08 February 2011

still standing



sometimes, your joy is the source of your smile
but sometimes, your smile can be the source of your joy
-Thich Nhat Hanh-

07 February 2011

Bagaimana nak menghilangkan rasa bosan bercuti disaat semua orang tengah sibuk kerja?



Situasi: Dapat cuti ekstra dua hari tapi nak keluar jalan-jalan cam tak happening sebab shopping complex lengang gila macam tak ada life and tak tahu nak keluar dengan siapa.

Cara-cara untuk menghilangkan rasa bosan adalah:

google


  • Basuh cadar, selimut dan tuala mandi anda dan sidai di tempat yang panas terik agar ia cepat kering.
google

  • Sapu sampah di kamar tidur anda dengan bersih. Rajinkan diri untuk mengemop lantai dikamar tidur anda dengan sabun pencuci lantai yang harum baunya.
google
  • Jemur bantal di bawah panahan matahari supaya kuman-kuman di bantal anda akan terbakar.
google

  • Kemas ruangan dapur rumah anda. Bersihkan segala kotoran diatas sinki dan dapur rumah anda. Pastikan sampah sarap dibuang dengan betul. Pinggan mangkuk tersusun rapi.
google

  • Susun semula timbunan baju didalam almari pakaian anda dengan kemas dan cantik. Asingkan pakaian yang tidak dipakai ke dalam satu bekas khas supaya mudah untuk didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan.
google
  • Rapikan peralatan make up anda agar ia sentiasa bersih dan teratur. Jika anda ada anak kecil yang baru pandai berjalan dan mencapai barangan anda, sila pastikan agar makeup anda tidak mudah dicapai oleh sikecil tersebut.
google
  • Sesudah selesai semua perkara diatas, anda disarankan untuk menghargai tubuh badan anda sewaktu mandi. Maksudnya disini, bersihkanlah tubuh badanmu dengan haruman mandian yang menyegarkan. 

Pesan Cik Effie: Waktu cuti Fi suka scrub badan lepas itu buat full facial at home. Memang best sebab nanti badan jadi segar dan happy sentiasa.



################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Hati.



Assalamualaikum semua. Wahh sebok nak letak jugak ciri-ciri lelaki idaman hati ke? Aiyoo masalahnya before this kau pernah ke fikir pasal ciri-ciri nie? Eewww macam geli je nak gedik2 ada ciri-ciri baru accept jadik boyfiee..Hahha peduli apa I nyahh..I nak gak bagitahu..


Ciri-ciri lelaki idaman hati Cik Effie adalahhhhhhh!!!



  • Seorang lelaki yang pandai membawa diri. Alahh bukan bawa diri gi mana-mana pun. Maksudnya, dia mesti tahu macamana nak bawa diri bila jumpa family Fi, cousins Fi, Saudara mara Fi dan sebagainya. Jangan main hentam saja. Jumpa family Fi, even dah selalu jumpa pun cara melayan mereka berbeza dengan cara nak layan kepala gila my cousins.

  • Seorang lelaki yang berkerjaya. Of course okay! Dia mesti ada kerja. Penoreh getah pun takpe! Hahha weyh getah mahal derr. Siapa tak nak. Takdelah. Fi tak kisah dia kerja apa pun. Tak memilih. Even my parents pun okay je dia kerja apa. Yang penting jangan tukar-tukar kerja. Phewww memang pantang 40 hari ah kalau tengok orang suka tukar-tukar kerja ini. Lainlah kalau dia dapat kerja yang lagi bagus, beza gaji dengan gaji dulu ribu riban ke apa of courselah Fi tak kisah. Ini tak. Ah malaslah nak kerja sini. Nak kerja kat tempat lain. Dapat duduk dalam opis. Gaji turun sikit pun tak apalah. Hahha. Hoi bang! Reject..! Reject..! Reject....!!!!

  • Seorang lelaki yang tak suka bawa kereta laju laju. Ouhhh kalau dekat rumah atok dengar orang bawa kereta or motor laju laju sure dengar atok cakap, "anak sapa tuh bawa kereta macam pelesit?" Hahha memang sakit hati kot bila dia bawa kereta laju sangat. Fi tak suka naik kereta lumba okay!

  • Seorang lelaki yang pandai jaga penampilan. Ini memang semua perempuan akan teruja sebab siapa suka lelaki berbau and selekeh? I mean selekeh sangat-sangat. Jagalah penampilan. Pakai perfume. Pakai deodorant. Cukur jambang itu. Tak semua sesuai berjambang okay. 
 
  • Seorang lelaki. Lelaki idaman hati semestinya kerana dia itu adalah seorang lelaki. Bukan gay. Bukan perempuan. 

Okay daa!






################################
Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

06 February 2011

Makeup cara Cik Effie






Esse
Assalamualaikum. Macam dah agak lama tak bagi tips. Actually nak minta tips memang mudah but nak merangka entry itu memang sukar. Sukar nak bagi penjelasan yang betul and sukar nak menerangkan dengan tepat.


Actually memanglah saya hantu makeup. But tak semestinya saya mesti wajib keluar dengan makeup sekilo di muka. No okay!

Kadang-kadang korang akan jumpa fi tanpa makeup. Memang tak seflawless kalau pakai makeup and memang mata sepet dengan eyebag sebeban and kening berterabur. Hahha sengal!


Makeup bukan semata-mata untuk merubah wajah korang jadi macam plastik tapi nak mencantikkan lagi keayuan pada wajah anda. Cuba bayangkan korang ada bibir mungil but korang tak pakai lip gloss so orang tak nampak keayuan itu. Hahha faham tak? Tak faham? Huh!


Okay ini tips untuk korang yang Cik Effie sendiri pakai untuk dapatkan makeup yang cantik. Serius okay. Memang fi guna cara ini..



  • Mesti kena cleanse korang punya muka dulu. Okay nak cuci muka pun kena ada rutin yang betul. Fi cuci muka hari-hari guna Deep Action Cleanser from Clean & Clear. Murah je derr. Tak payah pakai mahal-mahal kalau tak sesuai.
  • After that seminggu 2 kali Fi akan scrub muka untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada muka. Fi guna St. Ives Apricot Scrub Invigorating (Fresh Skin). This one dalam RM20 lebih but boleh tahan lama sebab dia 170gm and guna pun 2 kali seminggu. Itu pun kalau rajinlah.
  • Seminggu sekali Fi akan pakai masker. I chose Nano White punya produk. Nano White Hydrating Whitening Mask. Memang best. Disarankan untuk guna seminggu 2 kali but kalau muka tak problem sangat guna seminggu sekali pun okay. After cuci muka and guna scrub, sapu rata masker ini dekat muka korang and tunggu selama 15 minit. After that cuci dengan air suam dengan lembut.

  • After that, diwajibkan untuk memakai toner atau penyegar dan selepas itu pakai moisturizer atau pelembap. Tak semestinya kulit berminyak macam Fi diharamkan untuk memakai moisturizer okay. Okay untuk toner Fi pakai Essentials Oil-Control Toner, and for moisturizer I choose Essentials Moisturizer both from Clean & Clear. Pagi and malam selepas cuci muka and before pakai makeup.

  • Selepas itu Fi pakai BB Cream from Maybelline. Yepp Clear Smooth Minerals Instant Skin Perfecting Cream yang baru itu. So far after 1 week pakai BB Cream ini memang menyenangkan hati sebab dia tak macam foundation which is foundation is more thicker. Okay FYI, Fi memang tak berapa gemar nak pakai foundation coz dia cepat kering and berketul-ketul. So BB Cream memang lagi lembut dia punya textures. Nama pun BB.. 

    • Then barulah lapiskan dengan Two Way Cake or Compact Powder. If tak keluar untuk berjimba, just pakai Clear Smooth Shine Free Face Powder je but if nak gi kerja yang memakan masa selama 10 jam itu, Fi akan pakai M.A.C Moisturizing Two Way Cake untuk bagi dia tahan lama and tak mudah berminyak. Two Way Cake ini Fi baru beli. Harga RM68 after less. 






      • Normally untuk makeup yang natural, just pakai eyeliner yang tipis di bahagian kelopak atas dan sapukan mascara dibulu mata yang tak berapa nak lebat itu. Tapi kalau RAJIN, Fi pakai eyeshadow yang tak terlampau sarat dengan glitter (i mean matte) and pakai eyeliner untuk kelopak atas and dekat waterline mata. Then pakai Mascara. Mascara Fi pakai Glamour Lash from Elianto berharga RM24 sahaja and Eyeliner Fi ada 3. Pencil Eyeliner untuk kesan smokey dibawah mata, Liquid Eyeliner dari M.A.C harga RM40. And kalau nak nampak lagi garang Fi pakai Elianto Frosted Liquid Eyeliner. This one murah. Beli time YES 2010. RM18.00 je kot tak silap. But memang kena careful sebab dia sangat pekat and lebih kurang macam gel. Tapi sangat kalis air. 

        • Blusher Fi suka pakai Baked Blusher. Code number is 03-Sunrise Bronze. Dari Elianto. Harga RM29.00. Colour dia memang cantik. Gold colour with a lil bit of chocolate touch. Sesuai untuk waktu siang. Tak terlampau menyerlah but dia akan glowing. Hey bukan macam glow in the dark tu tapi dia colour dia akan mudah nak blend dengan kulit muka kita. Sangat soft. So you have to be really careful bila nak simpan. 

          • For my lips pula, Fi suka pilih lipstik warna terang or pekat like hot pink, bright red, or colour merah gelap and definitely akan lapis dengan lip gloss warna natural. So bila dia dah blend, dia akan nampak cantik. Natural itu macam colour soft pink, nude colour, peachy colour or yang tak ada colour pun nampak cantik. 

          Okay itu sahaja rasanya tips kali ini. Sebab Fi memang jarang sangat-sangat guna makeup keterlaluan. Kadang-kadang tak makeup langsung pun pergi kerja. Hahha itu biasanya akan terjadi pada hari Isninlah kan..Hope this tips will gonna help you all okay!Do remember girls!Everyone at least will know how to used their makeup. 

          Pesan Cik Effie: Ini bukan promosi berbayar. Ini adalah pengalaman peribadi sahaja. And lagi satu, saya tak berhabis duit semata-mata untuk makeup sahaja okay. Hanya tak sampai RM50 sebulan untuk makeup.

          ######################################

          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          Saya tak suka menunggu





          Assalamualaikum. Wahh title nak gempak. Hahha memang saya tak suka menunggu. Sebab dari kecil lagi saya tak suka menunggu. Tak kisahlah menunggu orang ke bukan orang ke tapi seriously I really hate to wait for a things that definitely I shouldnt wait for.


          Nak maksud lebih jelas? Teruskan membaca okay. Huhhu.

          • Saya tak suka tunggu orang nak pergi kelas sama-sama. Dulu saya bukan jenis yang suka tampal make up tebal-tebal dekat muka. Cukuplah sekadar BB Cream from Elianto, lepas itu guna mascara juga dari Elianto dan secalit lip gloss dibibir mungilku ini! Hahha poyos! So saya lagi cepat bersiap dari mereka. Saya bangun lambat dari mereka tapi saya siap lebih cepat dari mereka. Macamana tu? Yelah. Mana ada saya syampu rambut pepagi buta. Sementara nak tunggu turn masuk toilet, saya dah siap cuci muka and gosok gigi. So saya tak amik masa yang lama disitu kan.Sealunya saya akan ke kelas seorang diri sebab malas nak tunggu mereka. 
          • Saya tak suka tunggu orang yang nak makan sama-sama tapi lembab! Adeh dahlah perut lapar. Dahlah panas terik time tengahari. Memikirkan orang yang sememangnya akan ramai pada waktu tengahari jika kita lambat. Memang wrong time ah nak buat-buat leceh time nak lunch dengan Cik Effie kan!
          • Saya jenis jalan laju. So kalau nak berjalan dengan saya, please jangan nak berlengah-lengah boleh? Saya rimas kejap-kejap nak singgah sana nak singgah sini. Unless if saya memang dalam mood nak shopping, nak berjimba, nak hu ha hu ha ke hape memang saya suka menyinggahlah. Tanyalah mereka yang pernah keluar dengan saya. Pernah tak saya skip salah satu kedai itu kalau dekat shopping complex? Kalau ada pun mesti sebab tak berani masuk sebab ianya adalah butik terkemuka yang tak akan ada barang berharga puluhan ringgit. Semua main ribu riban kan. Memang jangan harap saya nak masuk.
          • Tengah haus gila vavi lepas itu singgah kedai makan, order air cikong, dengan roti canai je. Tapi roti canai dah habis tapi air tak sampai-sampai lagi. Lepas itu dapat air manis nak mamp! Lepas itu harga mahal padahal air cikong itu tak susah pun okay. Dahlah ada laici dua butir pastu taburkan dengan barli lepas itu letak air gula setengah kilo. Memang saya mengamuklah kan!! *kejadian ini berlaku semalam lepas balik daripada membuat kerja-kerja yang memenatkan di tengah panas. Restorannya terletak di Segamat. Dan memang dapat maki dengan aku je ah semalam.*
          • Tengah lapar nak tunggu burger tapi orang itu lambat gila nak pickup order. Minta lain, lain dibuatnya. Lepas itu orang selepas kitorang yang dapat burger dulu. Dengan alasan senang sebab kami minta burger ayam. Orang itu minta burger daging. Terlanjur pegang daging burger kat tangan, dia buatkan orang itu punya dulu. HOI bang! Cancel order je eh. Babai!
          • Menunggu saiz kasut yang sebenar dicari. Hmm boleh tak! Kita dah lama tunggu dia ambilkan saiz kasut kita lepas itu dia boleh pula lupa nak cari saiz itu. Ohhh hei kak! Kasut yang kita nak tadi itu dah jumpa ke belum ek?Ehh buat-buat tanya pula kita ada bagi kasut kat dia ke?Aiseh hangin satu badan. Dah malas nak cari saiz itu tak payahlah kerja lagi ye.
          • Menunggu line broadband okay! Memang nak makan je broadband nie kalau dia buat hal...

          Kesimpulannya disini adalah, Cik Effie kau ini memang susah nak bersabar. Dia  tak suka menunggu. Dia tak suka leceh-leceh.
          ######################################


          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          Holiday Mood



          Mood: Tired

          Bila nak balik kampung,
          beriya-iya nak pack barang.
          But bila dah sampai rumah,
          Masing-masing penat nak unpack barang.



          ######################################
          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          02 February 2011

          LOVE is CINTA





          Kita rasa,
          Cinta mematangkan kita
          Cinta memberi cahaya kehalusan untuk kita
          Cinta membenarkan diri kita untuk mencuba
          Cinta menjanji kebahagiaan untuk kita


          Kadangkala,
          Cinta menyakitkan diri kita
          Cinta membunuh kita
          Cinta menyeksa kita
          Cinta menjatuhkan kita



          Ingat!
          Pandulah arah tuju sesebuah cinta itu
          Tunjukkanlah jalan yang benar untuk cinta itu
          Berilah kehidupan untuk cinta itu
          Agar ia tetap mekar selamanya
          Anda yang menentukan arah tuju cinta itu
          Samada anda memilih untuk bahagia atau terluka



          #################################

          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!

          01 February 2011

          Alone





          Merajuk dengan dunia maya ini.
          Mungkin ada yang tersurat disebalik semua kejadian ini.
          Atau mungkin tiada lagi tempat dihati ini untuk dunia blog.
          Facebook yang membosankan.
          Fakta diputar belit.
          Blog yang memualkan.
          Hanya menjadi tempat untuk mencari publisiti.
          Hanya untuk menaikkan nama blog sendiri.
          Demi wang ringgit.
          Mungkin ya atau tidak.
          Sahabat memang sukar dicari di dunia ini.


          Pesan Cik Effie: Shoutbox dah dibuang. Dipersalahgunakan oleh manusia-manusia durjana yang memberi pesanan lucah demi menjatuhkan maruah empunya blog.


          Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

          Create your own banner at mybannermaker.com!