26 May 2012

Biskut Raya.

Hye. Yepp kalau boleh hari-hari 24/7 aku nak buat almond london. Kenapa? Ramai yang bertanya dekat aku, kenapa aku suka buat Almond London? Tak ada ke biskut lain yang lebih senang nak dibuat selain Almond London? Tak leceh ke buat Almond London? Bagi aku, walau leceh macamana pun, kalau dah itu yang aku suka, itu yang aku minat, apa salahnya aku buat benda yang aku minat itu untuk kepuasan diri sendiri bukan?

Proses ia pada aku tidaklah sesukar mana. Mungkin pada orang lain, ianya memakan masa. Lambat dan sebagainya. Daripada sebuku butter dipukul dengan gula, telur dan esen vanilla hingga kembang, lalu diuli menjadi doh bersama-sama dengan tepung. Hmm mungkin bagi mereka ia agak sukar. Yepp orang yang selalu buat Almond London pun kadangkala akan mengeluh panjang. Terutama jika order terlampau banyak. Tapi bila dah selesai semuanya, perasaan lega itu berterbangan di dalam diri ini. Puas! Itu ayat yang paling mudah untuk menggambarkan semuanya.

Aku diajar untuk buat biskut raya ini dari kecil. Tat Nenas. Biskut Peanut Butter. Biskut Mazola dan sebagainya. Aku belajar dari ibu. Ibu pula rajin membeli bahan kuih seperti Nestum, Planta dan banyak lagi yang selalunya akan disertakan dengan beberapa jenis resepi biskut raya. Dari resepi-resepi yang telah dikumpulkan itu, ibu akan tulis ke dalam buku resepi beliau yang kalau korang tengok buku itu sekarang, dah penuh dengan tulisan tangan, keratan akhbar dan gambar.

Bermula dari umur 5 atau 6 tahun, aku diajar untuk menyapu kuning telur diatas biskut yang telah diterap. Selalunya biskut-biskut ini akan dicanai dan diterap oleh ibu aku. Tugas aku hanya menyapu sedikit kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit pewarna kuning telur Star Brand dengan menggunakan berus khas yang boleh dilaraskan. Still ada lagi berus itu dekat rumah JB. Tangkai warna oren. Bulu Nylon. Boleh laras ikut tahap kembang mana yang korang nak.

Masuk darjah 3, tugas aku dah dinaikkan. Aku dah mula diajar untuk sukat tepung menggunakan penyukat yang sekarang ini dah bertukar ke tangan ku. Penyukat dari brand Tupperware yang memang sangat famous pada zaman itu. Aku ingat lagi. Setiap bekas untuk simpan gula dan tepung memang menggunakan Tupperware Original 3 kali bayar itu. Set pertama ibu berwarna kuning. Dan sekarang selepas tutup Tupperware itu ada yang dah patah dan pecah, ibu tukar kepada warna merah terang. Masih tersimpan rapi di kabinet dapur rumah JB. Untuk yang masih tak tahu lagi, tutup Tupperware yang patah atau pecah boleh ditukar baru. Dengan syarat, ianya bukan rosak digigit tikus. Boleh ditukar di kedai Tupperware sahaja. :)

Pada zaman sekolah rendah aku dulu, biasanya bulan puasa jatuh pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember. Bulan kemerdekaan kanak-kanak kerana time tu cuti sekolah. So ramai sepupu aku akan stay dengan aku. Lepas sahur, aku dan sepupuku Esya akan turun ke dapur tolong ibu buat kuih. Dengan bunyi mixer je kiteorang dah mula kelat mata tunggu depan besen. Bagi sepupuku yang masih kecil, dieorang akan ditugaskan untuk merasa biskut yang telah siap dibakar.

Pada masa itu, memang akulah yang paling excited nak buat biskut raya. Start minggu kedua puasa, ayah aku dah bawa kiteorang pergi Giant untuk beli barang kuih. Brand yang paling aku tak boleh lupa adalah Planta. Ibu aku memang setia dengan jenama ini. Kalau pada musim sesak, ibu akan tukar pada jenama Daisy. Tapi orang kata Margerin Daisy tak berapa sedap. Mungkin tidak cukup lembut atau sebagainya. Selain Planta, benda yang wajib ada adalah Esen Vanilla Cap Bintang (Star Brand)


Aku ingat lagi. Biskut yang wajib kami buat adalah Tart Nenas. Istimewanya, inti Nenas ini 100% dibuat oleh ibu aku. Dari sesi membeli beberapa biji Nenas, buang kulit dan kisar serta dimasakkan dengan bancuhan gula diatas api hinggalah siap. Beberapa bekas untuk diisi telah siap. 2 bekas besar untuk atok sebelah ibu. Dua lagi untuk atok abah (sebelah ayah aku). Kadangkala kami akan bertukar-tukar kuih dengan saudara mara yang lain. Hmm nostalgia.

Aku mula buat Almond London untuk pertama kali seorang diri ialah pada umurku 24 tahun. Yepp. 2 tahun lepas. Itu adalah permulaan untukku buat Almond London seorang diri. Bentuk yang tidak sekata. Ada kecil ada besar. ada yang panjang ada yang bulat. Chocolate beku dan sebagainyalah. Pendek kata semuanya serba tak kena. Aku nak makan pun tak lalu. Apatah lagi nak menjamu orang.

Syukurlah sehingga sekarang ini, aku masih kekal dengan resepi yang sama. Tak pernah ditukar dengan resepi lain. Tak pernah dikurangkan bahannya. Sedap dan kekal sama. Credit to my aunt "Citam" (Adik ibu) aku yang bagi aku resepi ini. Okay semua. Need to go. Bye!


P/s: Aku update entry ini sementara menunggu butter aku lembut. Mixer yang aku sebutkan diatas adalah brand National. Dibeli oleh ibuku. Dan boleh digunakan sampai sekarang. Actually oven dekat rumah JB itu pun merupakan oven arwah nenekku yang tidak sempat aku jumpa. Ikutkan elok lagi. Tapi disebabkan timer dia tak jalan so aku beli yang baru. Dua-dua oven ada dirumah JB. Yang ada padaku adalah brand Pensonic. Kecil sedikit dari oven rumah JB dan dibeli di Tesco pada bulan April lalu dengan harga RM89.00 sahaja. Sukat brand Tupperware itu still digunakan lagi sampai sekarang.


P/s 2: Untuk mendapatkan Resepi Almond London, sila layari blog Desserts Online aku.

No comments: