur tuh, pepandailah mandi ngoks! Itu pun nak kena ajar ke? Adeh sengal ah kau. Dah ah nak gi dating! Boleh pulak buat macam itu. Ehh takpe! Boyfie kau pun serupa je kan bau dia. Yaksss!

23 February 2011

No title is considered as a title ke?

Tired and sleepy.
No title for today.
But its also considered as a title is it?
Hah!
Whatever!
I'm just too tired to opened up my eyes.
Offline Mood~

If what you see by the eye doesn't please you,
Then close your eyes and see from the heart.
Because the heart can see beauty and love,
More than the eyes can ever wonder.

22 February 2011

Orang yang menipu tidak akan ingat apa yang dia dah tipu


A short entry for today. I mean a simple entry for today. Just make it simple. Nobody loves liars. Pleaselah. Nobody wanna be friend with liars. Okay? Get it? Okay I'll just give a simple example.

Salah orang itu cakap dia anak Raja. Anak keturunan Raja. I don't even know which Kings but yeah she always brag bout that. Oh please don't say anything more. I'm just too tired with all your bedtime stories yang tak laku itu.


Please okay dia cakap dia anak saudara somebody yang kalau aku baru nak buka mulut sebut nama dia, for sure korang akan kenal punya. HELLO! Kalau betullah dia itu anak keturunan diraja, kenapa IC dia guna nama lain??


And one thing that you guys should know, she always talking nonsense! Ambil Medic dekat Uni but time SPM tak ambil BIOLOGI. Is that okay? Bhahahaha..


Her father's own a big company. She said that her work as a CEO for a big company. Okay so then why you are here as a pharmacist assistant? Hahha sebok nak bercerita pasal boyfie dia dekat orang. Nak tunjuk-tunjuk. Keluar jalan berdua tapi tak nak mengaku couple. HOI kau ingat kau itu artis ke? Orang nak tahu sangat pasal kau???


Hey dude! VEGETABLES pun tak tahu okay! Orang cakap "I alergic vegetables lah" and you wanna know what she said? "Ouh mungkin dah overdose kot." Hahha itulah kau. Tak berpinar plak kan customer tersebut dengan jawapan yang diberikan.



Yang paling best. Dia cakap dia ada sakit barah otak. Menangis depan encik boyfie dia. Dia cakap otak dia dah pecah dah. Hahha yang paling bangang boleh tak boyfie dia percaya? Kahkahkah aku nak gelak guling-guling jap. Bye!

P/s: Kadang-kadang orang yang menipu itu tidak ingat apa yang dia dah tipu kepada si tertipu.

21 February 2011

Just keep quite and calm down


Effie deary,
I know its really hard for you to faced it all alone.
I know today wasn't a good day for you.
But trust me,
Tomorrow, it will be a better day than today.
Just keep quite.
Just hear what others said.
Just be yourself.
Because the only person who know you is you!
Remember that.
We can't satisfied people.
But as long as you are happy,
Than I'll be happy too.
Love yourself.

Everybody wants happiness.
Nobody wants pain.
But you can't have a beautiful calming rainbow,
Without a little rain.

20 February 2011

Tips untuk blog yang menarik.

Salam. Hari ini tiada tutorial. Actually dah lama tak bagi tutor tentang template belog kan. Hahha tak apalah. Kali ini just nak bagi tips sahaja.

Okay tips kali ini adalah tentang blog. Tentang apa yang korang perlu fikir sebelum update template.

Terpulang samada korang nak pakai classic template or template yang dah sedia ada di blogger.com. Sesetengah orang lebih suka classic template sebab kita dapat edit setiap column dengan warna pilihan yang sukar didapati di template blogger sedia ada. Tapi bagi mereka yang tidak mengerti istilah 'coding' sila jangan berbuat demikian kerana takut blog korang nanti jadi tak cantik.

Bagi fi, fi lebih suka classic template sebab dia lagi menarik plus fi suka coding. Eventho kadang-kadang coding memang memeningkan kepala tapi fi memang suka coding.

Blog yang menarik adalah terletak kepada ciri-ciri kekemasan blog tersebut. Bukan kerana blog korang wonderful, colourful, memeningkan pembaca dan sebagainya. Memang semua orang tahu blog ini adalah kepunyaan masing-masing tetapi jika pembaca blog anda mengalami kesukaran untuk membaca sebab terlalu sesak dengan widget pun tak berguna juga bukan?

Perkara yang perlu anda semak ialah:

  • Pemilihan warna. Pemilihan warna yang menyakitkan mata pembaca seperti warna kuning terang, hijau terang dan merah terang adalah tidak sesuai sama sekali. Akan tetapi pemilihan warna gelap juga mungkin agak kurang sesuai. Seeloknya anda harus memilih warna background dan warna tulisan yang kontra. Contoh yang paling mudah ialah jika warna latar blog anda adalah warna hitam, warna tulisan yang paling mudah ialah warna putih. Begitu juga sebaliknya. Jangan kedua-duanya warna terang atau kedua-duanya warna gelap okay!


  • Tulisan. Corak tulisan yang berbunga-bunga mungkin akan menyakitkan hati pembaca. Usahlah hendak terlalu kreatif sehingga pembaca anda lari. Besar kemungkinan anda sendiri tidak faham dengan penulisan sendiri. Kekemasan tulisan juga penting. Jangan terlampau kecil dan jangan terlampau besar. Setiap line pula jangan terlalu rapat. Contoh coding yang bagus untuk blog adalah seperti dibawah.

Font-Family: Segoe UI;
Font-size: 15ppx;
Letter-Spacing: 1px;


  • Header. Header anda mestilah menarik tetapi tidak terlampau besar. Jangan pula terlampau kecil sehingga menyukarkan pembaca. Header adalah permulaan pemandangan blog anda. Jika ingin memudahkan diri anda, reka anda terlebih dahulu kemudian barulah edit template anda. Warna didalam blog anda lebih elok jika dipadankan dengan warna header anda.


  • Pemilihan lagu. Elakkan memilih lagu berentak rock dan yang berunsur keganasan. Seeloknya carilah lagu yang mesra pembaca. Sedap ditelinga anda tetapi mungkin tidak sedap ditelinga pembaca. Jika pemilihan lagu baru dipasaran, seeloknya anda sertakan sekali dengan lirik lagunya.


  • Lebihan widget. Widget yang menarik mungkin membuatkan anda teruja untuk meletakkan diblog. Akan tetapi anda harus ingat. Semakin banyak widget yang anda letak, semakin berat blog anda itu. Jadi untuk isu blogwalking, teramatlah tidak sesuai untuk meletak widget terlampau banyak. Kurangkan widget yang tidak digunakan selalu.


  • Penulisan. Cara penulisan adalah tips terakhir untuk kali ini. Jangan terlampau kebudak-budakan kerana kebanyakan pembaca sekarang terdiri dari mereka yang lebih dewasa dari anda. Entry yang terlampau mengutuk dan mencaci orang hanya akan membuat pembaca lari dari kita. Tiada istilah shortform dalam blogging. Jika anda pencari trafik, sila jauhi penggunaan shortform.


Pesan Cik Effie: Blogger perempuan sila jangan terlampau taksub untuk mengetengahkan encik boyfriend masing-masing ye. Meloyakan.


Sumber rujukan edit template Cik Effie:
  1. Template: Blogskins.com
  2. Divider:GlitterGraphics.com
  3. Colour: Html Colour Codes

17 February 2011

Bekerja vs Belajar



Assalamualaikum.
Hahha terasa nak update entry panjang pula ye kau! Bekerja dengan Belajar? Macam tak jauh je beza dia. Macam lebih kurang je maksud dia. Masa sama dok. Meh nak bagitahu apa yang Cik Effie sendiri dah rasakan.

Belajar.
Hari-hari otak penat. Sebab setiap hari kena struggle. Kalau tak struggle, mana kau nak dapat 4 flat? Tapi masalahnya kalau struggle pun dapat ke 4 flat?

