Assalamualaikum.
Hahha terasa nak update entry panjang pula ye kau! Bekerja dengan Belajar? Macam tak jauh je beza dia. Macam lebih kurang je maksud dia. Masa sama dok. Meh nak bagitahu apa yang Cik Effie sendiri dah rasakan.
Belajar.
Hari-hari otak penat. Sebab setiap hari kena struggle. Kalau tak struggle, mana kau nak dapat 4 flat? Tapi masalahnya kalau struggle pun dapat ke 4 flat?
Bekerja.
Hari-hari badan penat. Sebab kena check barang. Kena susun barang. Kena simpan barang. Kena simpan rekod barang. Kena check expired date barang. Kena call suppliers. Macam-macam kena buat.
Belajar.
Time nak keluar result je cuak macam nak mati. Habis huru-hara semua benda. Peluh toksah bising ah! Dah segelen kot. Nak2 untuk yang macam tak berapa nak pandai nie. Hahha memang macam nak kena tunggu hukum pancung je kan.
Bekerja.
Time nak total sales harian je dah macam apa. Takut ada yang terkurang memang nak kena tambah pakai duit sendiri. Dah tu kalau terlebih pula tak ada maknanya nak masuk dalam poket sendiri kan. Ngok!
Belajar.
Tak payah pakai cantik-cantik sangat. Sekadar apa yang ada je. For gurls macam itulah. Tapi rasanya kalau lelaki diorang akan cakap "aku pakai apa yang dah dibasuh jelah." Hahha its true okay. Jeans sampai lima nam bulan tak basuh. Selagi tak balik rumah jangan harap nak dibasuh. Tak macam perempuan. Kalau boleh carpet bilik pun nak dibasuh hari-hari. Punyalah rajin.
But some of them ah. Bukan semua.
Bekerja
Weyh harus pakai cantik-cantik okay. Orang cakap time dah kerja ni ah baru gian nak kena cari laki. Hahha makeup kalau tak tebal pinggan memang tak sah. Eyeshadow biru+kuning dengan baju hijau. Kasut opkos ah tinggi lima nam inci. Kalau tak, memang takkan keluar rumah ah orang cakap. Tapi fi tak ah! Takat Jeans and Tshirt pastu sarung tudung ngan crocs je dah. Muka pun takat pakai BB Cream and Eyebrow liner je dah ah. Hahha tapi kalau rajin sikit pakailah blouse and jeans. Tudung memang nak stail Yuna ah kot. Selagi tak terbelit leher tuh memang bukan fi ah. Itu kalau rajin! Take note ek kawan-kawan kat Larkin Perdana tuh. Kalau nampak fi tak mekap itu maknanya fi bangun lambat.
Belajar.
Beg tak nak kalah. Kalau boleh nak letak segala ensiklopidia kat dalam ituh sekali dengan peta ke hapa. Botol air sumbat dalam beg. Pakai slipa seret ngan tudung selimpang jerk. Brooch entah kemana. Yang penting payung wajib bawa. Panas gila seyh kat Arau sinun. Gila kau tak berpayung!
Bekerja.
Payung tak hingin dah nak dibawa. Payung kedai ada. Kalau ujan pun esok pulang k. Hahha. Tak ada maknanya nak pakai beg besar-besar. Tak bawa buku pun. Just bawa purse, lip gloss and compact powder. Ada ah buku kecil satu. Pen sebatang. Dah complete set.
Belajar.
Tak sempat nak pandang kiri kanan lagi. Maju ke depan sekali. Tak adalah nak melayan suara-suara sumbang ke hape. Ke kelas juga dituju. Terus takde belok2!
Bekerja.
Kalau boleh time nak makan itu harus singgah menyinggah. Perjalanan pergi dan balik sahaja dari 10 minit jadi doploh minit. Woah lama itu! Weyh itu nasib baik tak doploh pat jam tau!
Belajar.
Muka gila babeng punya selekeh. Blackhead and whitehead memang tengah bermaharajalela. Dah tu pula mata memang kalah mata panda. Lebam birat macam kena tumbuk. Time nak lawa-lawa pun time nak keluar Kangar or Alor Setar and nak gi faculty dinner. Itu je ah kot.
Bekerja.
Hahha bye bye mata panda. Kurang sikit. Siap touch up dengan BB Cream and pakai eyeliner lagi tuh. Pasang badan lagi kau!
Belajar.
Masa untuk berfoya-foya memang kurang. Almaklumlah! Budak 4 flat! Hahha memang bukan fi ah tuh kan. Berfoya-foya time study memang best dok. Sebab pikir time kerja dah tak dapat nak kuar macam itu kan.
Bekerja.
Rupa-rupanya time ni lagilah dapat berfoya-foya! Hahha. Duit sentiasa ada. Malam-malam lepak Bazar JB dengan family. Beli hair clips. Beli ribbons. Beli scarf. Beli kemeja baru. Tengok keroncong. Tengok live bands. Tengok macam-macam lagi.
Hahha I think itu sahaja kot perbezaan dia. Korang ada nak tambah tak? Sila komen okayh! Have a nice day semua!!
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?
No comments:
Post a Comment