31 May 2012

Biskut raya.

Projek biskut raya tahun ini akan berjalan seperti biasa. Encik Boyfriend dah usha usha kedai yang ada extra bilik kosong. Actually ada satu kedai makan dekat tempat kiteorang selalu makan Ayam Penyet tuh. Ada bilik kosong dekat situ. Sewa sebulan RM100-RM150 je. Bilik dia tak luas dan tak kecil. Cukup muat untuk aku letak oven, meja, kerusi, kipas dan barang-barang kuih. Besar sikit dari dapur rumahlah. Tapi masalahnya dah ada orang booked. Lewat beberapa jam je kot.

Okay tujuan kami nak sewa tempat itu adalah, memandangkan kiteorang tak ada ikatan yang sah, so agak susah nak buat biskut raya sama-sama. Aku adun dekat sini, dia bakar dekat rumah dia. Adeh payah wehh. Lagipun dekat kedai itu bersih. Tutup pukul 11 malam. So balik kerja kiteorang ada almost 6 hours untuk duduk situ. Ada tingkap, ramai orang. So tak menimbulkan fitnah. Itu yang penting.

Hopefully orang itu tak jadi sewa. Hehhe. But the mean time, kiteorang hold dulu order yang masuk. Tengah siapkan semua yang nak dihantar then kena re-think balik. Nak kena re-organized balik. Sekarang tengah kelam-kabutlah. Nak jual biskut raya macamana kalau tempat pun susah nak cari. Hmm.

Sesiapa yang ada ruang kosong yang terbuka untuk disewa pada harga yang berpatutan, sila e-mail aku okay @ dessertsonline@yahoo.com

27 May 2012

Weddings!


Hello there. Yepp me back again. School holiday? Okay its great. Will gonna have a lots of fun. Lots of travelling. But for me? Nah. Me just waiting for my family. They'll be here by next week InsyaAllah. Okay cut the craps. Just straight to the point.

Actually I've got a lots of wedding invitations. Yepp. A lots. Its not typo. Friends. Families. Uitm's friends. Schoolmates. Classmates. Ex-officemates. Ex-boyfriends. Okay start counting! But sincerely, I can't join them! Sigh. A lots of work. Got no time for myself either. Sorry for me.

So, I'll dedicate this quotes for my friends who are getting married/engaged/just married. Its a simple quotes about love. (Yeah I do love quotes!)

Dear friends/families,

Congratulations on your wedding day.
May your life will be much better than today.
Hope all your dreams come true.
I'm sorry cause I can't join you guys.
Share the love and laugh together.
Hoping that it will be long lasting.

Last but not least,
"Lean on each other's strenghts; and forgive on each other's weaknesses"

the most important thing is, just be happy.

26 May 2012

Biskut Raya.

Hye. Yepp kalau boleh hari-hari 24/7 aku nak buat almond london. Kenapa? Ramai yang bertanya dekat aku, kenapa aku suka buat Almond London? Tak ada ke biskut lain yang lebih senang nak dibuat selain Almond London? Tak leceh ke buat Almond London? Bagi aku, walau leceh macamana pun, kalau dah itu yang aku suka, itu yang aku minat, apa salahnya aku buat benda yang aku minat itu untuk kepuasan diri sendiri bukan?

Proses ia pada aku tidaklah sesukar mana. Mungkin pada orang lain, ianya memakan masa. Lambat dan sebagainya. Daripada sebuku butter dipukul dengan gula, telur dan esen vanilla hingga kembang, lalu diuli menjadi doh bersama-sama dengan tepung. Hmm mungkin bagi mereka ia agak sukar. Yepp orang yang selalu buat Almond London pun kadangkala akan mengeluh panjang. Terutama jika order terlampau banyak. Tapi bila dah selesai semuanya, perasaan lega itu berterbangan di dalam diri ini. Puas! Itu ayat yang paling mudah untuk menggambarkan semuanya.

Aku diajar untuk buat biskut raya ini dari kecil. Tat Nenas. Biskut Peanut Butter. Biskut Mazola dan sebagainya. Aku belajar dari ibu. Ibu pula rajin membeli bahan kuih seperti Nestum, Planta dan banyak lagi yang selalunya akan disertakan dengan beberapa jenis resepi biskut raya. Dari resepi-resepi yang telah dikumpulkan itu, ibu akan tulis ke dalam buku resepi beliau yang kalau korang tengok buku itu sekarang, dah penuh dengan tulisan tangan, keratan akhbar dan gambar.

Bermula dari umur 5 atau 6 tahun, aku diajar untuk menyapu kuning telur diatas biskut yang telah diterap. Selalunya biskut-biskut ini akan dicanai dan diterap oleh ibu aku. Tugas aku hanya menyapu sedikit kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit pewarna kuning telur Star Brand dengan menggunakan berus khas yang boleh dilaraskan. Still ada lagi berus itu dekat rumah JB. Tangkai warna oren. Bulu Nylon. Boleh laras ikut tahap kembang mana yang korang nak.

Masuk darjah 3, tugas aku dah dinaikkan. Aku dah mula diajar untuk sukat tepung menggunakan penyukat yang sekarang ini dah bertukar ke tangan ku. Penyukat dari brand Tupperware yang memang sangat famous pada zaman itu. Aku ingat lagi. Setiap bekas untuk simpan gula dan tepung memang menggunakan Tupperware Original 3 kali bayar itu. Set pertama ibu berwarna kuning. Dan sekarang selepas tutup Tupperware itu ada yang dah patah dan pecah, ibu tukar kepada warna merah terang. Masih tersimpan rapi di kabinet dapur rumah JB. Untuk yang masih tak tahu lagi, tutup Tupperware yang patah atau pecah boleh ditukar baru. Dengan syarat, ianya bukan rosak digigit tikus. Boleh ditukar di kedai Tupperware sahaja. :)

Pada zaman sekolah rendah aku dulu, biasanya bulan puasa jatuh pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember. Bulan kemerdekaan kanak-kanak kerana time tu cuti sekolah. So ramai sepupu aku akan stay dengan aku. Lepas sahur, aku dan sepupuku Esya akan turun ke dapur tolong ibu buat kuih. Dengan bunyi mixer je kiteorang dah mula kelat mata tunggu depan besen. Bagi sepupuku yang masih kecil, dieorang akan ditugaskan untuk merasa biskut yang telah siap dibakar.

Pada masa itu, memang akulah yang paling excited nak buat biskut raya. Start minggu kedua puasa, ayah aku dah bawa kiteorang pergi Giant untuk beli barang kuih. Brand yang paling aku tak boleh lupa adalah Planta. Ibu aku memang setia dengan jenama ini. Kalau pada musim sesak, ibu akan tukar pada jenama Daisy. Tapi orang kata Margerin Daisy tak berapa sedap. Mungkin tidak cukup lembut atau sebagainya. Selain Planta, benda yang wajib ada adalah Esen Vanilla Cap Bintang (Star Brand)


Aku ingat lagi. Biskut yang wajib kami buat adalah Tart Nenas. Istimewanya, inti Nenas ini 100% dibuat oleh ibu aku. Dari sesi membeli beberapa biji Nenas, buang kulit dan kisar serta dimasakkan dengan bancuhan gula diatas api hinggalah siap. Beberapa bekas untuk diisi telah siap. 2 bekas besar untuk atok sebelah ibu. Dua lagi untuk atok abah (sebelah ayah aku). Kadangkala kami akan bertukar-tukar kuih dengan saudara mara yang lain. Hmm nostalgia.

Aku mula buat Almond London untuk pertama kali seorang diri ialah pada umurku 24 tahun. Yepp. 2 tahun lepas. Itu adalah permulaan untukku buat Almond London seorang diri. Bentuk yang tidak sekata. Ada kecil ada besar. ada yang panjang ada yang bulat. Chocolate beku dan sebagainyalah. Pendek kata semuanya serba tak kena. Aku nak makan pun tak lalu. Apatah lagi nak menjamu orang.

Syukurlah sehingga sekarang ini, aku masih kekal dengan resepi yang sama. Tak pernah ditukar dengan resepi lain. Tak pernah dikurangkan bahannya. Sedap dan kekal sama. Credit to my aunt "Citam" (Adik ibu) aku yang bagi aku resepi ini. Okay semua. Need to go. Bye!


P/s: Aku update entry ini sementara menunggu butter aku lembut. Mixer yang aku sebutkan diatas adalah brand National. Dibeli oleh ibuku. Dan boleh digunakan sampai sekarang. Actually oven dekat rumah JB itu pun merupakan oven arwah nenekku yang tidak sempat aku jumpa. Ikutkan elok lagi. Tapi disebabkan timer dia tak jalan so aku beli yang baru. Dua-dua oven ada dirumah JB. Yang ada padaku adalah brand Pensonic. Kecil sedikit dari oven rumah JB dan dibeli di Tesco pada bulan April lalu dengan harga RM89.00 sahaja. Sukat brand Tupperware itu still digunakan lagi sampai sekarang.


P/s 2: Untuk mendapatkan Resepi Almond London, sila layari blog Desserts Online aku.

21 May 2012

Bored.


Last weekend aku cadang nak buat Almond London. But tak tercapai akalku jua. Setakat dapat celup chocolate je. Huhhu. Dapatlah dalam 5 bekas yang 20 pcs tu kan. Now ready stock pada aku ada 8 bekas.

Hahha yeah aku boring gila. Tengah tak ada tender. Tak tahu nak goreng apa dekat dalam Daily Task aku nie. Sampaikan aku kena buat photostating selai dua pun aku tulih dalam Daily Task. Hehhe dari tak ada apa-apa kan. Kurang-kurang ada gak kerja aku untuk sehari.

Last weekend juga adalah sesi mengemas barang-barang. Aku pelik ah. Rasa-rasanya masa aku masuk rumah tu, barang aku ada dalam satu beg besar je. Now dah beranak pinak pulak dah. Hampagas sungguh! Sudahnya baju-baju yang memang confirm aku tak pakai lagi, aku nak pass kat orang. Mungkin nak derma pada yang lebih memerlukan. Ada sesetengah baju tu aku just pakai 2-3 kali je sebab aku tak selesa. Dalam satu beg baju gitu jerk. Campurlah dengan T-shirt+Tudung+Selendang. Siap ada inner lagi. Hahaha.

Got a call from my ibu last night. InsyaAllah dieorang akan turun Shah Alam next week. Okay excited tetiba. Rindu gila nak dengar celoteh Aqil. Rindu nak borak panjang dengan ibu. Rindu nak rebut baju Padini dengan Najwa. Rindu nak bertekak dengan Afiq. Rindu nak salam ayah. Rindu sangat-sangat. Bukan tak nak balik. Tapi faktor kewangan dan masa yang terhad buatkan aku jadi berbelah bahagi nak balik. Last aku balik JB awal bulan lepas. Lama dah tu. Huhuhu.

Last week hari Selasa birthday ayah aku. Next week hari Selasa juga birthday Afiq. Hmm where to? I-City? Macam best jerk. Eventho rumah aku dekat gila dengan pintu I-City tuh, tapi belum pernah lagi aku masuk sana. Sadis tak sadis? Yus cakap pergi berdua macam bosan je. Hahha nie aku nak bawa family sekali a.k.a bakal keluarga mertua kau. Wajib pergi!

"take a chance. because you never know how absolutely perfect something could turn out to be"

18 May 2012

Friends.



instead of spending your energy on hating your enemies, 
use it to love your other friends a little harder.

11 May 2012

Perfect Crime


I started to missing you, as soon as you said goodbye.

Trying


Pecah tradisi.
Yeah have to.
My first time.
Should try this today.
Hoping it would be great day today.

Happy



When you're in pain,
Just smile.
When someone hurt you,
Just smile.

There's no rainbow without a rain.

10 May 2012

Happiness doesn't come easily.


Apply 2 days leave
Approved.!
Need to recharge myself.
Alone in my room.



09 May 2012

Pissed off

Lately aku rasakan aku semakin cepat marah. Makin cepat naik angin dan yang sewaktu dengannya. Kenapa ye? Perubahan cuaca? Perubahan hormon mungkin? Atau usia semakin meningkat? Hmm tak tahu nak pastikan macamana. Okay housemate aku pun cakap yang aku makin kurang bercakap. Sekarang aku hanya bercakap bila perlu sahaja. Malas nak bercakap banyak. Malas nak fikir banyak. Malas nak serabutkan otak dengan masalah orang lain semua. Time2 cenggini aku hanya akan dengar apa yang ibu aku cakap je. Serius. Orang lain cakaplah macamana pun, marah aku ke apa ke, aku malas nak ambil pusing. Lantak hangpalah kan.

Aku tengah cari rumah sewa sekarang nie. Nak cari yang dekat dengan office. Apartment pun okay juga. Aku tak kisah rumah kecik. Yang penting aku happy duduk rumah tu. Aku tak suka orang masuk campur hal aku. Aku tak suka orang sibuk2 hal aku. Aku tak suka orang tanya aku itu ini. Bukan aku anti-sosial. Tapi kalau dah kepoh sangat, its quite annoying okay!

Actually aku suka dengan keadaan yang tenang. Serius aku benci dengan bunyi bising. Aku benci dengan suasana yang hiruk-pikuk. Terjerit-jerit marahkan anak. Bunyi pintu yang sangat kuat. Bunyi orang hentak-hentak kuali semua. Bunyi orang bergaduh. Bunyi kereta and motor yang gila gaban macam kat Litar Sepang padahal dekat bawah rumah je pun. Sumpah aku tak suka dengan benda-benda tu.

Penatlah nak jaga hati orang kan. Baru aku tahu macamana susahnya nak jaga hati orang. Dan macamana susahnya nak slow talk dengan orang. Memang aku salute dengan mereka yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Susah kot nak pujuk orang yang tengah marah supaya cool down. And susah jugak nak nasihatkan si buta hati untuk fikir pasal orang lain nie kan. Memang aku tabik springlah dengan mereka yang bijak mengawal situasi nie. Memang bukan akulah tu. Silap haribulan, orang mengadu masalah kat aku, aku yang pitam balik nak pi cari kaunselor semua.

Hmm in my mind? Aku tengah kumpul duit nak beli kereta. Nak bayar deposit kereta lebih sikit. So nanti kuranglah bayar bulan2. Hopefullylah kan. Susah kalau tumpang orang nie. Kena ikut timing dia. Aku lain. Dia lain. So memang payahlah. Now aku baru ambil lesen. Baru nak belajar balik. Adeh. Ikutkan hati memang aku nak duduk dekat seat passenger je. Tapi fikir2 balik, sampai bila? Sampai bila nak jadi passenger? Kena beranilah kan. Tambah pulak fikir traffic jam yang pada aku macam merapu je. Sakit hati pun ada tengok jalan jam nie.

Working on a lots of tenders nowadays. Habis yang nie, tambah yang lain. Kadang2 yang nie tak sempat habis, dah masuk yang lain. But so far okaylah. Mesti kena belajar lagi. Nak kena polish lagi. Dah lama aku tak pegang kalkulator. Gian pulak rasa nak pegang kalkulator. Kalau tak zaman dulu, segala jenis nombor phone aku ingat. Sekarang? Haremmmm.. Hahha aku ingat no family, cousins, bf and adalah beberapa yang lain. Dah lama tak main dengan balance sheet semua kan. Rindu pulak. Adeh senget! Okaylah before aku merapu melampau2, better aku stop. Tunggu member aku nie. Jap lagi baliklah. Okay semua. Take care. Ada masa, aku update lagi ye. Salam..!

03 May 2012

Creative.


Afifah,

When you learned something, don't memorize.
Because whenever you're stuck with it,
you won't know what is the solution that you can get.

Be creative.
Sharpen you imagination.
Be responsible.
Be a good girl always and forever.

You have to learn how to be more firm.
At least people can't turn you down.

Just be yourself.
Keep it up girl.
Be a better person.


(My boss always tell me this. Thanks !)