Bekerja.
Hari-hari badan penat. Sebab kena check barang. Kena susun barang. Kena simpan barang. Kena simpan rekod barang. Kena check expired date barang. Kena call suppliers. Macam-macam kena buat.

Belajar.
Time nak keluar result je cuak macam nak mati. Habis huru-hara semua benda. Peluh toksah bising ah! Dah segelen kot. Nak2 untuk yang macam tak berapa nak pandai nie. Hahha memang macam nak kena tunggu hukum pancung je kan.

Bekerja.
Time nak total sales harian je dah macam apa. Takut ada yang terkurang memang nak kena tambah pakai duit sendiri. Dah tu kalau terlebih pula tak ada maknanya nak masuk dalam poket sendiri kan. Ngok!


Belajar.
Tak payah pakai cantik-cantik sangat. Sekadar apa yang ada je. For gurls macam itulah. Tapi rasanya kalau lelaki diorang akan cakap "aku pakai apa yang dah dibasuh jelah." Hahha its true okay. Jeans sampai lima nam bulan tak basuh. Selagi tak balik rumah jangan harap nak dibasuh. Tak macam perempuan. Kalau boleh carpet bilik pun nak dibasuh hari-hari. Punyalah rajin.
But some of them ah. Bukan semua.

Bekerja
Weyh harus pakai cantik-cantik okay. Orang cakap time dah kerja ni ah baru gian nak kena cari laki. Hahha makeup kalau tak tebal pinggan memang tak sah. Eyeshadow biru+kuning dengan baju hijau. Kasut opkos ah tinggi lima nam inci. Kalau tak, memang takkan keluar rumah ah orang cakap. Tapi fi tak ah! Takat Jeans and Tshirt pastu sarung tudung ngan crocs je dah. Muka pun takat pakai BB Cream and Eyebrow liner je dah ah. Hahha tapi kalau rajin sikit pakailah blouse and jeans. Tudung memang nak stail Yuna ah kot. Selagi tak terbelit leher tuh memang bukan fi ah. Itu kalau rajin! Take note ek kawan-kawan kat Larkin Perdana tuh. Kalau nampak fi tak mekap itu maknanya fi bangun lambat.


Belajar.
Beg tak nak kalah. Kalau boleh nak letak segala ensiklopidia kat dalam ituh sekali dengan peta ke hapa. Botol air sumbat dalam beg. Pakai slipa seret ngan tudung selimpang jerk. Brooch entah kemana. Yang penting payung wajib bawa. Panas gila seyh kat Arau sinun. Gila kau tak berpayung!

Bekerja.
Payung tak hingin dah nak dibawa. Payung kedai ada. Kalau ujan pun esok pulang k. Hahha. Tak ada maknanya nak pakai beg besar-besar. Tak bawa buku pun. Just bawa purse, lip gloss and compact powder. Ada ah buku kecil satu. Pen sebatang. Dah complete set.
Belajar.
Tak sempat nak pandang kiri kanan lagi. Maju ke depan sekali. Tak adalah nak melayan suara-suara sumbang ke hape. Ke kelas juga dituju. Terus takde belok2!

Bekerja.
Kalau boleh time nak makan itu harus singgah menyinggah. Perjalanan pergi dan balik sahaja dari 10 minit jadi doploh minit. Woah lama itu! Weyh itu nasib baik tak doploh pat jam tau!


Belajar.
Muka gila babeng punya selekeh. Blackhead and whitehead memang tengah bermaharajalela. Dah tu pula mata memang kalah mata panda. Lebam birat macam kena tumbuk. Time nak lawa-lawa pun time nak keluar Kangar or Alor Setar and nak gi faculty dinner. Itu je ah kot.

Bekerja.
Hahha bye bye mata panda. Kurang sikit. Siap touch up dengan BB Cream and pakai eyeliner lagi tuh. Pasang badan lagi kau!


Belajar.
Masa untuk berfoya-foya memang kurang. Almaklumlah! Budak 4 flat! Hahha memang bukan fi ah tuh kan. Berfoya-foya time study memang best dok. Sebab pikir time kerja dah tak dapat nak kuar macam itu kan.

Bekerja.
Rupa-rupanya time ni lagilah dapat berfoya-foya! Hahha. Duit sentiasa ada. Malam-malam lepak Bazar JB dengan family. Beli hair clips. Beli ribbons. Beli scarf. Beli kemeja baru. Tengok keroncong. Tengok live bands. Tengok macam-macam lagi.

Hahha I think itu sahaja kot perbezaan dia. Korang ada nak tambah tak? Sila komen okayh! Have a nice day semua!!





################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

15 February 2011

Need more energy for tomorrow.



Quick update. Been busy from last week. Susah nak curi masa nak update entries yang panjang-panjang. Kenapa ek? Kepenatan. Kemalasan. Kemarahan melanda disaat broadband tak dapat nak access internet connection. Will try to register for Streamyx nanti. But not now. Rite now still boleh bertahan. Hmm esok kebanyakan suppliers nak datang collect payment. Trying to call one of our supplier yang sangat susah nak suruh dia datang. Nak order barang pun lambat sampai. Nak suruh buka CN sebab ada barang nak kena return pun susah. Collect payment pun payah ke? Hmm. Maybe esok barang dari KL akan sampai. Cukup-cukuplah memenatkan diri since last week. Bekerja memang penat.


Effie,
Don't let go of your dreams. If you have determination and belief in your dreams, you will succeed in spite of your desire to let go. -Catherine Pulsifer-


aFiFaH aNWaR










14 February 2011

Keep it up Effie!





Mood: Finding a permanent job.
Position Applied: Admin Clerk, Account Assistant and Credit Controller.
Basic Rate: RM1000 and above.
Working Area: Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur and Melaka.

Like a duck. Calm on the surface but always paddling like the dickens underneath.
-Micheal Caine-



I knew its really hard for me to find my new job. But yeah. I'm still struggling. Wish me luck guys.





################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

13 February 2011

Love yourself before you love someone.






Salam.
Sometimes peoples say you have to love everyone outside you so then they will love you back. Some others said what you give you'll get it back. Means that if you love them, they would love you. But if you hate them, they would hate you too.


Cintailah Allah dan Rasul sepenuh hatimu. 
Kemudian ibu dan ayahmu. 
Selepas itu cintailah dirimu dengan tulus. 
Selebihnya barulah diserahkan kepada mereka disekelilingmu. 
Sesungguhnya cintailah mereka yang lebih utama dahulu
Kemudian barulah untuk mereka diluar.



################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

Weekend.


Quick Update.

Picture: Google.Com
Location: Hutan Bandar Johor Bahru.

I'm going out with my family. Planned nak pergi Hutan Bandar. Eventho Hutan Bandar itu dekat dengan rumah but jarang dapat pergi sana hang out dengan family. So today memang specially planned nak pergi sana. Sesuai untuk photoshoot. Pemandangan yang sangat cantik menarik dan tertarik. Okay nak bersiap sekarang. Will update soon! Bye.







################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

Just Imagine.

<



Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ibu.
Semoga Ibu sentiasa sihat walafiat.
Effie sayang Ibu sangat-sangat.
Walaupun Effie degil, malas, kuat merajuk.
Tapi pada hakikatnya.
Effie sangat sayangkan Ibu.
I love you Ibu.

Truly Madly Deeply from,
Afifah Binti Anwar.

 
A mother's love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. 
Love you always Puan Fatimah Hussien.


################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

11 February 2011

perfect the imperfect perfectly.

pink carnation is enough for me.
The virtue of true love is not finding the perfect person
But loving the imperfect person perfectly.


I am not a perfect woman. Neither you. But when we are together, we will be perfect. InsyaAllah. 





Believe in yourself and all that you are.
Know that there is something inside you
That is greater than any obstacles.


I'm so tired.
I can't keep my eyes open.
Good night peeps!
Off to bed I go.

- Hope you'll have a warm and comfort night always Encik Bakal -



10 February 2011

Happy Belated Birthday Cik FuschiaLicious!



Fate controls who walks into your life.
But you decide who you let to walk out,
Who you let to stay,
And who you refuse to let go.

Everyone wants to be HAPPY.
Nobody wants to be in PAIN.
But you can't have a RAINBOW,
Without any rain.
 





08 February 2011

Love is unexpected




Being happy doesn't mean that everything is perfect.
It means that you've decided to look beyond the imperfection.

still standing



sometimes, your joy is the source of your smile
but sometimes, your smile can be the source of your joy
-Thich Nhat Hanh-

07 February 2011

Bagaimana nak menghilangkan rasa bosan bercuti disaat semua orang tengah sibuk kerja?



Situasi: Dapat cuti ekstra dua hari tapi nak keluar jalan-jalan cam tak happening sebab shopping complex lengang gila macam tak ada life and tak tahu nak keluar dengan siapa.

Cara-cara untuk menghilangkan rasa bosan adalah:

google


  • Basuh cadar, selimut dan tuala mandi anda dan sidai di tempat yang panas terik agar ia cepat kering.
google

  • Sapu sampah di kamar tidur anda dengan bersih. Rajinkan diri untuk mengemop lantai dikamar tidur anda dengan sabun pencuci lantai yang harum baunya.
google
  • Jemur bantal di bawah panahan matahari supaya kuman-kuman di bantal anda akan terbakar.
google

  • Kemas ruangan dapur rumah anda. Bersihkan segala kotoran diatas sinki dan dapur rumah anda. Pastikan sampah sarap dibuang dengan betul. Pinggan mangkuk tersusun rapi.
google

  • Susun semula timbunan baju didalam almari pakaian anda dengan kemas dan cantik. Asingkan pakaian yang tidak dipakai ke dalam satu bekas khas supaya mudah untuk didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan.
google
  • Rapikan peralatan make up anda agar ia sentiasa bersih dan teratur. Jika anda ada anak kecil yang baru pandai berjalan dan mencapai barangan anda, sila pastikan agar makeup anda tidak mudah dicapai oleh sikecil tersebut.
google
  • Sesudah selesai semua perkara diatas, anda disarankan untuk menghargai tubuh badan anda sewaktu mandi. Maksudnya disini, bersihkanlah tubuh badanmu dengan haruman mandian yang menyegarkan. 

Pesan Cik Effie: Waktu cuti Fi suka scrub badan lepas itu buat full facial at home. Memang best sebab nanti badan jadi segar dan happy sentiasa.



################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Hati.



Assalamualaikum semua. Wahh sebok nak letak jugak ciri-ciri lelaki idaman hati ke? Aiyoo masalahnya before this kau pernah ke fikir pasal ciri-ciri nie? Eewww macam geli je nak gedik2 ada ciri-ciri baru accept jadik boyfiee..Hahha peduli apa I nyahh..I nak gak bagitahu..


Ciri-ciri lelaki idaman hati Cik Effie adalahhhhhhh!!!



  • Seorang lelaki yang pandai membawa diri. Alahh bukan bawa diri gi mana-mana pun. Maksudnya, dia mesti tahu macamana nak bawa diri bila jumpa family Fi, cousins Fi, Saudara mara Fi dan sebagainya. Jangan main hentam saja. Jumpa family Fi, even dah selalu jumpa pun cara melayan mereka berbeza dengan cara nak layan kepala gila my cousins.

  • Seorang lelaki yang berkerjaya. Of course okay! Dia mesti ada kerja. Penoreh getah pun takpe! Hahha weyh getah mahal derr. Siapa tak nak. Takdelah. Fi tak kisah dia kerja apa pun. Tak memilih. Even my parents pun okay je dia kerja apa. Yang penting jangan tukar-tukar kerja. Phewww memang pantang 40 hari ah kalau tengok orang suka tukar-tukar kerja ini. Lainlah kalau dia dapat kerja yang lagi bagus, beza gaji dengan gaji dulu ribu riban ke apa of courselah Fi tak kisah. Ini tak. Ah malaslah nak kerja sini. Nak kerja kat tempat lain. Dapat duduk dalam opis. Gaji turun sikit pun tak apalah. Hahha. Hoi bang! Reject..! Reject..! Reject....!!!!

