18 March 2010

Facial treatment using Green Tea

Salam semua..Pagi tadi saya sempat buat home facial treatment..Dalam entry terdahulu saya ada beritahu tips untuk melakukan facial treatment dirumah bukan?Okay sekarang saya nak ajar bagaimana untuk membuat facial treatment menggunakan teh hijau beserta gambar-gambar untuk setiap step..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat facial treatment dirumah adalah:

Besen/Mangkuk Besar


4 Uncang Teh Hijau


2 Sudu Besar gula Kastor


Johnson's Baby Oil
*boleh gunakan madu/yogurt/Lemon*


Beberapa helai kapas muka


Sehelai Tuala bersih


Makeup Removal
*disebabkan waktu ini saya baru balik dari keluar bandar maka makeup masih belum dicuci..hehe*


Clean & Clear oil free mosturizer
*ikut pilihan sendiri okay*


Langkah pertama = Cleanse

  • Buang semua alat solek yang ada di wajah anda menggunakan makeup removal atau guna baby oil pun boleh
  • Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda
  • Bilas muka dengan cara mengelapnya menggunakan kapas yang dicelup dengan air suam *jangan sesekali guna air yang panas sebab nanti kulit akan cepat tua..guna air suam je okay*
Langkah kedua = Steam

  • Masukkan air panas yang baru mendidih ke dalam besen/mangkuk besar..Tuang hingga separuh penuh
  • Masukkan 1 uncang teh hijau kedalam air tadi..tunggu hingga teh itu kembang
  • Sapukan mosturizer pada wajah untuk bahagian kulit muka yang kering

  • Bila agak-agak teh sudah kembang,dan air itu sudah sejuk sedikit *jangan tunggu sampai betul2 sejuk* dekatkan wajah anda ke atas permukaan besen/mangkuk itu..
  • Tutup kepala anda dengan tuala tebal *macam berselubung* bagi mengelakkan air itu cepat sejuk
  • Stimkan wajah anda selama lebih kurang 5-20 minit..Jika terlampau panas, jauhkan sedikit muka anda dari besen/mangkuk itu *digalakkan guna facial steamer sebab ia boleh mengawal suhu kepanasan*
  • Sesudah itu, angkat kepala anda dan biarkan ia sejuk sedikit selama 2 minit kemudian lap muka anda dengan tuala bersih atau kapas muka
Langkah ketiga = Scrub/Exfoliate

  • Cara untuk membuat skrub adalah seperti dibawah

Rendam 1 uncang teh hijau dalam air yang baru mendidih..Gunakan air hanya pada paras air dalam gambar diatas..


Masukkan 1 sudu gula kastor ke dalam mangkuk bersih *gula kastor lebih halus daripada gula biasa*


Masukkan 1 sudu air teh hijau yang telah direndam tadi dan kacau bersama gula *tunggu air teh itu sejuk baru dicampurkan dengan gula sebab nanti gula akan larut dalam air jika air itu panas*


Masukkan lagi 1 sudu gula kastor dan kacau lagi


Masukkan 1 sudu baby oil/madu/lemon ke dalam campuran bahan tadi dan kacau lagi


Inilah hasil skrub wajah anda..sediakan bersama beberapa helai kapas muka

  • Rendam 2 helai kapas muka ke dalam bahan skrub anda dan sapu di seluruh muka..
  • Hanya gunakan jari tengah,jari manis dan jari kelingking, gosokkan bahan tadi keseluruh muka anda..Jangan terlampau kasar..slow2 saja
  • Sapu lagi sedikit bahan tadi jika bahan yang ada dimuka telah kering
  • Gosokkan selama 2-3 minit kemudian bilas dengan air suam
  • Selepas membersihkan muka anda, percikkan sedikit air sejuk ke wajah anda untuk menutup pori-pori yang terbuka tadi
  • Lebihan air rendaman tadi, gunakan ia sebagai toner..hanya titiskan sedikit pada kapas muka dan sapukan keseluruh muka anda..Jangan bimbang tentang semut sebab ia dijamin tidak melekit..
Langkah keempat = Relakskan mata anda

  • Caranya mudah sahaja..hanya rendamkan 2 uncang teh hijau kedalam air panas
  • Biar selama 2 minit kemudian angkat uncang tersebut dan letakkan didalam bekas berasingan..
  • Perahkan lebih air yang terdapat pada uncang tersebut didalam mangkuk yang berasingan dan tampalkan di bawah mata anda
  • Biarkan selama lebih kurang 30 minit..
  • Sambil berehat, dengarlah lagu kesukaan anda
Langkah kelima = Minum air
  • Minum air masak secukupnya kerana apabila proses stim wajah tadi, banyak kandungan air telah keluar dari muka anda
  • Anda boleh juga mencuba minum air teh hijau..Caranya mudah sahaja..Air rendaman teh hijau untuk kegunaan mata tadi masih belum tercemar bukan?Jadi jangan lakukan sebarang pembaziran..Minumlah air tersebut kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan kita dan kecantikan kulit kita..Jika terlalu pahit, tambahkan 1 sudu teh gula..
Hanya 5 langkah dalam masa 1 jam atau lebih, anda dapat mencantikkan wajah anda dan dapat merehatkan minda anda seketika sambil membelai wajah..Cubalah sendiri okay..

TIPS DARI SAYA: Rendam 1 uncang teh hijau ke dalam air panas..setelah direndam, air tersebut dimasukkan ke dalam botol spray muka yang bersih untuk dijadikan pelindung sinaran UV..hanya spray sedikit air tersebut pada wajah anda sebelum memakai sunblock setiap pagi..Ianya awet muda..;)




No comments: