09 May 2012

Pissed off

Lately aku rasakan aku semakin cepat marah. Makin cepat naik angin dan yang sewaktu dengannya. Kenapa ye? Perubahan cuaca? Perubahan hormon mungkin? Atau usia semakin meningkat? Hmm tak tahu nak pastikan macamana. Okay housemate aku pun cakap yang aku makin kurang bercakap. Sekarang aku hanya bercakap bila perlu sahaja. Malas nak bercakap banyak. Malas nak fikir banyak. Malas nak serabutkan otak dengan masalah orang lain semua. Time2 cenggini aku hanya akan dengar apa yang ibu aku cakap je. Serius. Orang lain cakaplah macamana pun, marah aku ke apa ke, aku malas nak ambil pusing. Lantak hangpalah kan.

Aku tengah cari rumah sewa sekarang nie. Nak cari yang dekat dengan office. Apartment pun okay juga. Aku tak kisah rumah kecik. Yang penting aku happy duduk rumah tu. Aku tak suka orang masuk campur hal aku. Aku tak suka orang sibuk2 hal aku. Aku tak suka orang tanya aku itu ini. Bukan aku anti-sosial. Tapi kalau dah kepoh sangat, its quite annoying okay!

Actually aku suka dengan keadaan yang tenang. Serius aku benci dengan bunyi bising. Aku benci dengan suasana yang hiruk-pikuk. Terjerit-jerit marahkan anak. Bunyi pintu yang sangat kuat. Bunyi orang hentak-hentak kuali semua. Bunyi orang bergaduh. Bunyi kereta and motor yang gila gaban macam kat Litar Sepang padahal dekat bawah rumah je pun. Sumpah aku tak suka dengan benda-benda tu.

Penatlah nak jaga hati orang kan. Baru aku tahu macamana susahnya nak jaga hati orang. Dan macamana susahnya nak slow talk dengan orang. Memang aku salute dengan mereka yang berkecimpung dalam bidang kaunseling. Susah kot nak pujuk orang yang tengah marah supaya cool down. And susah jugak nak nasihatkan si buta hati untuk fikir pasal orang lain nie kan. Memang aku tabik springlah dengan mereka yang bijak mengawal situasi nie. Memang bukan akulah tu. Silap haribulan, orang mengadu masalah kat aku, aku yang pitam balik nak pi cari kaunselor semua.

Hmm in my mind? Aku tengah kumpul duit nak beli kereta. Nak bayar deposit kereta lebih sikit. So nanti kuranglah bayar bulan2. Hopefullylah kan. Susah kalau tumpang orang nie. Kena ikut timing dia. Aku lain. Dia lain. So memang payahlah. Now aku baru ambil lesen. Baru nak belajar balik. Adeh. Ikutkan hati memang aku nak duduk dekat seat passenger je. Tapi fikir2 balik, sampai bila? Sampai bila nak jadi passenger? Kena beranilah kan. Tambah pulak fikir traffic jam yang pada aku macam merapu je. Sakit hati pun ada tengok jalan jam nie.

Working on a lots of tenders nowadays. Habis yang nie, tambah yang lain. Kadang2 yang nie tak sempat habis, dah masuk yang lain. But so far okaylah. Mesti kena belajar lagi. Nak kena polish lagi. Dah lama aku tak pegang kalkulator. Gian pulak rasa nak pegang kalkulator. Kalau tak zaman dulu, segala jenis nombor phone aku ingat. Sekarang? Haremmmm.. Hahha aku ingat no family, cousins, bf and adalah beberapa yang lain. Dah lama tak main dengan balance sheet semua kan. Rindu pulak. Adeh senget! Okaylah before aku merapu melampau2, better aku stop. Tunggu member aku nie. Jap lagi baliklah. Okay semua. Take care. Ada masa, aku update lagi ye. Salam..!

No comments: