01 March 2011

Muka ganas ala-ala mafia tapi sembahyang tak pernah tinggal.

Salam semua. Just nak share dekat korang je. Semalam macam biasa aku habis kerja pukul 6.45pm and terus gerak ke tempat lil sis kerja. Dia balik pukul 9.30pm. Sebagai kakak yang agak baik aku terpaksa tunggu dia sebab nak balik sekali naik cab. Bayangkan je ah tak macam lenguh lak kan aku dok tunggu. Nasib baik ada tempat boleh duduk and nasib baik aku baru beli new magazine. Boleh ah aku baca ke hape ke.


Sambil-sambil baca itu aku perhatikan gelagat orang sekeliling aku. Best buat macam itu okay. Mengisi masa lapang dengan melihat gelagat orang. Dah ah time tu nak masuk Maghrib. Aku perhati ada satu couple ni perangai macam setan pun ada. Dok peluk-peluk macam tak nak lepas. That gurl tu dah ah. Dipeluk dekat pinggang seolah-olah kalau pelukan tu terlepas, pinggang dia boleh patah. Meluat gila aku tengok.


Satu group lelaki ini pulak muka masing-masing memang macam kalau jumpa orang je nak belasah kan. Ganas gila weyh muka dia. Tapi yang aku suka itu, by the time azan baru nak berkumandang, dieorang dah menuju ke tempat ambil wudhu dan ready nak bersembahyang. Okay part nie memang aku suka gila.


Dah siap solat dieorang tunggu dibawah tempat aku duduk lepak tu. Masing-masing buka cerita pasal kes tsunami, pergolakan syarikat, Libya, politik, Mesir dan sebagainya yang aku rasa hanya mereka yang terpelajar sahaja akan berbicara tentang itu. I have to agree with one statement said "don't judge a book by its cover"


Memang betul pun ayat itu. Luaran mungkin nampak ganas tetapi dalaman mereka, jiwa mereka penuh dengan perkara-perkara yang elok didengar. Sedap mata memandang. Baik untuk diikut.


Kalau kita fikir kembali, tak semua orang seperti itu. Muka baik nak mamp! Tapi perangai macam shaitonnnn! Hahha its true okay. Kalau tak, tak akan ada orang yang tertipu oleh si penipu yang berwajah seperti orang alim.


Okay I think I have to stop now. Wanna take my breakfast and off to work. Have a nice day everybody! Love you all. Salam.

No comments: