06 February 2011

Saya tak suka menunggu





Assalamualaikum. Wahh title nak gempak. Hahha memang saya tak suka menunggu. Sebab dari kecil lagi saya tak suka menunggu. Tak kisahlah menunggu orang ke bukan orang ke tapi seriously I really hate to wait for a things that definitely I shouldnt wait for.


Nak maksud lebih jelas? Teruskan membaca okay. Huhhu.

  • Saya tak suka tunggu orang nak pergi kelas sama-sama. Dulu saya bukan jenis yang suka tampal make up tebal-tebal dekat muka. Cukuplah sekadar BB Cream from Elianto, lepas itu guna mascara juga dari Elianto dan secalit lip gloss dibibir mungilku ini! Hahha poyos! So saya lagi cepat bersiap dari mereka. Saya bangun lambat dari mereka tapi saya siap lebih cepat dari mereka. Macamana tu? Yelah. Mana ada saya syampu rambut pepagi buta. Sementara nak tunggu turn masuk toilet, saya dah siap cuci muka and gosok gigi. So saya tak amik masa yang lama disitu kan.Sealunya saya akan ke kelas seorang diri sebab malas nak tunggu mereka. 
  • Saya tak suka tunggu orang yang nak makan sama-sama tapi lembab! Adeh dahlah perut lapar. Dahlah panas terik time tengahari. Memikirkan orang yang sememangnya akan ramai pada waktu tengahari jika kita lambat. Memang wrong time ah nak buat-buat leceh time nak lunch dengan Cik Effie kan!
  • Saya jenis jalan laju. So kalau nak berjalan dengan saya, please jangan nak berlengah-lengah boleh? Saya rimas kejap-kejap nak singgah sana nak singgah sini. Unless if saya memang dalam mood nak shopping, nak berjimba, nak hu ha hu ha ke hape memang saya suka menyinggahlah. Tanyalah mereka yang pernah keluar dengan saya. Pernah tak saya skip salah satu kedai itu kalau dekat shopping complex? Kalau ada pun mesti sebab tak berani masuk sebab ianya adalah butik terkemuka yang tak akan ada barang berharga puluhan ringgit. Semua main ribu riban kan. Memang jangan harap saya nak masuk.
  • Tengah haus gila vavi lepas itu singgah kedai makan, order air cikong, dengan roti canai je. Tapi roti canai dah habis tapi air tak sampai-sampai lagi. Lepas itu dapat air manis nak mamp! Lepas itu harga mahal padahal air cikong itu tak susah pun okay. Dahlah ada laici dua butir pastu taburkan dengan barli lepas itu letak air gula setengah kilo. Memang saya mengamuklah kan!! *kejadian ini berlaku semalam lepas balik daripada membuat kerja-kerja yang memenatkan di tengah panas. Restorannya terletak di Segamat. Dan memang dapat maki dengan aku je ah semalam.*
  • Tengah lapar nak tunggu burger tapi orang itu lambat gila nak pickup order. Minta lain, lain dibuatnya. Lepas itu orang selepas kitorang yang dapat burger dulu. Dengan alasan senang sebab kami minta burger ayam. Orang itu minta burger daging. Terlanjur pegang daging burger kat tangan, dia buatkan orang itu punya dulu. HOI bang! Cancel order je eh. Babai!
  • Menunggu saiz kasut yang sebenar dicari. Hmm boleh tak! Kita dah lama tunggu dia ambilkan saiz kasut kita lepas itu dia boleh pula lupa nak cari saiz itu. Ohhh hei kak! Kasut yang kita nak tadi itu dah jumpa ke belum ek?Ehh buat-buat tanya pula kita ada bagi kasut kat dia ke?Aiseh hangin satu badan. Dah malas nak cari saiz itu tak payahlah kerja lagi ye.
  • Menunggu line broadband okay! Memang nak makan je broadband nie kalau dia buat hal...

Kesimpulannya disini adalah, Cik Effie kau ini memang susah nak bersabar. Dia  tak suka menunggu. Dia tak suka leceh-leceh.
######################################


Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

No comments: