17 January 2012

Make it silence








Don't believe what your eyes are telling you. All they show is limitation. Look with your understanding, find out what you already know, and you'll see the way to fly.


-Richard Bach- 

16 January 2012

Mascara and me.

Salam semua.
Attention to all the girls out there! Siapa tak suka pakai Mascara sila angkat tangan sekarang! Tipulah kan kalau tak suka Mascara. Mascara ini, effect dia sekejap je. Kalau time aku malas nak makeup, malas nak bersiap, aku just sapu concealer bawah mata, sapu BB Cream sikit and without wearing my Compact Powder, aku just rapikan bulu kening aku dengan Eyebrow Liner colour Light Brown from Elianto and just sapu Mascara from Elianto also. Thats it. Itu time malas. If time rajin, haruslah ada eyeshadow and eyeliner sekali. Encik BF pun dah naik hafal dah barang makeup aku kan. Hahha.

Dekat office nie, ikutkanlah, aku je yang rajin makeup. Serius? Yepp. Aku sahaja. Aku tak suka pergi kerja dengan muka tak bersemangat. Muka malas nak bangun pagi pun ada kan. Aku tengok muka orang lain pucat lesi pun aku dah naik lesu kot. So please touch up sikit wajah anda. Pakai cream yang sesuai dengan Compact Powder, sapu blusher sikit, pakai lip balm je pun dah okay. Taklah nanti aku tengok "mayat hidup pun lagi lawa" Hahha okay kejam.

Actually aku tengah gila dengan product from Elianto. So far as I know, Elianto's product sesuai dengan kulit aku. Kulit aku tak gelap. And tak cerah. Berminyak dekat T-Zone. And kering dekat cheeks. Hurm. By the time aku pakai Compact Powder dia, muka aku akan kalis minyak sampai petang. Eventho Maybelline pun tak bagus mana. Mahal je lebih sebenarnya. Pada aku lah kan.

Eyeshadow yang aku pakai majority from Elianto also. Tak mahal. Satu warna paling mahal aku beli dalam RM8 je. Ada jugak yang RM12. But normally dia glittery and sesuai untuk malam sahaja. Eyeshadow dia tahan lama. Kau berjemurlah macamana pun. Sehari suntuk boleh tahan. Kadang sampai malam time aku nak remove pun still ada lagi warna dia and masih pekat lagi.



Credit to Google

Mascara yang aku guna sekarang bernama Elianto Supreme Volumize Mascara. Satu tiub ada dua fungsi. First dia ada Primer Gel. Okay Primer Gel ini yang berwarna putih. Khas untuk bagi Mascara korang tahan lama dekat bulu mata tu and bagi dia panjang sikit. Yang warna hitam itu for surelah mascaranya. Aku tak suka pakai mascara untuk lebatkan and untuk memanjangkan bulu mata. Aku suka natural. So this thing quite suit me well. Tak terlampau tebal and tak terlampau serabut.

Pernah jugak aku pakai Mascara dari brand lain and dari Brand Elianto yang lain tapi tak berapa best. Aku tak suka tebal sangat. Berat nak bukak mata. Jadi rimas. So far memang Mascara ini yang paling aku suka buat masa sekarang. Okay nanti aku update lagi benda-benda lain ye. Daa.

c.i.n.t.a


Spend life with who makes you happy
Not who you have to impress.

13 January 2012

Oh So Random

Assalamualaikum.

Hurm its 6.30 pm right now. And yes. I'm still in my office. Planned to go back at 8.00 pm today cause I have a lots of work that have to be done by today. Rushing? No lah. Actually kena siapkan hari Isnin. But since hari Isnin depan dah kena start new tender, so admin's work kena siapkan juga by today.

Labelling, indexing, archiving, sorting, opening new files, closed the last year's file semua itu memang kerja aku. Senang tapi kau kena ada formatlah kan. Tak ada format memang berteraburlah. Labelling lain macam je dah kena reject cause kena ikut format ISO rite? Hahha suka sangat kannn!

Meja aku dah tak serupa meja dah. Seriously meja aku hanya bersih dan kemas time pagi-pagi buta sampai office and time nak balik je. Jealous tengok table orang lain bersih je. Kosong je. Meja aku? Melampau yang amat. Macam kena puting beliung. Sangat bersepah. Aku pun dah tak tahu mana satu kertas nak pakai, mana satu kertas nak buang. Hahha teruk! Okay malu kejap.

Kalender sampai dua. Orang nak bagi kenalah ambil kan. But yes! Memang aku sangat-sangat memerlukan kalender. Kalau tak nanti nak email kat orang pasal tender semua tersalah taip haribulan cemana? Kang kena marah lak kan. Aku memang tak pernah balik pukul 5.30pm tajam. Sebabnya jalan dekat depan office aku nie je dah jam. Ngek betul. Memang suka kan tengok jam nie. Pening kepala. Baik aku duduk diam-diam dekat dalam office and sambung buat kerja sambil layan Facebook and Blog nie hah. Puas hati aku. Normally aku akan balik kerja pukul 7pm or paling lewat pun pukul 9.00pm. Itupun sebab ada tender nak kena siapkan plus ada teman. Hahha. Sorang diri memang tak ah kan.

Nah aku tunjuk gambar sebelum and selepas meja aku dibersihkan. Hehhe okay malu nak tunjuk sebenarnya. Haru biru. Lintang pukang sebenarnya.



Okay ini sebelum ye. Hahha malu.






Ini gambar before balik rumah.




Hahha singkap je stationeries tu terserlah semua Nescafe and Biskut lemak. Hahha.



Aku dalam proses pembelajaran lagi. Macam-macam kena belajar. Setiap hari akan ada benda baru yang aku belajar. Well its good actually to have a colleagues yang sentiasa membantu aku eventho kadang-kadang dieorang penat nak mengajar kan. Hahha nasiblah. Kata senior kan. Aku kan junior.

Hurm best sebenarnya kerja dekat sini coz aku dapat table besar. Belakang aku tak ada orang. Cuma dinding. So tak adalah rasa nak menyorok je kalau nak update blog and Facebook kan. Hehhe sengal. Sila jangan ikut aku okay.

My extension phone nie memang jarang berbunyi sebenarnya. Ada tak ada pun maybe dari PA kepada COO aku and dari receptionist sahaja. Orang lain memang jarang call. Hahha PA t my COO suka call aku sebab dia cakap dalam office nie aku sorang je yang rajin make up. Hahha what the! Bukan rajin tapi dah terbiasa kan. Aku makeup pagi-pagi pun takdelah lama mana. Dalam 15 minit dah siap. Muka tak pucat lesi. If paling malas pun aku just pakai BB Cream, Compact Powder, Eyebrow liner, Eyeliner and lip gloss pink. Itu tahap paling malaslah. Lepas sembahyang jarang makeup balik. So bolehlah tengok muka aku without makeup sebenarnya kan. Rasa macam tak selesa nak solat dengan ada makeup. Even sikit. Memang aku remove segala-galanya. Wajib ada dekat table aku adalah Baby Wet Tissue untuk remove my makeup. Senang je.



Adush tadi aku check aku punya Nuffnang. Saja check keywords. Hurm majority tentang facial, skincare and kecantikan. Hurmm nantilah aku update tutorial ke, pasal skincare ke apa ke ek. Aku online dekat office. So macam susah sikit nak update pasal benda itu semua kan. Next time ye. Okay till meet again. Wassalam.

09 January 2012

Lega bila semua kerja dah siap.

Assalamualaikum.

Hurmm aku mula belajar untuk susun jadual waktu setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan. Memang susah nak buat kerja ikut jadual tetapi bila dah lama kerja, aku dapat rasakan hidup aku semakin tersusun. Memang banyak kerja. Tetapi bila balik rumah, semua kerja aku dah settle. Hati pun tenang tak perlu nak fikir tentang kerja yang belum siap dan sebagainya.

Dekat dalam PC office aku, ada To-Do-List. So senang je. Hari ini dah petang aku update apa yang aku perlu buat esok. Dan tanda ikut priority. Normally bila aku dapat sesuatu kerja, aku akan tanya dekat dieorang, bila dieorang nak balik benda tu? If date dia 2 hari lagi and katalah nak petang, aku kena make sure yang benda tu da siap pagi hari nak hantar tu. So tak adalah kelam kabut.

Eventho aku banyak kerja sebab aku orang baru kan, tapi still sempat nak online FB and update blog okay. Hahha. My work line is about handling a tender. Kena buat compilations. Kena kejar-kejar sana sini. Kena gegar orang-orang yang suka lengahkan kerja. Normally aku dah boleh dapat tips sikit-sikit. For the first day dapat tender, aku kena settlekan semua file yang mereka nak. Buat Front Cover, Table of Content, Separator and so on. So on the next day if dah dapat semua benda yang nak diletak di dalam file itu, aku senang sikitlah. Tinggal slot je ikut separator dia kan.

Kadang-kadang banyak benda ad-hoc yang tiba-tiba aku kena settlekan. So benda tu memang aku kena buat secepat mungkin dan dalam masa yang sama, benda yang aku target akan siap pada hari ini mesti siap sama. Faham tak maksud aku tu? Hahha

Okaylah semua. Memandangkan kerja aku untuk hari ini dah siap pukul 4.30pm tadi, aku nak pergi kemas table aku dulu and sharp 5.30pm aku nak gerak turun bawah. Nak balik rumah. Kerja dekat rumah pulak tu menunggu. Berlambak-lambak. Rumah bujang ke rumah anak dara nie? Hahha. Till then. Bye.

Silent Reader

Assalamualaikum.

Isu silent reader ini bukanlah satu masalah yang besar dan berat sebenarnya. Seriously Fi sendiri suka menjadi seorang silent reader. Ada sesetengah blog yang menambat hati kita dengan cerita dan penulisannya tetapi tidak bermakna kita wajib untuk menghantar komen disetiap entry tersebut.

Blog yang menjadi kegemaran saya adalah blog yang berunsurkan cerita yang tidak berat. Politik? Isu kutuk mengutuk? Atau bahan bacaan yang memeningkan kepala otak saya memang awal-awal dah ditolak ketepi.

Antara blog yang menjadi kegemaran saya adalah:

Hanis Zalikha
Fatin Liyana
Totin Jamain
Ailyl Rozanna
Zack Zukhairi
Mama Malikha
Zahiril Adzim

Kenapa? Sebab bukan kerana dieorang ini famous blogger but the truth is bahan yang dieorang sampaikan dalam blog masing-masing memang jarang orang lain dapat buat. Bahasa yang mudah. Yang penting Fi tak suka dengan blog yang hanya menunjukkan kekayaan masing-masing, kecantikan rupa paras dan sebagainya.


P/s: Baru dapat pergi event Nuffnang dah berlagak macam apa. Padahal kau tu tak adalah cantik mana pun. Hitam. Keding. Pendek. Suka lupa kawan tau. Mula takenal aku nie siapa kan. Dah cakap, jangan berlagak depan aku. Memang aku bannedlah kan.

05 January 2012

Hidup di persimpangan



Jalan yang lurus. Happy. Sangat gembira. Sangat teruja. Sangat seronok. Tetapi. Tak semuanya akan sentiasa lurus. Jalan itu mungkin bertukar kepada persimpangan. Persimpangan yang kadangkala memeningkan kepala. Ke kiri? Mungkin jalannya tampak cantik. Hebat dan indah. Di hujungnya? Mungkin ada derita yang menanti. Atau ke kanan? Jalannya bengkak-bengkok. Semak samun. Dan kotor. Jalanan yang penuh derita. Akan tetapi dipenghujung jalan, akan ada kisah yang mungkin akan buat kita tersenyum gembira sepanjang masa.

Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Simpang itu mungkin bertukar. Dari kiri ke kanan. Mungkin akan sentiasa sama. Atau mungkin juga dihadapannya akan ada lebih banyak persimpangan yang harus kita tempuh. Hidup tidak akan berakhir dengan mudah. Segala kesulitan akan berada dekat dengan kita setiap masa. Dan sampai akhirnya nyawa kita terhenti. Maka terhentilah segala kesulitan.

Persimpangan ini mengajar kita erti kesabaran. Mengajar kita untuk berfikir. Jangan mudah mengeluh. Jangan mudah berputus asa. Analisa. Berfikir. Tentukan senarai jalan yang ada. Dan mula melangkah.


We can't get a rainbow if there is no rain. Kita tak akan dapat kebahagiaan jika tiada kesusahan.

04 January 2012

Type. Select All. Backspace.

Taip entry panjang-panjang. Isi tak sama dengan maksud tajuk? Hurm. Select All. And tekan Backspace. Hilang kesemuanya. Kosong. Yang ada hanyalah warna asasnya. Putih. Suci. Bersih. Berulangkali melakukan perkara yang sama. Idea? Hilang. Minat? Hilang. Mood? Hilang. Hasilnya? Entry ini.

03 January 2012

Sambutan Tahun Baru Secara Islamik




Assalamualaikum.

Tahun 2011 sudah berlalu. Kini muncul satu lagi tahun yang mungkin akan dipenuhi dengan pelbagai warna selepas ini. Bukan untuk berlagak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan juga untuk menjadi riak. Sambutan tahun baru kali ini cukup berbeza bagi diriku. Cukup untuk menenangkan jiwaku. Cukup untuk membuat aku sedar. Ianya lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini.


Tiada lagi pertunjukan bunga api. Tiada lagi alunan suara rockers. Tiada lagi pasangan yang tanpa segan silu berpelukan dikhalayak ramai. Aku lebih tenang dengan cara ini. Sambutan yang penuh Islamik. Countdown? Hurm perbezaannya kali ini ia digantikan dengan alunan Asma Ul-Husna. Lebih bermakna bukan? Ucapan tahun baru? Ia juga digantikan dengan sekalung doa kepada Ilahi. Berdoa agar tahun ini memberi perbezaan yang besar dan bermakna untuk diriku.


"Jom Santai Bersama GeMS" yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Aku tiba tepat pada jam 7.15pm. Kelihatan ramai umat Islam berkumpul untuk mendirikan Solat Maghrib bersama-sama di padang Dataran Shah Alam. Ramai. Kagum.


Sesi soaljawab bersama Imam Muda Ashraf dan seorang Ustaz Norhisyam memang mengujakan. Masuk waktu untuk Solat Isya', aku lihat begitu ramai Umat Islam membanjiri Dataran Shah Alam. Ramai. Melebihi 70,000 orang. Bersolat beramai-ramai. Jemaah yang terlalu ramai. Sunggh. Aku terharu.


Kehadiran Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus memang seronok. Aku tak mampu untuk duduk diam. Ketawa. Ya. Aku ketawa mendengar ceramah beliau. Sungguh sporting. Sangat menghiburkan. Hiburan yang bermakna tanpa sebarang alat muzik.


Sungguh ianya sangat bermakna daripada pertunjukan bunga api yang membazirkan wang rakyat itu. Muzik-muzik yang memekakkan telinga aku. Keramaian yang menyesakkan jantungku. Dan banyak lagi. Aku bersyukur padaMU Ya Allah kerna dikurniakan tubuh badan yang sihat dan memberiku peluang untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru ini. Alhamdulillah. Ku harap tahun ini akan memberi berjuta rahmat ke atas diriku. Amin.

Wassalam.