31 May 2012

Biskut raya.

Projek biskut raya tahun ini akan berjalan seperti biasa. Encik Boyfriend dah usha usha kedai yang ada extra bilik kosong. Actually ada satu kedai makan dekat tempat kiteorang selalu makan Ayam Penyet tuh. Ada bilik kosong dekat situ. Sewa sebulan RM100-RM150 je. Bilik dia tak luas dan tak kecil. Cukup muat untuk aku letak oven, meja, kerusi, kipas dan barang-barang kuih. Besar sikit dari dapur rumahlah. Tapi masalahnya dah ada orang booked. Lewat beberapa jam je kot.

Okay tujuan kami nak sewa tempat itu adalah, memandangkan kiteorang tak ada ikatan yang sah, so agak susah nak buat biskut raya sama-sama. Aku adun dekat sini, dia bakar dekat rumah dia. Adeh payah wehh. Lagipun dekat kedai itu bersih. Tutup pukul 11 malam. So balik kerja kiteorang ada almost 6 hours untuk duduk situ. Ada tingkap, ramai orang. So tak menimbulkan fitnah. Itu yang penting.

Hopefully orang itu tak jadi sewa. Hehhe. But the mean time, kiteorang hold dulu order yang masuk. Tengah siapkan semua yang nak dihantar then kena re-think balik. Nak kena re-organized balik. Sekarang tengah kelam-kabutlah. Nak jual biskut raya macamana kalau tempat pun susah nak cari. Hmm.

Sesiapa yang ada ruang kosong yang terbuka untuk disewa pada harga yang berpatutan, sila e-mail aku okay @ dessertsonline@yahoo.com

No comments: