28 March 2012

mengongkong atau menjaga?



Assalamualaikum.

Topik hari nie simple sahaja. Simple tetapi agak memeningkan kepala. Mengongkong atau menjaga?


Contoh Situasi:
Kalau korang ada kawan yang terlampau mengagungkan boyfriend beliau, setiap detik, setiap masa, setiap langkah yang korang lakukan mesti kena beritahu encik boyfriend beliau, dan begitu juga sebaliknya. Encik boyfriend haruslah memberitahu pada rakanku itu dimana beliau berada, apa yang beliau sedang buat dan sebagainya.

Pada pendapat korang, haruskah setiap pergerakan kita kena beritahu pada kekasih kita? Apa yang saya belajar, hanya seorang wanita yang bergelar isteri kepada sang suami wajib meminta izin dari sang suami jika berniat untuk keluar ke mana-mana. Dan juga si isteri tidak diwajibkan untuk meminta izin sang suami jika beliau hanya ingin mandi, membuang air dan makan. Itukan perkara asas setiap insan didunia ini bukan. Jadi tidak menjadi kewajiban untuk kita meminta izin dari sang suami.

Persoalannya disini, haruskah kita memberitahu setiap langkah kita pada sang kekasih yang masih belum sah menjadi suami kita? Mungkin pada sesetengah orang, perkara sebegitu adalah rutin untuk setiap pasangan kekasih untuk mengetahui keberadaan pasangannya ketika itu. Dan mungkin juga masih ada rasa sangsi terhadap kejujuran pasangan kita jika kita tidak mengetahui dimana mereka berada.

Bagi sesetengah pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan, mereka mudah merasa rimas dengan keadaan ini. Yang menjadi konflik adalah apabila salah seorang dari mereka terlampau ingin mengetahui dimana pasangan mereka berada dan sebaliknya tidak. Kes seperti inilah yang mewujudkan ketidaksefahaman antara mereka.

Menjaga? Adakah itu yang berlaku sekarang? Menjaga atau terlampau berjaga-jaga. Mungkin perasaan takut pasangan anda beralih arah makin menebal dalam diri masing-masing bukan? Jika itu yang berlaku, ianya bermaksud bahawa anda masih ragu-ragu dengan kepercayaan yang diberikan kepada pasangan anda. Kejujuran yang dibalas dengan kesangsian adalah sesuatu yang terlalu berat untuk digabungkan bersama.

Kemaafan kupohon pada mereka yang terasa. Lancang? Mungkin bukan. Berterus-terang? Mungkin juga bukan. Tetapi hanya sekadar luahan isihati yang penuh dengan tanda tanya. Perlukah mereka untuk menjadi sebegitu? Langkah berjaga-jaga itu perlu. Tetapi ada hadnya. Ianya melibatkan dua pihak. Jika yang satu terlalu mempercayai pun boleh menjadikan masalah itu jadi besar. Apa-apa pun, setiap perhubungan harus ada sikap "give and take". Jangan terlalu memberi dan jangan terlampau menerima.

Sekian.

20 March 2012

when I'm in love

wouldn't it be the perfect crime when I stole your heart and you stole mine? Can't stop thinking about you...

16 March 2012

what's in my mind?

Assalamualaikum,

Hye all. What's in my mind huh? I need to buy a lots of thing next month. Sigh. If you think about money, it will always not enough for you. Hell yeah! Its true. It can't be kept in your pocket forever okay!

Things that I should buy? A new book rack for all my stuff e.g books, stocks and so on. Rack yang ada sekarang nie tak muat untuk barang yang sedia ada. Huhhu. Nak kata banyak macam sikit. Tapi tak muat dah.

Next is Oven! Yeah really. Oven for my baking project. I love baking. Actually I'm passionate in baking. Susah-susah sesuatu benda tuh, tapi memang I suka baking. Nak buat macamana kan. I do have an oven before. But still in JB. Since my mom gonna use it, so I'd rather buy another one for myself in Shah Alam.

This two item memang kena beli next month. Because it can generate my side income as well as to tidy my messy things in my room. Huh anak dara apalah bilik bersepah dengan segala macam benda yang berterabur kan.

Okay semua. Need to get back to work. Merdeka seketika sinc my Boss is not in the office right now. Hahha okeh jahat. Till meet again next time. Take care! Muchos Love. XOXO!

Weekend Project

Weekend project

Laundry Service.
Sweeping.
Mopping.
Cleansing.
Facial Treatment.
Clean up unused items.
Ironing.

Last but not least.

Sleeping like hell!

15 March 2012

Random Story

Assalamualaikum.

Thanks coz keep visiting my blog eventho I know my post tak seberapa sangat kan. Hahha ayat sadis tetiba. Tengah lapar sebenarnya. Penat. Keep rushing from 8am till now. Baru dapat duduk dengan selesanya. Dah lama rasanya tak update random stories bout myself rite?

Actually I'm waiting for lunch hour. Lapar! Rushing dari pagi tadi kesana sini. Penat ohh..! My boss said she wants to give us a lunch treats today. Okay. Ole-Ole Bali? Whats the best food served there? I want the best food today. Asyik makan maggi je. Hahha. Hari ini hari menggemukkan badan. So tak payah nak fikir makanan nie banyak kalori ke hape. Tibai je. Hahha.

Okaylah. Rasa macam tak best pulak nak update bila tengah lapar. Jadi tak selari dengan tajuk je kan. Next time bila dah kenyang, Fi update balik ye. Mahu keluar sudah! Muchos Love. XOXO (>,<")

10 March 2012

Desserts Online..!

It's now open!!

Grab a sweets for your own sweetheart now..!

Please visit the link below before its too late!




08 March 2012

formspring.me

Ask me questions about Make Up tutorial http://www.formspring.me/CikEffie

Request

Assalamualaikum.

Hye semua. Fi dapat banyak request melalui Formspring and Face-to-face request. Hadoihhh malas sebenarnya nak tunaikan. Dieorang request nak Fi buat video tutorial macamana nak make up. Hurmm? Bukan pandai sangat pun bab make up nie. InsyaAllah akan ditunaikan once my camera is here with me ok! Hahha. Quality video yang tak cantik akan buat Fi rasa rugi and menyesal je nanti sebab tak nampak apa. Orite then. Meet again in the next entry. Mahu setel kerja sebab hari ini mahu pulang setajam mungkin tepat pukul 5.30 pm. Hahha dah lama tak balik awal nie kan. Nanti Fi buat ye. Bukan pandai sangat pun buat tutorial nie. Nak2 pulak Vid Tutor. Okey2. Take care bloggies!! Bye.

07 March 2012

Scheduling my Schedule

1. List down important things to do
2. Manage how much time you have to spare for a single task given.
3. Paste a Post-it Notes with different colours according to the priority of the works
4. No internet. No games. No chit chatting. Concentrate on your work.
5. Rest for 10 minutes after each of the task completed and get back to work.

Workstation

Assalamualaikum.

Appraisal sepatutnya dilakukan pada minggu ini. Tapi till now masih belum dipanggil lagi. Harap-harap segalanya berjalan lancar. Waktu kerja semakin padat. Sampai terlupa nak online FB. If before this, sambil buat kerja sambil online. Err jangan tiru okay. Actually rite now tengah belajar untuk jadi lebih bertanggungjawab. Hutang. Waktu tidur. Makan. Semua kena settle sendiri sekarang. Tidur harus cukup untuk menjana minda yang cerdas di keesokan harinya. Wahh gitu!

To-Do-List harus dikemaskini setiap pagi. Dan aku kena pastikan yang esok aku takkan buat kerja remeh temeh yang sepatutnya siap hari ini. Tender baru dah masuk. So far this time makin terurus. Hopefully everything will gonna be okay this time. I mean yeah! Better.!

Simple and short update from me. Will me you guys soon. I hope.


p/s: Dah tahu tips and tricks untuk buat kerja jadi lagi mudah dan teratur. Masih dalam proses untuk menyesuaikan diri untuk ikut jadual semasa bekerja. No Internet during working hours. But in the lunch time and after official working hours should be okkay for me. Hahha.

05 March 2012

Good Night Bloggies

Night is precious time given by God TO US where we could see our DREAMS accomplished with closed eyes. Good Night!

my project

Assalamualaikum.

This is just a teaser. Baking project again and again. Belum start lagi. But will start as soon as I can. Project apa? Hurmm berbelah bahagi samada harus untuk diberitahu atau tunggu nanti sahaja. Semangat berkobar-kobar kali ini. Semoga segalanya dipermudahkan urusannya. Aku juga harap agar aku dapat sokongan dari rakan-rakan alam mayaku.

InsyaAllah setelah segala persiapan selesai, ianya aku diumumkan jua. Mungkin pada hujung bulan April aku akan umumkan kembali tentang projectku ini. Bagi mereka yang menjadi teman rapatku mungkin sudah dapat mengagak tentang hal ini. Pohonku agar biarlah ianya terus menjadi rahsia sehingga diumumkan oleh aku sendiri kelak.

Terima kasih semua. Bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.

Please be matured!

Assalamualaikum.
Entry nie khas ditujukan untuk diri sendiri. Apasal? Sebab aku tak matang ke atau kurang matang aku pun tak pasti. Okay fine. Aku mengaku. Umur aku dah 26 tahun. Eventho belum officially 26th but yeah! People in my age seems to be more matured than I am! Seriously okay. Pernah jumpa tak woman sebaya aku suka pakai flat shoes tara adik aku si Najwa yang colourful tuh? Pernah ke jumpa woman yang sebaya aku suka baca Majalah Ujang? Pernah tak jumpa wanita sebaya aku yang bersifat kebudak-budakan lagi? Tak kan?

Kebudak-budakan?Aku tak pandai nak klasifikasikan diri aku nie orang yang macam mana. Aku hanya buat apa yang aku nak buat and suka sahaja. Thats it. Life is simple. Don't make it as hard as there would be no tomorrows. Aku malas nak fikir berat-berat. Menyusahkan kepala otak aku je kan. Penat.

Kadang-kadang orang tengok aku dekat office macam seorang wanita yang berdikari dan matang. Errr itu tipu semata-mata. Aku cuba untuk menjadi matang. Aku cuba untuk tidak mudah merajuk dengan orang lain. Aku cuba tapi susah. Dengan make up, mungkin aku berjaya untuk menjadi seorang wanita yang matang. Tetapi jika tanpa make up, orang akan anggap aku seperti seorang pelajar sekolah tingkatan 3. Hmm okay yang ini betul. Sebab setiap kali jumpa orang and kebetulan time tuh aku tak make up, mesti orang cakap aku adalah adik kepada adik aku yang bongsu. Err fine!

JB? Keluar tanpa makeup, faded blue boot cut jeans, loose t-shirt, tudung bawal and sling bag is OKAY for me. Tambah pulak dengan crocs or flip flopnya. Memang orang pikir 10 kali nak percaya aku nie dah umur 26 tahun. Desperately I need to change my lifestyle eventho aku sayang sangat dengan diri aku sekarang. Tapi aku tetap kena berubah menjadi seorang wanita. Bukan lagi seorang anak gadis. Chaiyok Effie!!

More outfits untuk orang dewasa. No more korean style dress, no more flat shoes. Please be matured ye Cik Afifah Anwar. Tak mau dah orang cakap aku comel ke hape. Sila cakap aku anggun boleh? Wahhhhaaaa muntah hijau. Okbye!

Tetamu yang tidak disangka

Assalamualaikum. Buat julung kalinya saudara maraku dari Segamat berjaya jua menjejakkan kaki ke rumahku. Dan yang lebih menggembirakan lagi, Atok Mak aku juga turut serta dalam misi itu. Hurm ikutkan aku boleh rasa aku dah tersangat bosan pada Sabtu lepas. Tiba-tiba dalam pukul 2 1 lebih, dapat call dari cousin aku Durra.

"Weyh epi ko kat mane?"
"Aku kat rumahlah. Seksyen 7. Pesal?"
"Aku, mak anjang, pak anjang, esya, damia, kebal ngan abang nak jumpa ko"
"Wehh dah kenapa? Korang kat mana?"
"Kiteorang hantar ibal masuk Uitm. Atok mak pun ada sekali nie!"
"Meh ah datang rumah aku. Aku takde transport dowh nak gi sana."


Gitu gini semua, dalam 40 minit lepas tuh, after dieorang habis makan, sampailah dieorang dekat rumah aku. Hurmmm rindu gila dah lama tak jumpa cousins esya and durra, tok mak semua. Memang serius lama gila tak jumpa. Ikutkan dieorang nak singgah kejap je time tuh. Tapi kebetulan purse aku tertinggal dekat office. Memang naya je hidup. Aku suruh dieorang mandi, sembahyang and rehat-rehat dulu. Sebab time tu memang tengah panas gila nak keluar kan. So aku and Encik Yus gerak pergi office kejap and amik purse. Dalam kereta tuh, Encik Yus cakap nak gi Putrajaya gi Pesta Buku Islam. So aku call Esya tanya nak gi tak. She said okay!


So dalam pukul 6 kiteorang gerak ke Putrajaya. Hujan renyai-renyai. Dekat sana dapatlah aku beli Al-Quran sebuah, dengan Novel Islamik. Kisah Siti Hajar, Kisah Cinta cara Islam semua. Ada 4 buah buku Novel dekat rumah. Now aku tengah nak habiskan yang kedua pulak. Tragedi Cinta Taj Mahal karya Aneesah Aliyyah Terbitan Telaga Biru.


After that solat maghrib dekat situ, kiteorang berpisah. Sempat lagi tuh Mak Anjang bagi duku yang dia bawa dari Segamat dekat Encik Yus. Hmmm tak tahulah dia boleh habis sorang ke tak. Agak banyak kot. Huhhu.


Okaylah. Aku sekarang dah malas nak taip lama-lama. Sayang family aku ketat-ketat. Thanx sudi datang singgah dekat rumah aku.