Salam semua. Hahha siyes weyh aku memang tak faham kenapalah sekarang nie ramai benar encik boyfie or encik tunang or encik suami masing-masing suka sangat bawakan handbag kita. Pelik boleh tak?
Bukan apa. Aku tengok tangan si perempuan itu bukan main berlenggang lagi kan. Yang tukang bawak barang shopping, tukang keluar duit, tukang pegang handbag semua diserah dekat encik lelaki. Hahha kesian pula aku tengok. Mana yang dah kahwin lagilah. Pergh dengan anak nak berdukung lagi. Dengan yang merengek lagi. Puan emak sibuk nak bershopping kan. Adeh.
Yang aku heran tu, lelaki mesti merungut awek mereka kuat shopping. Memanglah kuat shopping. Dah kau tukang bawa and tukang keluar duit. Apa lagi. Memang naik kepala ah si perempuan kan. Senang je kot nak elak keluar shopping dengan girls ni. Suruh dia pegang barang sendiri. Pergh for sure memang abis masa shopping dalam lima minit dah siap. Gerenti ah!
Yang aku paling menyampah tu, si perempuan nie lentok-lentok manja sikit dekat bahu si lelaki hah dah dapat duit RM50 buat beli barang. Senang jugak ek. Nak praktikkanlah lepas nie. Hahha.
Tolonglah ye jadi lelaki sebenar. Bukan yang senang nak disuruh-suruh. Bukan yang ikut telunjuk si perempuan semata-mata kerana cinta dan kasih sayang. Kasih sayang perlu ditunjukkan tetapi berpada-padalah. Jangan terlampau sayang sampai tak nak si perempuan rasa susah sedikit pun.
Pesan Cik Effie: Aku nie meluat bukan sebab aku tak ada boypren. Aku ada boypren jugak macam korang. Tapi kalau aku dating ngan dia ke hape tak hingin aku nak suruh dia bawakan handbag aku. Meluat pulak tengok lelaki gagah bawak beg pink. Hahha.
No comments:
Post a Comment