03 January 2012
Sambutan Tahun Baru Secara Islamik
Assalamualaikum.
Tahun 2011 sudah berlalu. Kini muncul satu lagi tahun yang mungkin akan dipenuhi dengan pelbagai warna selepas ini. Bukan untuk berlagak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan juga untuk menjadi riak. Sambutan tahun baru kali ini cukup berbeza bagi diriku. Cukup untuk menenangkan jiwaku. Cukup untuk membuat aku sedar. Ianya lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Tiada lagi pertunjukan bunga api. Tiada lagi alunan suara rockers. Tiada lagi pasangan yang tanpa segan silu berpelukan dikhalayak ramai. Aku lebih tenang dengan cara ini. Sambutan yang penuh Islamik. Countdown? Hurm perbezaannya kali ini ia digantikan dengan alunan Asma Ul-Husna. Lebih bermakna bukan? Ucapan tahun baru? Ia juga digantikan dengan sekalung doa kepada Ilahi. Berdoa agar tahun ini memberi perbezaan yang besar dan bermakna untuk diriku.
"Jom Santai Bersama GeMS" yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Aku tiba tepat pada jam 7.15pm. Kelihatan ramai umat Islam berkumpul untuk mendirikan Solat Maghrib bersama-sama di padang Dataran Shah Alam. Ramai. Kagum.
Sesi soaljawab bersama Imam Muda Ashraf dan seorang Ustaz Norhisyam memang mengujakan. Masuk waktu untuk Solat Isya', aku lihat begitu ramai Umat Islam membanjiri Dataran Shah Alam. Ramai. Melebihi 70,000 orang. Bersolat beramai-ramai. Jemaah yang terlalu ramai. Sunggh. Aku terharu.
Kehadiran Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus memang seronok. Aku tak mampu untuk duduk diam. Ketawa. Ya. Aku ketawa mendengar ceramah beliau. Sungguh sporting. Sangat menghiburkan. Hiburan yang bermakna tanpa sebarang alat muzik.
Sungguh ianya sangat bermakna daripada pertunjukan bunga api yang membazirkan wang rakyat itu. Muzik-muzik yang memekakkan telinga aku. Keramaian yang menyesakkan jantungku. Dan banyak lagi. Aku bersyukur padaMU Ya Allah kerna dikurniakan tubuh badan yang sihat dan memberiku peluang untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru ini. Alhamdulillah. Ku harap tahun ini akan memberi berjuta rahmat ke atas diriku. Amin.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment