Assalamualaikum.
Topik hari nie simple sahaja. Simple tetapi agak memeningkan kepala. Mengongkong atau menjaga?
Contoh Situasi:
Kalau korang ada kawan yang terlampau mengagungkan boyfriend beliau, setiap detik, setiap masa, setiap langkah yang korang lakukan mesti kena beritahu encik boyfriend beliau, dan begitu juga sebaliknya. Encik boyfriend haruslah memberitahu pada rakanku itu dimana beliau berada, apa yang beliau sedang buat dan sebagainya.
Pada pendapat korang, haruskah setiap pergerakan kita kena beritahu pada kekasih kita? Apa yang saya belajar, hanya seorang wanita yang bergelar isteri kepada sang suami wajib meminta izin dari sang suami jika berniat untuk keluar ke mana-mana. Dan juga si isteri tidak diwajibkan untuk meminta izin sang suami jika beliau hanya ingin mandi, membuang air dan makan. Itukan perkara asas setiap insan didunia ini bukan. Jadi tidak menjadi kewajiban untuk kita meminta izin dari sang suami.
Persoalannya disini, haruskah kita memberitahu setiap langkah kita pada sang kekasih yang masih belum sah menjadi suami kita? Mungkin pada sesetengah orang, perkara sebegitu adalah rutin untuk setiap pasangan kekasih untuk mengetahui keberadaan pasangannya ketika itu. Dan mungkin juga masih ada rasa sangsi terhadap kejujuran pasangan kita jika kita tidak mengetahui dimana mereka berada.
Bagi sesetengah pasangan, tidak kira lelaki atau perempuan, mereka mudah merasa rimas dengan keadaan ini. Yang menjadi konflik adalah apabila salah seorang dari mereka terlampau ingin mengetahui dimana pasangan mereka berada dan sebaliknya tidak. Kes seperti inilah yang mewujudkan ketidaksefahaman antara mereka.
Menjaga? Adakah itu yang berlaku sekarang? Menjaga atau terlampau berjaga-jaga. Mungkin perasaan takut pasangan anda beralih arah makin menebal dalam diri masing-masing bukan? Jika itu yang berlaku, ianya bermaksud bahawa anda masih ragu-ragu dengan kepercayaan yang diberikan kepada pasangan anda. Kejujuran yang dibalas dengan kesangsian adalah sesuatu yang terlalu berat untuk digabungkan bersama.
Kemaafan kupohon pada mereka yang terasa. Lancang? Mungkin bukan. Berterus-terang? Mungkin juga bukan. Tetapi hanya sekadar luahan isihati yang penuh dengan tanda tanya. Perlukah mereka untuk menjadi sebegitu? Langkah berjaga-jaga itu perlu. Tetapi ada hadnya. Ianya melibatkan dua pihak. Jika yang satu terlalu mempercayai pun boleh menjadikan masalah itu jadi besar. Apa-apa pun, setiap perhubungan harus ada sikap "give and take". Jangan terlalu memberi dan jangan terlampau menerima.
Sekian.
No comments:
Post a Comment