15 March 2011

Hari yang panjang tetapi tak penat dan tak mengeluh dan happening seorang diri

Salam semua. Hmm kawan sekerja nan seorang itu cuti kahwin selama seminggu. Isnin depan baru naik kerja. Jealous boleh tak? Hahha. Tapi okay gak. Sebab dapat melatih diri yang selama ini hanya tahu duduk senang lenang dekat kaunter depan sambil melayan tetamu ini bekerja dengan lebih keras lagi. Hahha.



You know what. Tempat kerja itu memang ada tugasan packing mempacking nie. Macam-macam kena bungkus. Tepung. Butter. Minyak sapi. Macam-macamlah lagi. Banyak. Yang paling aku nak elak memang time packing benda berminyaklah kan. Setakat tepung dua tiga guni yang satu guni dah ada 25kg tu aku memang takde hal. Sumbat tepung, timbang, seal and tampal sticker. Kerja siap.



Tapi kalau benda berminyak nie toksah ceritalah kan. Dahlah oily. Melekit-lekit. Kena pakai sarung tangan. Kena ceduk butter yang keras itu kuat-kuat. Kena ratakan dalam tupperware. Pergh sumpah semalam tapak tangan kanan merah-merah sebab benda itu keras.



Hahha aku siap cakap kat bos lagi. "So sorry uncle. I'm very slow with this thing!" Kau bayangkanlah. Dari pukul 2pm sampai 5.30pm aku pack butter 18kg tak siap-siap. Biasa kalau tepung 25kg tu bagi aku sejam je lah kot dah siap. Huhhu. Sumpah aku tak nak buat lagi.



Tapi esok aku nak cabar diri sekali lagi pack benda begitu eventhough uncle cakap tak payah. Tapi aku tengok stock dah nak habis kan. Kenalah pack jugak. Tapi esok just 16kg jerk. Aku target nak buat 1 jam setengah jerk. Tengok larat tak larat. Chaiyokk effie!!



Best tau bila dapat cabar diri sendiri nie. Macam semangat itu makin berkobar-kobar lak kan. Hari nie memang penat gila. Mengangkut kotak air gas 24botol X 500ml tu susun dekat tepi dinding. Uncle suruh pakai troli yang angkat barang besar itu. Tapi reti lak aku nak guna benda tu kan. Dah ah berat nak mampus. Dengan aku sekali dia bawak langgar rak. Sebelum rak tu jatuh baik aku angkat sendiri kotak air tu. Hahha.



Dah siap susun air, rajin pulak nak susun cooking chocolate yang berlambak tak bersusun tu. Dah tu tetiba lak rajin nak pack krimwell. Dah tu rajin lagi sekali nak pack tepung biskut. Eh eh rajin lak dia nak susun tepung gandum and susun kotak kek. Ehh rajinnya! Anak sape nie hah?



Sudahnya esok aku just kena pack butter 16kg jerk pastu bergasak-gasak main word search sampaikan customer tanya buku tu beli dekat mana aku siap promote kedai tempat jual tu lagi kan. Hahha.



Pesan Cik Effie: Ini dah kira baik mood aku tengah rajin. Kalau time aku malas, aku memang akan baca je surat khabar dari depan ke belakang dari bawah ke atas sepuluh kali. Dah tu word search tu siap meronta-ronta suruh aku stop main. Barang ke tepung ke butter ke satu hapah pun aku tak buat. Biar berlonggok tunggu mood rajin datang. Hahha.

Aku tak faham dengan lelaki yang suka bawakan handbag perempuan.

Mad About Bags




Salam semua. Hahha siyes weyh aku memang tak faham kenapalah sekarang nie ramai benar encik boyfie or encik tunang or encik suami masing-masing suka sangat bawakan handbag kita. Pelik boleh tak?


Bukan apa. Aku tengok tangan si perempuan itu bukan main berlenggang lagi kan. Yang tukang bawak barang shopping, tukang keluar duit, tukang pegang handbag semua diserah dekat encik lelaki. Hahha kesian pula aku tengok. Mana yang dah kahwin lagilah. Pergh dengan anak nak berdukung lagi. Dengan yang merengek lagi. Puan emak sibuk nak bershopping kan. Adeh.


Yang aku heran tu, lelaki mesti merungut awek mereka kuat shopping. Memanglah kuat shopping. Dah kau tukang bawa and tukang keluar duit. Apa lagi. Memang naik kepala ah si perempuan kan. Senang je kot nak elak keluar shopping dengan girls ni. Suruh dia pegang barang sendiri. Pergh for sure memang abis masa shopping dalam lima minit dah siap. Gerenti ah!


Yang aku paling menyampah tu, si perempuan nie lentok-lentok manja sikit dekat bahu si lelaki hah dah dapat duit RM50 buat beli barang. Senang jugak ek. Nak praktikkanlah lepas nie. Hahha.


Tolonglah ye jadi lelaki sebenar. Bukan yang senang nak disuruh-suruh. Bukan yang ikut telunjuk si perempuan semata-mata kerana cinta dan kasih sayang. Kasih sayang perlu ditunjukkan tetapi berpada-padalah. Jangan terlampau sayang sampai tak nak si perempuan rasa susah sedikit pun.


Pesan Cik Effie: Aku nie meluat bukan sebab aku tak ada boypren. Aku ada boypren jugak macam korang. Tapi kalau aku dating ngan dia ke hape tak hingin aku nak suruh dia bawakan handbag aku. Meluat pulak tengok lelaki gagah bawak beg pink. Hahha.

13 March 2011

Thanxlah ek Nuffnang sebab berlaku sangat ADIL

Okay hari ini memang tengah tension. Bertambah-tambah lagi tension tengok nuffy tak meningkat dari bulan dua. Bengang boleh tak?


I don't know why. Tak naik-naik nuffy aku nie. Pehal kau Nuff? Takat itu sahaja ke? Start dari bulan Februari rasanya aku tengok angka yang sama kan. Nak kata aku tak update entry, aku beriya-iya update. Nak kata aku tak blogwalking pun memang pelik ah kan. Before pergi kerja and dah balik kerja, kerja aku ialah blogwalking. Nak kata aku tak tekan nuff orang lain pun aku agak pelik jugak. Memang ah kau sangat adil kan. Thanx. Bye.

Adillah sangat kan

Nak cuti seminggu.
Kerja tengah melambak.
Kaki tangan dah sakit.
Hati dah terluka.
Jiwa dah lelah.
Selesema semakin teruk.
Batuk juga begitu.
Emosi turun dan naik.
Kepenatan melanda.
Dia mengerti atau tidak?
Tentang situasi yang sedang berlaku?
Atau hanya mampu memandang.
Dan terus berlalu.
Tanpa sepatah kata.
Tanpa sebarang pesan.
Jika aku mahu bercuti.
Seribu alasan diberikan.
Tiada orang boleh jaga kedai.
Tiada orang boleh handle customer.
Adillah sangat kan.
Memang baguslah kan.
Okay tak apa.
Today is yours.
But don't be so sure that,
Tomorrow will also be yours.
Salam.

10 March 2011

Hidung saya berlari-lari anak!



Running nose.
Tired face.
Hard to smile.
Weak body.

09 March 2011

Kahwin? Apa tu? Flavour eskem yang baru ke? Hahha

Hahha aku paling pantang kalau orang sebut bab-bab kahwin mahwin nie. Letih nak jawab ah noks! Nak2 bila balik kampung. Adeh. Kang jawab still tak ada jodoh kang marah laks Encik Bakal saya tu. Kang cakap jodoh dah ada tapi green light tak pat lagi kang kena cubit gaks ngan ibu. Adeh pening2!


Some of them fikir kahwin itu sesimple membaca ABC 123! Hah kau hengat senang ke nak bina keluarga dizaman yang baru jalan setapak dah kena kuar duit nie? Hoi! Susah ah weyh. Apa kau hengat kenal dua tiga hari dah terus nak kawen macam orang dulu-dulu ke? Tak okeyh! Zaman sekarang nie kenal 7 8 tahun pun belum tentu kahwin okay.



Dah ah nak kahwin kena kuar banyak duit. Aku nie dah ah sengkek! Nak saving seposen sebulan pun merangkak. Ini nak kahwin? Gatalnya kau effie! Duit tak ada tapi ada hati nak kahwin cepat kan.


Nak kahwin zaman skang nie mesti kurang-kurang da ada lima nam ploh ribu. Whatthehell! Dah tu bila zaman lagi aku nak kahwin nie? Hahha mana taknya. Pelamin dah berapa ribu. Bila dah ada pelamin mesti kena ada baju pengantin sekali. Takkan nak sanding pakai kain pelekat dengan t-shirt pagoda je kot. Habis tu tetamu tak nak makan? Nak makan je bayar katering dah berapa kan. Kau tak kan penah dengar satu kepala caj RM2 dah. Koman-koman mesti RM10.



Eh dah tu mesti kena ada khemah tempat tetamu makan. Takkan nak makan bawah pokok je kan. Weyh malu seyh orang kutuk nanti. Hahha. Time nak tunang je dah makan banyak duit. Apatah lagi nak kahwin. Majlis nikah lagi. Majlis bersanding lagi. Upacara potong kek lagi. Macam-macam lagilah kan. Huii pening pening!



Kalaulah aku kahwin nanti, aku nak majlis itu buat dekat rumah je. Tak nak ah buat kat hotel. Aku kan orang lama. Aku nak makan nanti berhidang. Tak nak ah main buffet2. Tak romantik langsung makan nak kena gi amik sendiri kan.


Tema kaler tu aku dah fikir masak-masak. Aku nak kaler putih seputih-putihnya. Biarlah orang nak kata aku akan nampak hitam bila pakai baju putih ke hape ke. Aku tak pedulik dah. Kalau Encik Bakal tak nak kaler putih, aku soh dia sanding sorang-sorang nanti. Hahha kejam!



Aku nak buat telur pindang. Baru klasik sikit. Perghh sedap tuh. Ibu cakap jangan buat telur pindang. Nanti kalau buat telur rebus biasa, balik rumah nanti orang boleh masak sambal. Hahha bijak gak tu kan. Sep sikit ah ibu.


Goodies bag untuk tetamu aku nak buat sendiri. Kalau boleh aku tak nak mintak sponsor. Tapi kalau dah orang itu beriya-iya nak bagi, aku terima je. Hahha.


Untuk makan pulak, aku nak buat nasi beriyani. Puas hati sikit kan. Hahha. Baru berbaloi makan. Tapi aku mesti nak yang sedaplah. Nanti ayah aku boleh jadi tester. Weyh dia cerewet tawu tak. Dia cerewet sebab dia pandai masak nasi beryani. Kau jangan main-main. Kau cakap ah sedap macamana pun tapi tak semestinya sedap pada tekak ayah aku okey!


Lupa lak. Bukan ke aku planned nak buat dinner je macam ayah dengan ibu kahwin dulu? Heish dulu ibu dengan ayah kahwin lagi grand. Siang dengan malam tawu tak. Hahha sekarang nie tak mampu nak buat macam itu.


Huhhu tapi ape2 hal pun, Encik Bakal dikehendaki untuk berjumpa dengan ibu dengan ayah aku dulu. Selagi tak jumpa, selagi itu impian diatas hanya dapat ditaip di blog. Hahha ayat sadis!

08 March 2011

I'm too tired

Please understand me.
I'm too tired.
I can't breath well.
I can't manage myself properly.
Just need a little space.
For me to get some energy.
To faced my full diaries every single day.
Thanx.


Current Mood: Tired+sleepy = Malas blogging.

01 March 2011

Muka ganas ala-ala mafia tapi sembahyang tak pernah tinggal.

Salam semua. Just nak share dekat korang je. Semalam macam biasa aku habis kerja pukul 6.45pm and terus gerak ke tempat lil sis kerja. Dia balik pukul 9.30pm. Sebagai kakak yang agak baik aku terpaksa tunggu dia sebab nak balik sekali naik cab. Bayangkan je ah tak macam lenguh lak kan aku dok tunggu. Nasib baik ada tempat boleh duduk and nasib baik aku baru beli new magazine. Boleh ah aku baca ke hape ke.


Sambil-sambil baca itu aku perhatikan gelagat orang sekeliling aku. Best buat macam itu okay. Mengisi masa lapang dengan melihat gelagat orang. Dah ah time tu nak masuk Maghrib. Aku perhati ada satu couple ni perangai macam setan pun ada. Dok peluk-peluk macam tak nak lepas. That gurl tu dah ah. Dipeluk dekat pinggang seolah-olah kalau pelukan tu terlepas, pinggang dia boleh patah. Meluat gila aku tengok.


Satu group lelaki ini pulak muka masing-masing memang macam kalau jumpa orang je nak belasah kan. Ganas gila weyh muka dia. Tapi yang aku suka itu, by the time azan baru nak berkumandang, dieorang dah menuju ke tempat ambil wudhu dan ready nak bersembahyang. Okay part nie memang aku suka gila.


Dah siap solat dieorang tunggu dibawah tempat aku duduk lepak tu. Masing-masing buka cerita pasal kes tsunami, pergolakan syarikat, Libya, politik, Mesir dan sebagainya yang aku rasa hanya mereka yang terpelajar sahaja akan berbicara tentang itu. I have to agree with one statement said "don't judge a book by its cover"


Memang betul pun ayat itu. Luaran mungkin nampak ganas tetapi dalaman mereka, jiwa mereka penuh dengan perkara-perkara yang elok didengar. Sedap mata memandang. Baik untuk diikut.


Kalau kita fikir kembali, tak semua orang seperti itu. Muka baik nak mamp! Tapi perangai macam shaitonnnn! Hahha its true okay. Kalau tak, tak akan ada orang yang tertipu oleh si penipu yang berwajah seperti orang alim.


Okay I think I have to stop now. Wanna take my breakfast and off to work. Have a nice day everybody! Love you all. Salam.