  • Seorang lelaki yang tak suka bawa kereta laju laju. Ouhhh kalau dekat rumah atok dengar orang bawa kereta or motor laju laju sure dengar atok cakap, "anak sapa tuh bawa kereta macam pelesit?" Hahha memang sakit hati kot bila dia bawa kereta laju sangat. Fi tak suka naik kereta lumba okay!

  • Seorang lelaki yang pandai jaga penampilan. Ini memang semua perempuan akan teruja sebab siapa suka lelaki berbau and selekeh? I mean selekeh sangat-sangat. Jagalah penampilan. Pakai perfume. Pakai deodorant. Cukur jambang itu. Tak semua sesuai berjambang okay. 
 
  • Seorang lelaki. Lelaki idaman hati semestinya kerana dia itu adalah seorang lelaki. Bukan gay. Bukan perempuan. 

Okay daa!






################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

06 February 2011

Makeup cara Cik Effie






Esse
Assalamualaikum. Macam dah agak lama tak bagi tips. Actually nak minta tips memang mudah but nak merangka entry itu memang sukar. Sukar nak bagi penjelasan yang betul and sukar nak menerangkan dengan tepat.


Actually memanglah saya hantu makeup. But tak semestinya saya mesti wajib keluar dengan makeup sekilo di muka. No okay!

Kadang-kadang korang akan jumpa fi tanpa makeup. Memang tak seflawless kalau pakai makeup and memang mata sepet dengan eyebag sebeban and kening berterabur. Hahha sengal!


Makeup bukan semata-mata untuk merubah wajah korang jadi macam plastik tapi nak mencantikkan lagi keayuan pada wajah anda. Cuba bayangkan korang ada bibir mungil but korang tak pakai lip gloss so orang tak nampak keayuan itu. Hahha faham tak? Tak faham? Huh!


Okay ini tips untuk korang yang Cik Effie sendiri pakai untuk dapatkan makeup yang cantik. Serius okay. Memang fi guna cara ini..



  • Mesti kena cleanse korang punya muka dulu. Okay nak cuci muka pun kena ada rutin yang betul. Fi cuci muka hari-hari guna Deep Action Cleanser from Clean & Clear. Murah je derr. Tak payah pakai mahal-mahal kalau tak sesuai.
  • After that seminggu 2 kali Fi akan scrub muka untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada muka. Fi guna St. Ives Apricot Scrub Invigorating (Fresh Skin). This one dalam RM20 lebih but boleh tahan lama sebab dia 170gm and guna pun 2 kali seminggu. Itu pun kalau rajinlah.
  • Seminggu sekali Fi akan pakai masker. I chose Nano White punya produk. Nano White Hydrating Whitening Mask. Memang best. Disarankan untuk guna seminggu 2 kali but kalau muka tak problem sangat guna seminggu sekali pun okay. After cuci muka and guna scrub, sapu rata masker ini dekat muka korang and tunggu selama 15 minit. After that cuci dengan air suam dengan lembut.

  • After that, diwajibkan untuk memakai toner atau penyegar dan selepas itu pakai moisturizer atau pelembap. Tak semestinya kulit berminyak macam Fi diharamkan untuk memakai moisturizer okay. Okay untuk toner Fi pakai Essentials Oil-Control Toner, and for moisturizer I choose Essentials Moisturizer both from Clean & Clear. Pagi and malam selepas cuci muka and before pakai makeup.

  • Selepas itu Fi pakai BB Cream from Maybelline. Yepp Clear Smooth Minerals Instant Skin Perfecting Cream yang baru itu. So far after 1 week pakai BB Cream ini memang menyenangkan hati sebab dia tak macam foundation which is foundation is more thicker. Okay FYI, Fi memang tak berapa gemar nak pakai foundation coz dia cepat kering and berketul-ketul. So BB Cream memang lagi lembut dia punya textures. Nama pun BB.. 

    • Then barulah lapiskan dengan Two Way Cake or Compact Powder. If tak keluar untuk berjimba, just pakai Clear Smooth Shine Free Face Powder je but if nak gi kerja yang memakan masa selama 10 jam itu, Fi akan pakai M.A.C Moisturizing Two Way Cake untuk bagi dia tahan lama and tak mudah berminyak. Two Way Cake ini Fi baru beli. Harga RM68 after less. 






      • Normally untuk makeup yang natural, just pakai eyeliner yang tipis di bahagian kelopak atas dan sapukan mascara dibulu mata yang tak berapa nak lebat itu. Tapi kalau RAJIN, Fi pakai eyeshadow yang tak terlampau sarat dengan glitter (i mean matte) and pakai eyeliner untuk kelopak atas and dekat waterline mata. Then pakai Mascara. Mascara Fi pakai Glamour Lash from Elianto berharga RM24 sahaja and Eyeliner Fi ada 3. Pencil Eyeliner untuk kesan smokey dibawah mata, Liquid Eyeliner dari M.A.C harga RM40. And kalau nak nampak lagi garang Fi pakai Elianto Frosted Liquid Eyeliner. This one murah. Beli time YES 2010. RM18.00 je kot tak silap. But memang kena careful sebab dia sangat pekat and lebih kurang macam gel. Tapi sangat kalis air. 

        • Blusher Fi suka pakai Baked Blusher. Code number is 03-Sunrise Bronze. Dari Elianto. Harga RM29.00. Colour dia memang cantik. Gold colour with a lil bit of chocolate touch. Sesuai untuk waktu siang. Tak terlampau menyerlah but dia akan glowing. Hey bukan macam glow in the dark tu tapi dia colour dia akan mudah nak blend dengan kulit muka kita. Sangat soft. So you have to be really careful bila nak simpan. 

          • For my lips pula, Fi suka pilih lipstik warna terang or pekat like hot pink, bright red, or colour merah gelap and definitely akan lapis dengan lip gloss warna natural. So bila dia dah blend, dia akan nampak cantik. Natural itu macam colour soft pink, nude colour, peachy colour or yang tak ada colour pun nampak cantik. 

          Okay itu sahaja rasanya tips kali ini. Sebab Fi memang jarang sangat-sangat guna makeup keterlaluan. Kadang-kadang tak makeup langsung pun pergi kerja. Hahha itu biasanya akan terjadi pada hari Isninlah kan..Hope this tips will gonna help you all okay!Do remember girls!Everyone at least will know how to used their makeup. 

          Pesan Cik Effie: Ini bukan promosi berbayar. Ini adalah pengalaman peribadi sahaja. And lagi satu, saya tak berhabis duit semata-mata untuk makeup sahaja okay. Hanya tak sampai RM50 sebulan untuk makeup.

          ######################################

          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          Saya tak suka menunggu





          Assalamualaikum. Wahh title nak gempak. Hahha memang saya tak suka menunggu. Sebab dari kecil lagi saya tak suka menunggu. Tak kisahlah menunggu orang ke bukan orang ke tapi seriously I really hate to wait for a things that definitely I shouldnt wait for.


          Nak maksud lebih jelas? Teruskan membaca okay. Huhhu.

          • Saya tak suka tunggu orang nak pergi kelas sama-sama. Dulu saya bukan jenis yang suka tampal make up tebal-tebal dekat muka. Cukuplah sekadar BB Cream from Elianto, lepas itu guna mascara juga dari Elianto dan secalit lip gloss dibibir mungilku ini! Hahha poyos! So saya lagi cepat bersiap dari mereka. Saya bangun lambat dari mereka tapi saya siap lebih cepat dari mereka. Macamana tu? Yelah. Mana ada saya syampu rambut pepagi buta. Sementara nak tunggu turn masuk toilet, saya dah siap cuci muka and gosok gigi. So saya tak amik masa yang lama disitu kan.Sealunya saya akan ke kelas seorang diri sebab malas nak tunggu mereka. 
          • Saya tak suka tunggu orang yang nak makan sama-sama tapi lembab! Adeh dahlah perut lapar. Dahlah panas terik time tengahari. Memikirkan orang yang sememangnya akan ramai pada waktu tengahari jika kita lambat. Memang wrong time ah nak buat-buat leceh time nak lunch dengan Cik Effie kan!
          • Saya jenis jalan laju. So kalau nak berjalan dengan saya, please jangan nak berlengah-lengah boleh? Saya rimas kejap-kejap nak singgah sana nak singgah sini. Unless if saya memang dalam mood nak shopping, nak berjimba, nak hu ha hu ha ke hape memang saya suka menyinggahlah. Tanyalah mereka yang pernah keluar dengan saya. Pernah tak saya skip salah satu kedai itu kalau dekat shopping complex? Kalau ada pun mesti sebab tak berani masuk sebab ianya adalah butik terkemuka yang tak akan ada barang berharga puluhan ringgit. Semua main ribu riban kan. Memang jangan harap saya nak masuk.
          • Tengah haus gila vavi lepas itu singgah kedai makan, order air cikong, dengan roti canai je. Tapi roti canai dah habis tapi air tak sampai-sampai lagi. Lepas itu dapat air manis nak mamp! Lepas itu harga mahal padahal air cikong itu tak susah pun okay. Dahlah ada laici dua butir pastu taburkan dengan barli lepas itu letak air gula setengah kilo. Memang saya mengamuklah kan!! *kejadian ini berlaku semalam lepas balik daripada membuat kerja-kerja yang memenatkan di tengah panas. Restorannya terletak di Segamat. Dan memang dapat maki dengan aku je ah semalam.*
          • Tengah lapar nak tunggu burger tapi orang itu lambat gila nak pickup order. Minta lain, lain dibuatnya. Lepas itu orang selepas kitorang yang dapat burger dulu. Dengan alasan senang sebab kami minta burger ayam. Orang itu minta burger daging. Terlanjur pegang daging burger kat tangan, dia buatkan orang itu punya dulu. HOI bang! Cancel order je eh. Babai!
          • Menunggu saiz kasut yang sebenar dicari. Hmm boleh tak! Kita dah lama tunggu dia ambilkan saiz kasut kita lepas itu dia boleh pula lupa nak cari saiz itu. Ohhh hei kak! Kasut yang kita nak tadi itu dah jumpa ke belum ek?Ehh buat-buat tanya pula kita ada bagi kasut kat dia ke?Aiseh hangin satu badan. Dah malas nak cari saiz itu tak payahlah kerja lagi ye.
          • Menunggu line broadband okay! Memang nak makan je broadband nie kalau dia buat hal...

          Kesimpulannya disini adalah, Cik Effie kau ini memang susah nak bersabar. Dia  tak suka menunggu. Dia tak suka leceh-leceh.
          ######################################


          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          Holiday Mood



          Mood: Tired

          Bila nak balik kampung,
          beriya-iya nak pack barang.
          But bila dah sampai rumah,
          Masing-masing penat nak unpack barang.



          ######################################
          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          02 February 2011

          LOVE is CINTA





          Kita rasa,
          Cinta mematangkan kita
          Cinta memberi cahaya kehalusan untuk kita
          Cinta membenarkan diri kita untuk mencuba
          Cinta menjanji kebahagiaan untuk kita


          Kadangkala,
          Cinta menyakitkan diri kita
          Cinta membunuh kita
          Cinta menyeksa kita
          Cinta menjatuhkan kita



          Ingat!
          Pandulah arah tuju sesebuah cinta itu
          Tunjukkanlah jalan yang benar untuk cinta itu
          Berilah kehidupan untuk cinta itu
          Agar ia tetap mekar selamanya
          Anda yang menentukan arah tuju cinta itu
          Samada anda memilih untuk bahagia atau terluka



          #################################

          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!