20 February 2011

Tips untuk blog yang menarik.

Salam. Hari ini tiada tutorial. Actually dah lama tak bagi tutor tentang template belog kan. Hahha tak apalah. Kali ini just nak bagi tips sahaja.

Okay tips kali ini adalah tentang blog. Tentang apa yang korang perlu fikir sebelum update template.

Terpulang samada korang nak pakai classic template or template yang dah sedia ada di blogger.com. Sesetengah orang lebih suka classic template sebab kita dapat edit setiap column dengan warna pilihan yang sukar didapati di template blogger sedia ada. Tapi bagi mereka yang tidak mengerti istilah 'coding' sila jangan berbuat demikian kerana takut blog korang nanti jadi tak cantik.

Bagi fi, fi lebih suka classic template sebab dia lagi menarik plus fi suka coding. Eventho kadang-kadang coding memang memeningkan kepala tapi fi memang suka coding.

Blog yang menarik adalah terletak kepada ciri-ciri kekemasan blog tersebut. Bukan kerana blog korang wonderful, colourful, memeningkan pembaca dan sebagainya. Memang semua orang tahu blog ini adalah kepunyaan masing-masing tetapi jika pembaca blog anda mengalami kesukaran untuk membaca sebab terlalu sesak dengan widget pun tak berguna juga bukan?

Perkara yang perlu anda semak ialah:

  • Pemilihan warna. Pemilihan warna yang menyakitkan mata pembaca seperti warna kuning terang, hijau terang dan merah terang adalah tidak sesuai sama sekali. Akan tetapi pemilihan warna gelap juga mungkin agak kurang sesuai. Seeloknya anda harus memilih warna background dan warna tulisan yang kontra. Contoh yang paling mudah ialah jika warna latar blog anda adalah warna hitam, warna tulisan yang paling mudah ialah warna putih. Begitu juga sebaliknya. Jangan kedua-duanya warna terang atau kedua-duanya warna gelap okay!


  • Tulisan. Corak tulisan yang berbunga-bunga mungkin akan menyakitkan hati pembaca. Usahlah hendak terlalu kreatif sehingga pembaca anda lari. Besar kemungkinan anda sendiri tidak faham dengan penulisan sendiri. Kekemasan tulisan juga penting. Jangan terlampau kecil dan jangan terlampau besar. Setiap line pula jangan terlalu rapat. Contoh coding yang bagus untuk blog adalah seperti dibawah.

Font-Family: Segoe UI;
Font-size: 15ppx;
Letter-Spacing: 1px;


  • Header. Header anda mestilah menarik tetapi tidak terlampau besar. Jangan pula terlampau kecil sehingga menyukarkan pembaca. Header adalah permulaan pemandangan blog anda. Jika ingin memudahkan diri anda, reka anda terlebih dahulu kemudian barulah edit template anda. Warna didalam blog anda lebih elok jika dipadankan dengan warna header anda.


  • Pemilihan lagu. Elakkan memilih lagu berentak rock dan yang berunsur keganasan. Seeloknya carilah lagu yang mesra pembaca. Sedap ditelinga anda tetapi mungkin tidak sedap ditelinga pembaca. Jika pemilihan lagu baru dipasaran, seeloknya anda sertakan sekali dengan lirik lagunya.


  • Lebihan widget. Widget yang menarik mungkin membuatkan anda teruja untuk meletakkan diblog. Akan tetapi anda harus ingat. Semakin banyak widget yang anda letak, semakin berat blog anda itu. Jadi untuk isu blogwalking, teramatlah tidak sesuai untuk meletak widget terlampau banyak. Kurangkan widget yang tidak digunakan selalu.


  • Penulisan. Cara penulisan adalah tips terakhir untuk kali ini. Jangan terlampau kebudak-budakan kerana kebanyakan pembaca sekarang terdiri dari mereka yang lebih dewasa dari anda. Entry yang terlampau mengutuk dan mencaci orang hanya akan membuat pembaca lari dari kita. Tiada istilah shortform dalam blogging. Jika anda pencari trafik, sila jauhi penggunaan shortform.


Pesan Cik Effie: Blogger perempuan sila jangan terlampau taksub untuk mengetengahkan encik boyfriend masing-masing ye. Meloyakan.


Sumber rujukan edit template Cik Effie:
  1. Template: Blogskins.com
  2. Divider:GlitterGraphics.com
  3. Colour: Html Colour Codes

No comments: