31 March 2010

final exam..!!

Okay untuk semua students UiTM seluruh Malaysia, jadual final exam dah keluar..Sila check jadual anda dan print slip exam di website istudent.uitm.edu.my okay..


Haha dah macam jurucakap UiTM Dihatiku dah aku nie..*perlu ke siap letak slogan?* Okay dah tengok my final exam timetable..Fulamak...!orang lain start 21st April 2010 but my paper start on 2nd May 2010..ada 2 paper jerk sem nie..First paper would be paper costing yang sangat saya takut..2hb Mei pukul 9.00am till 12.00 noon..tempat not sure yet..second paper will be on 9th May 2010..hurmm this is the last day exam untuk semua kos..perghhh target nak balik awal tidak kesampaian sebab paper 9hb tu dah r petang..2.15pm till 5.15pm..


Huish paper akaun tu..paper yang kedua aku takut..nasib baik test and quiz aku okay..kalau tak memang kena pulun gila2 r exam nie untuk dapatkan cg above than 3.00..hamboih abeh tu ko ingat kalau test ngan kuiz okay ko tak kena study giler2 ke cik effie???HAHA..


Okay so sorry semua sebab tak boleh nak online lelama sepanjang bulan ini and sampailah 9/05/10 nanti..sangat2 busy siapkan assignments, quizzes,tests and so on...ade group discussion lagi..okay2 sape nak join aku punye group discussion on this 2 subjects sila bagitau yerk..setakat nie baru kiteorang 2 orang jerk..haha sadis...


i'll try to keep updating my belog from time to time..kena janji dengan diri sendiri xbleh online lelama...dinding bilik nie dah bertampal2 dengan segala jenis notes yang konon2 nak tunjuk rajin and psycho kawan..haha..poyolah kau..


okay2 aku kena ciao dulu..nak wat facial treatment sat before start study..haha ni tak termasuk dalam salah satu cara cemana nak senang study okeh..


Take care semua..sesiapa yang amik exam around this month or next month, good luck yerk korang..jawab dengan tenang..doakan aku jugak yerk..miss all the bloggers in the world so much..!!muaxx,..

Bye..
wassalam









28 March 2010

kenapa kita memerlukan tidur yang cukup?


Waktu tidur adalah sangat penting bagi setiap manusia..even haiwan pun perlukan tidur..Bila kita tidur, tubuh kita akan berehat dari kepenatan berjaga sepanjang hari..Tidur yang cukup mampu membina tubuh yang sihat...Minda kita juga akan jadi cerdas bila kita dapat tidur yang cukup..


Korang tahukan pasal eyebag atau lebam bawah mata?Bila kita dapat tidur yang cukup, lebam bawah mata kita akan kurang kerana kita telah dapat rehat yang cukup..Janganlah korang berjaga sepanjang malam untuk main internet or whatsoever..Benda2 yang tidak penting biarlah dilakukan bila waktu lapang sahaja..


Ramai yang tidak tahu bila kita berjaga malam, tubuh badan tidak dapat rehat yang cukup dan boleh menimbulkan berbagai penyakit..Badan yang letih buat kita sukar untuk membuat keputusan dengan baik..bila nak jawab exam juga kalau tidak cukup rehat, otak kita akan jadi tepu seketika dan membuatkan kita tidak boleh nak berfikir jawapan yang betul bagi soalan tersebut..


Kita ada beberapa tips bagi mereka yang sukar tidur malam..

  • Tutup lampu bilik anda..Bilik yang terang membuatkan kita sukar untuk tidur lena..
  • Dengarlah muzik2 yang mendamaikan anda..muzik ini akan membuatkan anda mudah rasa mengantuk..Contoh2 muzik yang mendamaikan adalah lagu berentak slow..Banyak kan lagu slow sekarang..
  • Tabur bedak diatas bantal anda...Bau wangi ini akan menenangkan jiwa anda..membuatkan deria bau anda terasa nyaman..ia juga untuk mengekalkan kewangian rambut anda..Jangan pulak korang tabur bedak straight terus atas kepala pulak..kang jadi macam nenek kebayan muka muda..
  • Semburkan wangian udara yang segar..
  • Kalau boleh, minumlah minuman bersusu..kerana minuman jenis ini akan lebih mudah membuat anda ngantuk seperti Milo, Susu Tepung dan sebagainya..
  • Baring dengan selesa..Jadikan tempat tidur anda adalah tempat yang paling selesa untuk tidur..Jangan tidur atas katil yang bersepah..Selesakan diri anda diatas katil before tidur..
  • Elakkan tidur pada waktu petang selepas pukul 3pm..Seeloknya anda tidur sebentar pada pukul 12.00pm..tidur selama 15 minit membolehkan anda menjana tenaga untuk membuat tugasan diwaktu petang..

Pesanan Penaja: Jangan terlebih tidur pula kerana ianya juga akan membuatkan anda kelihatan tidak bermaya..








26 March 2010

Musim untuk study dan menjana minda yang cerdas

Salam semua..!Okay pada yang tidak tahu, bermulanya bulan April ini student UiTM seluruh Malaysia akan busy nak study sebab Final exam ada dekat hujung simpang itu..maksudnya final exam is just around the corner..Fuhh memang takut dan tersangat takut..Sebab this is my final semester and i hope i won't be back here anymore unless if my application of continuation of studies dapat dekat sini..mintak2 janganlah..Jauh gila maa..bayangkan..kita duduk JB study dekat Arau Perlis..Perghh berasap (_|_) duduk lama2 dalam bus walaupun bus tersebut tersangatlah sejuk dengan aircond..


Whoops cam dah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya pula..Haha gila kau Effie guna peribahasa tersebut..tak ada kena mengena okay..Okay2 back to the story..kita dah berhari2 menGoogle dan mencari info tentang pemakanan yang sihat untuk menjana minda yang cerdas..Gambar2 dibawah ini adalah gambar dari Google Image okay..not mine..tak sempat nak amik gambar sendiri *padahal malas sebab malas nak transfer masuk lappy*


Okay bila kita mula study,apa yang akan kita harapkan adalah biarlah segala apa yang masuk dalam otak kita *berkaitan pelajaran je eh..yang lain2 tak termasuk* kita harap ia akan kekal sekurang2nya sampai akhir hayat and terutama sekali sewaktu exam..


Korang sure pernah mengalami benda ini kan...terasa malas nak study sekarang..biar lambat2 sikit..nanti study awal2 takut lupa..pernah tak alami situasi macam ini?Jangan tipu okay..!saya tahu ramai yang tak suka study awal2 alasan takut lupa bila nak jawab..Sebenarnya fakta yang korang cipta itu adalah salah sama sekali..!Okay dekat sini saya nak tekankan *sambil tekan keyboard kuat* bahawa bila korang study awal2,korang akan lebih bersedia..kalau tak nak mudah lupa, korang selalu baca doa penerang hati, dan segala doa yang memang banyak jika kita tahu ayat2nya..Bila korang dah berdoa, InsyaAllah Allah akan turunkan sedikit rahmat pada kita dan mudah2an kita dapat memahami segala intipati yang kita belajar itu dengan lebih mendalam..


Rajin2kanlah solat sunat..Solat yang wajib itu memang seharusnya tidak dipandang remeh kerana solat itu tiang agama kita..Apa guna kita bergelar seorang Hamba Allah jika kita tidak patuh akan ajaranNYA..Ingat okay..Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil..DIA boleh menjadikan apa sahaja didalam alam semesta ini..



Okay..Selain itu start dari sekarang, mulakan buat nota ringkas tentang sesuatu tajuk..lebihkan penerangan pada tajuk yang susah dahulu..Highlight mana-mana yang penting..Gunakan warna2 yang terang supaya anda tidak mudah rasa mengantuk bila nak dekat exam..Bila dah highlight nanti time kat luar dewan exam korang boleh cari benda2 penting dengan mudah..tak payahlah korang nak pening2 kepala..last2 belum masuk dewan exam lagi korang dah kalah dengan exam paper tersebut..


Bagi yang mudah nervous terutama macam kita..kita memang cepat sangat menggigil bila takut dan sebagainya sebab kandungan iodin dalam badan kita sangat tinggi berbanding paras normal..normal adalah 16-20 and kita punya kandungan iodin dalam badan adalah 35..Atau lebih senang nak cakap sesiapa yang menghidap penyakit tiroid,memang akan mudah nervous...Jadi apa yang saya lakukan adalah semasa berada diluar dewan exam, Selawatlah ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW seberapa banyak yang boleh...kalau boleh elakkan baca nota diluar dewan exam sebab nanti kita makin nervous so boleh jadi hilang semua apa yang kita dah baca before this..


Okay dalam hal pemakanan pula ramai yang salah sangka tentang fakta sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam..Okay macam ini..Jangan korang sekali2 langkah jadual pemakanan..Sarapan pagi itu penting okay..Untuk musim exam ini kita tekankan pada cara pemakanan yang sihat..Iaitu untuk sarapan, kita akan ambil 2 keping roti disapu dengan butter dan 4 keping Lite Munchy Cream Crackers dan segelas Quacker Oat..Bila makan ini, anda akan kenyang sepanjang hari..




Untuk tengahari pula cuma ambil makanan yang ringan..bukan makanan ringan okay..makanan yang ringan ini adalah seperti secawan kecil nasi, seekor ikan dan sayur..Okay bila musim exam,anda digalakkan makan Ikan dengan banyak kerana ikan merupakan sumber Omega 3 yang terbaik untuk kita..apa itu Omega 3?Okay menurut fakta, Omega 3 ini banyak kelebihan dia..Antaranya ialah ianya dapat menguatkan minda anda..

 boleh didapati dalam ikan laut

dan juga dalam bentuk kapsul...ur choice..



Untuk tengahari kita perlu makan dalam jumlah yang sedikit kerana badan kita telah mempunyai tenaga hasil daripada sarapan pagi kita..sebab itulah sarapan pagi dikatakan amat penting kerana ia ketika kita tidur, tubuh badan kita akan memproses makanan didalam perut..itulah sebabnya pagi2 mesti kena buang air besar..ramai yang cakap "aku tak boleh makan pagi..nanti perut mesti sakit" fakta itu salah sama sekali okay..!bila makanan dah diproses malam tadi, ianya akan jadi bahan buangan yang memang dah jadi lumrah untuk kita buang pagi..lepas itu perut kita akan jadi kosong..sebab itu kita memang diwajibkan untuk sarapan..sebab sarapan adalah bekal untuk kita sepanjang hari..bila dah sarapan, makan tengahari akan jadi kurang kerana perut masih kenyang..bila kita amik sedikit hidangan makan tengahari, automatik tubuh badan kita akan bertambah kurus..*kurus bukan sebab diet tapi sebab mengambil makanan dengan cara yang betul*
Sambil2 kita buat kerja, snek yang baik untuk kita adalah kismis..Kismis ini memang perangsang minda yang baik..



Untuk makan malam pula, digalakkan untuk mengambil nasi dan lauk2..tapi dengan syarat,ianya mestilah diambil sebelum pukul 6..kerana lepas pukul 8,jika kita masih mengambil makan malam, ia akan menjadi lemak dan menempel di sekitar perut anda kerana waktu pemprosesan yang diambil sebelum tidur telah dipendekkan..*faham ke ayat aku nie*


okay lupa nak bagitahu..Buah-buahan sangat penting untuk tubuh badan kita okay..Okay macam ini.."mak cakap makan nasi dulu baru makan buah..tapi doktor cakap makan buah dulu baru makan nasi" Anda tahu kenapa?ini kerana jika kita mengambil buah dahulu, ia akan melancarkan salur perjalanan makanan kita..So bila makan nasi, ia akan terus laju pergi ke perut untuk diproses..




Untuk supper,korang boleh ambil segelas susu dan 4 keping biskut untuk alas perut semasa tidur..jangan amik biskut yang berkrim sangat..Susu adalah penting kerana jika minum susu pada waktu malam,anda akan mudah mengantuk dan terus tidur lena..Jadi tidak ada istilah study sampai lewat malam sampai lebam2 mata jadi Panda tapi satu hape pun tak masuk..korang sure tak nak jadi macam itu kan..





Anda digalakkan untuk mengulangkaji diwaktu pagi selepas mandi dan mengemas bilik..suasana pagi yang sejuk, mata yang segar, dan udara yang nyaman membolehkan anda study dengan tenang..Make sure bilik itu berbau segar,tidak bersepah dan sentiasa kemas..kalau tak nant,5 minit study tengok bilik sepah, 30 minit kemas bilik..buang masa sahaja..












PERHATIAN KEPADA KAUM WANITA..!!!

Aku ada nampak sorang perempuan ni tadi dekat tempat aku belajar..bapak pelik giler dress up..untuk pegi kelas sahaja okay..!!korang girls2 tau kan pasal winged eyeliner..Hah..!tak tahu??okay2 view pic bawah nie..salah satu contoh winged eyeliner..



Okay ini adalah winged eyeliner..



Dah tengok kan gambar contoh..?okay cuba bayangkan kalau orang pakai winged eyeliner seperti gambar dibawah ini pakai untuk ke kelas..apa perasaan anda?*note:org itu bukan budak kelas saya okay..!*

Itu adalah double winged eyeline..


Kau tak payahlah dik non nak pakai serupa diatas itu semata2 nak pergi kelas..tak seswaiiii tau...!!Huh..!Agak2 r babe kalau nak bergaya pun..aku pernah gak tengok orang pakai macam ini nak pergi pasar malam..Maybe pada die kalau sebut Night Market itu agak glemer..tapi dalam bahasa melayu it still pasar malam okay..tempat orang jual keropok lekor,segala bala buah2an..tudunglah apelah..bundle pun banyak..xseswaaaiiiii pakai begitu okay..


bergaya tak salah..tapi agak2lah sikit..aku gi kelas pun pakai eyeliner and kadang2 aku wat jugak winged eyeliner..but ikut tempatlah beb..lau aku gi kelas,winged eyeline aku simple jerk..xterlalu panjang and xterlalu pendek..asal ada winged sket dah..winged eyeline ini untuk nampakkan mata korang tu panjang and besar sahaja..bukan untuk bagi nampak pelik terlampau..


okay ini ade beberapa contoh winged eyelined yang cantik..


grab from google image


mata bahagian kanan korang ini adalah time aku nak gi dinner sahaja..


see that?besar sket..and kalau boleh hujung die tirus sket ke atas..


okay yang belah kiri nie pulak winged eyelined aku kalau gi kelas..


See the different?


simple winged bye durra my cousin


okay look at my cousin yang tudung hitam itu..cara die pakai winged eyelined memang seswaii ngan mata ala kucing die tu..but i hate my look in this photo..*sigh*


still xdapat nak snap winged ko r esya..but i really love how she do her winged..

Perhatian..untuk model sahaja okay..untuk jalan2 gi kelas memang xseswaii...!!













24 March 2010

What happen to my leg????

OMG kenapa dengan kaki saya?kena gatal2 pula sekarang..bongeklah..!!Bahagian kaki sahaja okay..daripada bawah sampai kat betis..xsakit pun tapi macam biasalah..menggedik jerkk mintak digaru..

Did you see that??


Dah jadi macam apa dah kakiku ini..!2-2 belah kaki okay..!


See that tiny little annoying red spots??


Ya Allah..kenapa ni?nak kata kita main air kotor takde pulak..nak kata tak mandii,takkanlah..sehari sampai 3 kali mandi..nak kata kena ulat bulu,ulat bulu mana yang menggatal nak kat kita?lagipun kalau kena ulat bulu for sure 1 badan dah habis merah2..


Annoying gila seyh dengan red spots ni...takkan nak kena demam campak plak?kecil2 time darjah 1 kita dah kena..Huish..menyesakkan fikiran betullah..!!


Anyone out there yang tahu macam mana nak bagi hilang benda alah itu please please please tell me how to get rid of it immediately okay..please sangat2..annoyinglah red spots tersebut..Huish..














TAHAP KESABARAN AKU DAH TAMAT TEMPOH..!!!!

Hoi korang..!!eh silap2...Assalamualaikum wbt korang..!!!okay its better..Ini nak bagitahu sikit nie..Tetiba aku teringat time dulu2..kat bawah ini cerita dia okay...Bacalah..tak baca aku sepak..!!

Aku bengang gila dowh bila ada orang tanya "wei efi..dah siap tak tutorial?nak pinjam..nak salin jawapan"

Hamboi2 kau ingat aku nie ape ntah?Buku rujukan kau ke apa?Pleaselah wei..entry ini bukan saya tujukan secara spesifik tapi secara rambang sahaja okay..Nanti kang ada yang terasa hati..payah plak...susah sikit orang puan2 nie..tak bagi tiru cakap tak sporting..kang kalau bagi tiru melebih2 plak..!


Aku paling pantang kalau tengah exam ada kertas rahsia melayang2 jatuh betul2 dekat depan mata aku..Hampes gila kau..apa kau fikir aku study bagai gila nak mati ini semata2 untuk bagi kau jawapan ke sengal??????Study sendiriklah wei..Buku beli mahal2 lau tak nak guna baik framekan SAHAJA..!!!!


Lagi satu ni nak mintak tolong signkan attendance..weh weh weh..thats not me okay..!!aku tak datang macam mana pun tak pernah aku suruh orang signkan attendance aku..yang kau nie sedap2 lepak kat dalam bilik rehat suruh aku yang mengantuk bagai nak mati ini kaver2 depan lecturer yang kalau kita terlelap sekejap jerk dah kena marah macamlah kita ni bawak tilam bantal masuk kelas itu suruh signkan untuk kau????boleh itu boleh..tapi aku cuma sampaikan salam kau itu ajelah pada lecturer tersebut ye..!!


Haaaa ni lagi satu..Kau dah berzaman tak datang kelas tapi tetiap hari memang tersangat2 annoying bila dapat mesej kau tanya "weh ada homework tak?dah siap??pinjam boleh??" "test bila ek?kuar tajuk apa??" "weh kuiz bila ntah?dah study?nanti nak duduk sebelah boleh?" MANGKUK AYUN TAIK CIPAN TAPIR TENUK betul..!!!boleh pulak kan dia tanya macam itu..!!


And nak tahu aku buat apa?Abaikan sahaja mesej2 mereka itu sebab diorang tak datang kelas bukan sebab sakit nak mati ke hape...tapi sebab dok layan movie malam tadi sampai lewat pagi and TERover slept..Bongok betul..!!


Itu kesah beberapa tahun lepaslah..tapi sampai sekarang pun still ada lagi yang macam itu..nak mintak aku ajar *walaupun tak pandai* itu aku boleh buat..tapi nak tiru terang-terangan tanpa rasa bersalah itu aku tak boleh nak accept..!!!ngerti lohhh...!!!


Okay dah..!Puas hati aku dowh..!!dah berapa tahun aku dok mengpendam benda2 sebegini..!!hari ni dah luahkan,okay dah..puas hati..jangan kau tengok selama ini aku baik ngan korang bagi korang tiru ke apa aku tak boleh nak marah..!!ingat sikit..kesabaran ada tahapnya..cam tajuk di atas..kesabaran aku dah sampai tahap maksima and dah luput dah tarikh dia..so lepas ini kalau teringin nak buat sedemikian, you just watch out what will i do and what will i say..!!!

Okay..babai semua..fi nak tidur sebab penat baru balik dari kelas..*pe kes ko tetiba tunjuk baik plak ni*

Tataa..^_^








Contest: Apa saya nak buat kalau diberi RM100

Teruja tak bila tengok duit RM100 ini?Scroll bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut..


Okay contest ini telah dianjurkan oleh Lelaki Ini..Sila klik link tersebut untuk join kontest okay..Still sempat lagi nak join sebab kontest ini berakhir pada 30 April 2010..Cepat2 grab it..!kalau korang menang,please bayar cukai kepada saya..!*bongek kamu leh plak mintak cukai sebab promote*

Kalaulah perempuan bernama Afifah Anwar ini dapat jadi tempat pertama kontest itu, memang berbaloi..Tapi kalau dapat RM100 yang diberikan oleh lelaki tersebut, ianya akan jadi berbaloi-baloi..Wah wah wah iklan Celcom sebentar..

Apa yang saya akan buat dengan duit RM100?kalau menanglah kan..First thing first saya nak belikan ayah saya hadiah sempena harijadi beliau yang ke-53 pada 15hb Mei 2010 ini..


*itu ayah saya dan baby yang family kiteorang jadikan anak angkat*


Saya nak belikan dia 2 helai kemeja dan 1 helai seluar slack..selama ini ayah hanya selalu lebihkan anak-anak dan diri sendiri jarang beli baju baru..T___T

Hari itu saya balik lipat baju ayah saya yang dah lusuh yang selalu dia bawak pergi kerja..Tetiba rasa insaf seketika sebab selama ini ayah jarang beri perhatian kepada diri sendiri sedangkan anak2nya selalu je mintak duit walaupun duit dalam beg duit still ada dalam RM20 lagi..*teruk betul*

Baju ayah bukanlah buruk tapi ianya dah lusuh..sebab ayah selalu pakai pergi kerja..Kerja kerajaan kena pakai baju kemeja dengan tie..nasib baik ayah kerja dalam ofis sendiri yang bilik memang ada aircond..bayangkan kalau ayah kena kerja dekat site ke apa2..tak ke lagi lusuh baju ayah?

So kalau saya menang dan saya amat berharap untuk menang duit tersebut, saya akan belikan ayah 2 helai kemeja dan sehelai seluar slack..Saya sayang ayah saya sangat2 sebab dia dah banyak bersusah payah untuk menyambung nyawa anak-anak dia..

Okay i should stop here because air mata dah nak tumpah sangat2..tetiba saya tersangat rindu nak dengar suara ayah..*saya bukan nak mengharapkan simpati penganjur okey tapi saya betul2 sebak*

Huh..!before that..Thanx to Lelaki Ini sebab anjurkan kontest ini..

Salam sayang dari saya
Afifah Anwar aka Effie







23 March 2010

Award from Oppa Amir Hasif


Tak tahulah memang betul2 cantik ke tidak belog ini..
Okay ini sedikit sebanyak jawapan yang untuk soalan2 soalan yang diberi

1. Thanx and link the person that gave u the award
     Thanx to bro Amir Hasif yang sudi memberi award ini kepada saya...=)

2. Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
     Aiyoo banyak gila nak bagi award dekat 15 orang..siapa ye?
  1. Miss Diyana Azwa
  2. Miss Nadya
  3. Panadol
  4. Miss Hana
  5. HeartCandy
  6. Miss Nurull
  7. Penyapu
  8. Miss Lolly
  9. Kitty World
  10. Najihah Manaf
  11. iylia
  12. Ailyl
  13. Aina Adnan
  14. Ainnz Abiggaill
  15. Cik Cahaya
3. Contact said blogs and let they've won the award
     emmm..

4. State 7 things bout yourself
     Apa ye?
  • Simple person
  • Already have a special boyfriend
  • Suka join tarian mana2 tapi takut nak perform
  • Suka nyanyi2..
  • Suka sangat2 lagu Saat Terakhir by ST12
  • Suka makan mee..xkesah mee ape2 pun
  • Xreti nak tidur guna bantal and selimut..so kalau orang bagi tilam je pun kita dah lena sangat2..
Okay itu sahaja..
Sekian terima kasih..
Love you all..
Gotta go now..
Jap lagi baru announced orang2 yang dapat award ini..
Tasempat nak gi kelas..
Babai..













22 March 2010

No Sweat

Ramai yang tidak mengambil berat tentang masalah bau badan bukan?Kebanyakannya adalah kaum lelaki..Bukan nak kata semua tapi kebanyakannya sahaja okay..Masalah bau badan ini kebiasaanny terjadi jika badan berpeluh dan bau peluh itu akan menimbulkan bau yang sangat2lah kurang enak..eeeewww..


Salah satu cara untuk mengelakkan perpeluhan terjadi adalah dengan memakai deodorant..Bukan susah pun kan?Hanya sapu di bahagian 'itu' dan ianya bukan sahaja tidak berbau busuk,ianya berbau wangi dan menyegarkan anda seolah-olah anda baru lepas mandi..So tersangat-sangatlah tidak merugikan anda jika anda pakai deodorant..


Okay semak punya semak terjumpa satu deodorant yang sangat-sangat teruja nak beritahu dekat korang semua..Okay nama dia Adidas Action 3..Okay deodorant ini terdapat dalam pelbagai jenis haruman dan ada untuk lelaki dan juga perempuan..


Apa kelebihan dia??owh my gosh..relax2..saya akan terangkan satu persatu okay..

Okay untuk deodorant lelaki, ada jenis INTENSIVE, CONTROL, SENSITIVE, FRESH, PURE, PRO LEVEL..

Bagi deodorant perempuan pula, ada jenis INTENSIVE, CONTROL, SENSITIVE, FRESH, PURE dan PRO CLEAR..

Kelebihan deodorant Adidas Action 3 ini adalah ia dapat mengawal perpeluhan kita selama lebih dari 24 jam..Dengar itu?more than 24 hours protection..Bagi yang gemar bersukan memang tersangat-sangat digalakkan untuk mencuba produk ini okay..Ia juga mempunyai teknologi sistem penyerapan perpeluhan maksima..Ianya anti-whitening..maksudnya kan kalau kita pakai deodorant biasa2 itu dia akan menyebabkan ada kesan putih melekat kat baju kan?so Adidas Action 3 meminimumkan terjadinya kesan2 yang tidak diingini itu..Deodorant Adidas Action 3 ini juga 100% bebas daripada alkohol dan telah diuji dengan berkesan..so korang tak payah risau kalau takut ada penyakit ke kalau gunakan deodorant ini..

Okay contoh deodorant untuk lelaki adalah seperti dibawah ini..


Ini yang jenis spray punya


Pesanan penaja: Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions






19 March 2010

Apa patut saya buat?

Huh..!Baru hari Jumaat ke?Cam tak best pula bila cuti lama2..Apa taknya..start hari Rabu hari itu kita cuti sebab takda kelas..Huh!Korang pergilah rombongan lama2 okay..tak balik terus pun tak apa..Ceh padahal jeles sebab tak dapat join pergi KL..Huk aloh..KL jerk pun..Tak macam selalu gila pula kita pergi KL sebab last few months ada macam2 benda yang kena buat di KL..Hantar adik masuk UIA Gombaklah..Pergi rumah saudara mara lah..macam2 lagi..Jadi rugi ke bila tak dapat pergi KL?Lagipun time dekat Matriks dulu dah pernah pergi lawatan KL..Pergi Kilang Silver Bird atau lebih dikenali sebagai roti High5 yang korang selalu beli itu..pergi melawat Bank Negara and macam2 lagi..


Masa praktikal dulu pun pernah pergi KL juga..ikut rombongan orang office..Hmm praktikal dekat Jabatan Pelajaran Johor..Dahlah tak dapat elaun..Kawan2 semua dapat beratus2 kita dapat kain pasang saja bila last day kerja dekat nak 6 pasang kot..Haha..ikut rombongan pergi KL dengan dieorang best..makanan ditanggung halal dan dibelanja..dekat situlah kita kenal abang angkat kita yang sekarang sangat sombong berlagak gedik dan lain-lain..ceh mentang2lah awek kau tu lebih cantik dari aku kau berlagak gila ya??Huh tak heran..


Okay back to the story..*saya kan suka lari topik* :)..Hmm time dengan orang2 office dulu kiteorang stay dekat Cititel sebelah Midvalley Megamall..Best juga hotel dia..Selesa sangat2..pergi 3 hari 2 malam..malam2 malam2 tengok midnight movie dengan akak2 yang muda2 semua..yang kita pelik,kita masuk pakai jeans and t-shirt pun dah sejuk yang ada cina2 masuk pakai skirt pendek tu tak sejuk kah??Huh ke ada agenda lain??Tettttt......


Pagi2 tak breakfirst dekat Cititel..kiteorang pergi menjelajah ke dalam Midvalley..After breakfirst semua pergi main bowling pula..Yeah syok2..Haha..Lepas itu program yang membosankan pun bermula..iaitu pergi Jalan TAR bersama mereka yang lebih tua untuk shopping kain pasang..diulang okay.. SHOPPING KAIN PASANG..!!Huh yang kita nie dok berjalan dengan orang2 lelaki and ada akak seorang itu yang bukan dalam kategori pembeli kain pasang tegar..so kiteorang pergi jalan2 minum2 and makan2..Balik masing2 semua kena beli extra beg sebab banyak sangat kain pasang..kita rasa orang yang borong kain pasang buat jual pun tak banyak cam dieorang beli..


Malam itu pergi Eyes Of Malaysia..Iyalah time pergi itu baru2 lagi EOM itu...Yang best duduk dalam cabin dengan ada lelaki 3 orang perempuan 3 orang..ada akak itu siap dok pegang tangan kita kuat2 and kaki pun tak nak jejak lantai..alasan dia takut lantai itu bocor..Apelah akak tersebut..


Esoknya pergi Times Square..Macam biasa dieorang semua pergi shopping Handbaglah dan segalai bagai barang2..kiteorang yang lain yang agak muda2 *ehem* nie pergi main games dekat atas..best2..


Rencana yang lain itu adalah tak lain tak bukan selain shopping kain pasang,pergi beli handbag..tak pun pergi borong kat MyDIN..oii hello..dekat JB ada Mydin okeh..dekat je dengan office itu..tempat yang selalu pergi time lunch hour sebab nak makan dekat Restoran sebelah..lepas makan beli makanan ringan dekat Mydin..Pergi KL pun nak shopping kat Mydin juga ke?Huh macamlah barang dekat Mydin JB tak sama dengan Mydin KL..apalah..


Okay itu saja kali ini ye..Bye..Assalamualaikum


Pesanan penaja: Adakah tajuk entry ini bertepatan dengan isi kandungannya?Huh!saya dah cakap saya suka lari topik..Kadang2 kena taip dulu panjang lepas itu baru tulis tajuk sebab tak nak lari tajuk *kantoi*






Jom kita perang klik iklan Nuffnang..!!

Whoops jangan pikir lain..
bukan nak perang siapa lagi banyak duit
 tapi ini peperangan secara sihat tau..
marilah kita sama-sama
membantu mereka yang masih
tak dapat nak cash out lagi..


Okey2..
here's the deal..
awak klik saya 1 kali,
saya balas 2 kali..
kalau awak klik saya 2 kali
 saya klik 4 kali..
cemana?
setuju?
tapi you all kenalah bagitahu
dah klik berapa kali..
kang kita tak tau tertinggal nak klik..
post jerk dekat Chit ; Chat kita okay..!!
Jom kita mulakan peperangan secara sihat sekarang..!!







ATIQAH SWEET GIVEAWAY


Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..jom-jom/!


tarikh penyertaan 6 MAC 2010 - 9 APRIL 2010





18 March 2010

My Favourite Surfing Spot

Dimanakah terletaknya tempat kegemaran anda untuk melayari internet?Bagi saya tempat untuk melayari internet yang paling best adalah seperti gambar di bawah ini..


Diatas Meja kecil yang comel yang dibeli di Wang Kelian Perlis *sempadan Thailand* dengan harga hanya RM12.00 sahaja


Okay itu adalah tempat saya selalu melayari internet hampir tiap-tiap malam..Saya gunakan TM Streamyx Wireles yang kadang-kadang okay dan kadang-kadang kurang bagus..

Buat masa ini saya tinggal bersama keluarga ibu saudara saya..So dapatlah online guna streamyx wireles..Tapi bulan 5 nanti saya akan balik ke rumah saya di Johor Bahru agak susah nak kemaskini belog kesayangan, bermain Facebook, menyertai ProjectAlpha dan sebagainya..

Jadi saya memerlukan broadband yang terpantas untuk saya buat semua itu tanpa ada sebarang masalah..!Tapi sekarang saya mempunyai nafas baru bila ternampak gambar dibawah ini..

P1 W1MAX WIGGY..!!!


Warna hitamnya sungguh memukau perasaan ini dan keinginan untuk memilikinya tersangat-sangat tinggi..Saya berpengalaman menggunakan P1 W1MAX sepupu saya sebelum ini dan memang tidak dapat dinafikan..Memang benar slogan yang telah diberikan iaitu
THE FASTEST WIRELESS BROADBAND NETWORK
Tidak sabar rasa hati untuk memiliki P1 W1MAX WIGGY yang sangat comel dan menawan itu.."Ayah tolong belikan boleh?nanti dah dapat gaji orang bayar balik," boleh tak saya dapat kalau cakap macam itu dengan ayah saya yang tercinta dan tersayang itu?

Ouh sungguh teruja dengan kecomelanmu wahai P1 W1MAX WIGGY..!!!!!


PESANAN PENAJA: Project Alpha Season 2 is presented by
Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Ambooyat's Give4way


Ambooyat's Give4way ni adalah satu pertandingan yang dianjurkan oleh Ambooyat
sempena majlis pelancaran belog beliau..
Bermula daripada 25hb Februari sehingga 31hb Mac 2010..
Masih sempat untuk join contest ini Ambooyat's Give4way ini
Cepat-cepat sebelum terlambat..
Hadiah dia??
Berupakan hadiah misteri yang pastinya istimewa untuk anda..!!
Klik Sini untuk menyertai pertandingan ini.. sebelum terlambat..!!




Facial treatment using Green Tea

Salam semua..Pagi tadi saya sempat buat home facial treatment..Dalam entry terdahulu saya ada beritahu tips untuk melakukan facial treatment dirumah bukan?Okay sekarang saya nak ajar bagaimana untuk membuat facial treatment menggunakan teh hijau beserta gambar-gambar untuk setiap step..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat facial treatment dirumah adalah:

Besen/Mangkuk Besar


4 Uncang Teh Hijau


2 Sudu Besar gula Kastor


Johnson's Baby Oil
*boleh gunakan madu/yogurt/Lemon*


Beberapa helai kapas muka


Sehelai Tuala bersih


Makeup Removal
*disebabkan waktu ini saya baru balik dari keluar bandar maka makeup masih belum dicuci..hehe*


Clean & Clear oil free mosturizer
*ikut pilihan sendiri okay*


Langkah pertama = Cleanse

  • Buang semua alat solek yang ada di wajah anda menggunakan makeup removal atau guna baby oil pun boleh
  • Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda
  • Bilas muka dengan cara mengelapnya menggunakan kapas yang dicelup dengan air suam *jangan sesekali guna air yang panas sebab nanti kulit akan cepat tua..guna air suam je okay*
Langkah kedua = Steam

  • Masukkan air panas yang baru mendidih ke dalam besen/mangkuk besar..Tuang hingga separuh penuh
  • Masukkan 1 uncang teh hijau kedalam air tadi..tunggu hingga teh itu kembang
  • Sapukan mosturizer pada wajah untuk bahagian kulit muka yang kering

  • Bila agak-agak teh sudah kembang,dan air itu sudah sejuk sedikit *jangan tunggu sampai betul2 sejuk* dekatkan wajah anda ke atas permukaan besen/mangkuk itu..
  • Tutup kepala anda dengan tuala tebal *macam berselubung* bagi mengelakkan air itu cepat sejuk
  • Stimkan wajah anda selama lebih kurang 5-20 minit..Jika terlampau panas, jauhkan sedikit muka anda dari besen/mangkuk itu *digalakkan guna facial steamer sebab ia boleh mengawal suhu kepanasan*
  • Sesudah itu, angkat kepala anda dan biarkan ia sejuk sedikit selama 2 minit kemudian lap muka anda dengan tuala bersih atau kapas muka
Langkah ketiga = Scrub/Exfoliate

  • Cara untuk membuat skrub adalah seperti dibawah

Rendam 1 uncang teh hijau dalam air yang baru mendidih..Gunakan air hanya pada paras air dalam gambar diatas..


Masukkan 1 sudu gula kastor ke dalam mangkuk bersih *gula kastor lebih halus daripada gula biasa*


Masukkan 1 sudu air teh hijau yang telah direndam tadi dan kacau bersama gula *tunggu air teh itu sejuk baru dicampurkan dengan gula sebab nanti gula akan larut dalam air jika air itu panas*


Masukkan lagi 1 sudu gula kastor dan kacau lagi


Masukkan 1 sudu baby oil/madu/lemon ke dalam campuran bahan tadi dan kacau lagi


Inilah hasil skrub wajah anda..sediakan bersama beberapa helai kapas muka

  • Rendam 2 helai kapas muka ke dalam bahan skrub anda dan sapu di seluruh muka..
  • Hanya gunakan jari tengah,jari manis dan jari kelingking, gosokkan bahan tadi keseluruh muka anda..Jangan terlampau kasar..slow2 saja
  • Sapu lagi sedikit bahan tadi jika bahan yang ada dimuka telah kering
  • Gosokkan selama 2-3 minit kemudian bilas dengan air suam
  • Selepas membersihkan muka anda, percikkan sedikit air sejuk ke wajah anda untuk menutup pori-pori yang terbuka tadi
  • Lebihan air rendaman tadi, gunakan ia sebagai toner..hanya titiskan sedikit pada kapas muka dan sapukan keseluruh muka anda..Jangan bimbang tentang semut sebab ia dijamin tidak melekit..
Langkah keempat = Relakskan mata anda

  • Caranya mudah sahaja..hanya rendamkan 2 uncang teh hijau kedalam air panas
  • Biar selama 2 minit kemudian angkat uncang tersebut dan letakkan didalam bekas berasingan..
  • Perahkan lebih air yang terdapat pada uncang tersebut didalam mangkuk yang berasingan dan tampalkan di bawah mata anda
  • Biarkan selama lebih kurang 30 minit..
  • Sambil berehat, dengarlah lagu kesukaan anda
Langkah kelima = Minum air
  • Minum air masak secukupnya kerana apabila proses stim wajah tadi, banyak kandungan air telah keluar dari muka anda
  • Anda boleh juga mencuba minum air teh hijau..Caranya mudah sahaja..Air rendaman teh hijau untuk kegunaan mata tadi masih belum tercemar bukan?Jadi jangan lakukan sebarang pembaziran..Minumlah air tersebut kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan kita dan kecantikan kulit kita..Jika terlalu pahit, tambahkan 1 sudu teh gula..
Hanya 5 langkah dalam masa 1 jam atau lebih, anda dapat mencantikkan wajah anda dan dapat merehatkan minda anda seketika sambil membelai wajah..Cubalah sendiri okay..

TIPS DARI SAYA: Rendam 1 uncang teh hijau ke dalam air panas..setelah direndam, air tersebut dimasukkan ke dalam botol spray muka yang bersih untuk dijadikan pelindung sinaran UV..hanya spray sedikit air tersebut pada wajah anda sebelum memakai sunblock setiap pagi..Ianya awet muda..;)