Esse
Assalamualaikum. Macam dah agak lama tak bagi tips. Actually nak minta tips memang mudah but nak merangka entry itu memang sukar. Sukar nak bagi penjelasan yang betul and sukar nak menerangkan dengan tepat.
Actually memanglah saya hantu makeup. But tak semestinya saya mesti wajib keluar dengan makeup sekilo di muka. No okay!
Kadang-kadang korang akan jumpa fi tanpa makeup. Memang tak seflawless kalau pakai makeup and memang mata sepet dengan eyebag sebeban and kening berterabur. Hahha sengal!
Makeup bukan semata-mata untuk merubah wajah korang jadi macam plastik tapi nak mencantikkan lagi keayuan pada wajah anda. Cuba bayangkan korang ada bibir mungil but korang tak pakai lip gloss so orang tak nampak keayuan itu. Hahha faham tak? Tak faham? Huh!
Okay ini tips untuk korang yang Cik Effie sendiri pakai untuk dapatkan makeup yang cantik. Serius okay. Memang fi guna cara ini..
- Mesti kena cleanse korang punya muka dulu. Okay nak cuci muka pun kena ada rutin yang betul. Fi cuci muka hari-hari guna Deep Action Cleanser from Clean & Clear. Murah je derr. Tak payah pakai mahal-mahal kalau tak sesuai.
- After that seminggu 2 kali Fi akan scrub muka untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada muka. Fi guna St. Ives Apricot Scrub Invigorating (Fresh Skin). This one dalam RM20 lebih but boleh tahan lama sebab dia 170gm and guna pun 2 kali seminggu. Itu pun kalau rajinlah.
- Seminggu sekali Fi akan pakai masker. I chose Nano White punya produk. Nano White Hydrating Whitening Mask. Memang best. Disarankan untuk guna seminggu 2 kali but kalau muka tak problem sangat guna seminggu sekali pun okay. After cuci muka and guna scrub, sapu rata masker ini dekat muka korang and tunggu selama 15 minit. After that cuci dengan air suam dengan lembut.
- After that, diwajibkan untuk memakai toner atau penyegar dan selepas itu pakai moisturizer atau pelembap. Tak semestinya kulit berminyak macam Fi diharamkan untuk memakai moisturizer okay. Okay untuk toner Fi pakai Essentials Oil-Control Toner, and for moisturizer I choose Essentials Moisturizer both from Clean & Clear. Pagi and malam selepas cuci muka and before pakai makeup.
- Selepas itu Fi pakai BB Cream from Maybelline. Yepp Clear Smooth Minerals Instant Skin Perfecting Cream yang baru itu. So far after 1 week pakai BB Cream ini memang menyenangkan hati sebab dia tak macam foundation which is foundation is more thicker. Okay FYI, Fi memang tak berapa gemar nak pakai foundation coz dia cepat kering and berketul-ketul. So BB Cream memang lagi lembut dia punya textures. Nama pun BB..
- Then barulah lapiskan dengan Two Way Cake or Compact Powder. If tak keluar untuk berjimba, just pakai Clear Smooth Shine Free Face Powder je but if nak gi kerja yang memakan masa selama 10 jam itu, Fi akan pakai M.A.C Moisturizing Two Way Cake untuk bagi dia tahan lama and tak mudah berminyak. Two Way Cake ini Fi baru beli. Harga RM68 after less.
- Normally untuk makeup yang natural, just pakai eyeliner yang tipis di bahagian kelopak atas dan sapukan mascara dibulu mata yang tak berapa nak lebat itu. Tapi kalau RAJIN, Fi pakai eyeshadow yang tak terlampau sarat dengan glitter (i mean matte) and pakai eyeliner untuk kelopak atas and dekat waterline mata. Then pakai Mascara. Mascara Fi pakai Glamour Lash from Elianto berharga RM24 sahaja and Eyeliner Fi ada 3. Pencil Eyeliner untuk kesan smokey dibawah mata, Liquid Eyeliner dari M.A.C harga RM40. And kalau nak nampak lagi garang Fi pakai Elianto Frosted Liquid Eyeliner. This one murah. Beli time YES 2010. RM18.00 je kot tak silap. But memang kena careful sebab dia sangat pekat and lebih kurang macam gel. Tapi sangat kalis air.
- Blusher Fi suka pakai Baked Blusher. Code number is 03-Sunrise Bronze. Dari Elianto. Harga RM29.00. Colour dia memang cantik. Gold colour with a lil bit of chocolate touch. Sesuai untuk waktu siang. Tak terlampau menyerlah but dia akan glowing. Hey bukan macam glow in the dark tu tapi dia colour dia akan mudah nak blend dengan kulit muka kita. Sangat soft. So you have to be really careful bila nak simpan.
- For my lips pula, Fi suka pilih lipstik warna terang or pekat like hot pink, bright red, or colour merah gelap and definitely akan lapis dengan lip gloss warna natural. So bila dia dah blend, dia akan nampak cantik. Natural itu macam colour soft pink, nude colour, peachy colour or yang tak ada colour pun nampak cantik.
Okay itu sahaja rasanya tips kali ini. Sebab Fi memang jarang sangat-sangat guna makeup keterlaluan. Kadang-kadang tak makeup langsung pun pergi kerja. Hahha itu biasanya akan terjadi pada hari Isninlah kan..Hope this tips will gonna help you all okay!Do remember girls!Everyone at least will know how to used their makeup.
Pesan Cik Effie: Ini bukan promosi berbayar. Ini adalah pengalaman peribadi sahaja. And lagi satu, saya tak berhabis duit semata-mata untuk makeup sahaja okay. Hanya tak sampai RM50 sebulan untuk makeup.
######################################
1 comment:
yang clean&clear 2 utk kulit brminyak kan?
boleh tanya ta? kalau kita pakai foundation jenama silkygirl, boleh ke pakai bedak jenama maybelline?
Post a Comment