You know what. Tempat kerja itu memang ada tugasan packing mempacking nie. Macam-macam kena bungkus. Tepung. Butter. Minyak sapi. Macam-macamlah lagi. Banyak. Yang paling aku nak elak memang time packing benda berminyaklah kan. Setakat tepung dua tiga guni yang satu guni dah ada 25kg tu aku memang takde hal. Sumbat tepung, timbang, seal and tampal sticker. Kerja siap.
Tapi kalau benda berminyak nie toksah ceritalah kan. Dahlah oily. Melekit-lekit. Kena pakai sarung tangan. Kena ceduk butter yang keras itu kuat-kuat. Kena ratakan dalam tupperware. Pergh sumpah semalam tapak tangan kanan merah-merah sebab benda itu keras.
Hahha aku siap cakap kat bos lagi. "So sorry uncle. I'm very slow with this thing!" Kau bayangkanlah. Dari pukul 2pm sampai 5.30pm aku pack butter 18kg tak siap-siap. Biasa kalau tepung 25kg tu bagi aku sejam je lah kot dah siap. Huhhu. Sumpah aku tak nak buat lagi.
Tapi esok aku nak cabar diri sekali lagi pack benda begitu eventhough uncle cakap tak payah. Tapi aku tengok stock dah nak habis kan. Kenalah pack jugak. Tapi esok just 16kg jerk. Aku target nak buat 1 jam setengah jerk. Tengok larat tak larat. Chaiyokk effie!!
Best tau bila dapat cabar diri sendiri nie. Macam semangat itu makin berkobar-kobar lak kan. Hari nie memang penat gila. Mengangkut kotak air gas 24botol X 500ml tu susun dekat tepi dinding. Uncle suruh pakai troli yang angkat barang besar itu. Tapi reti lak aku nak guna benda tu kan. Dah ah berat nak mampus. Dengan aku sekali dia bawak langgar rak. Sebelum rak tu jatuh baik aku angkat sendiri kotak air tu. Hahha.
Dah siap susun air, rajin pulak nak susun cooking chocolate yang berlambak tak bersusun tu. Dah tu tetiba lak rajin nak pack krimwell. Dah tu rajin lagi sekali nak pack tepung biskut. Eh eh rajin lak dia nak susun tepung gandum and susun kotak kek. Ehh rajinnya! Anak sape nie hah?
Sudahnya esok aku just kena pack butter 16kg jerk pastu bergasak-gasak main word search sampaikan customer tanya buku tu beli dekat mana aku siap promote kedai tempat jual tu lagi kan. Hahha.
Pesan Cik Effie: Ini dah kira baik mood aku tengah rajin. Kalau time aku malas, aku memang akan baca je surat khabar dari depan ke belakang dari bawah ke atas sepuluh kali. Dah tu word search tu siap meronta-ronta suruh aku stop main. Barang ke tepung ke butter ke satu hapah pun aku tak buat. Biar berlonggok tunggu mood rajin datang. Hahha.
No comments:
Post a Comment