Hello peeps! (Peeps tu apa)
I started blogging rasanya masa tahun 2004. That time belajar dengan my friend dekat Matriks. Yepp dulu aku masuk Kolej Matrikulasi Johor. Hahha full name siap. Since that I think ada 2-3 kali juga tukar blog barulah. Tukar URL lah and tukar macam-macam. Blog zaman dahulu kala memang kuno gila. Mana pandai coding segala macam nie. Template pun pakai basic template kaler putih ada kotak kat tepi. Dah tu ayat nak gebang gempak-gempak. Tapi nasib baiklah bahasa aku tak horror gila kan. Tak se-shortform bebudak zaman sekarang yang kadang-kadang nak kena buka balik Kamus Dwibahasa Oxford tuh. Punyalah high-class bahasa dia sampai pening nak fikir nie bahasa inggeris ke melayu nie. Tapi yang paling aku menyampah bila baca entry lama aku ialah tulisan yang berwarna-warni macam buku budak tadika. Huh! Failed!
Followers time tu takat 2-3 orang je. Itu pun kena paksa follow. Hahha bengong. Bila dah masuk uni, aku buat blog baru. Jangan tanya kenapa. Punyalah bengap. Bila orang tahu yang aku ada blog, terus tukar blog baru. Okay yang paling bodoh, bukannya tak boleh tukar URL je. Siap delete account and siap register new account lagi tuh. Haru! Masa tu memang aku tak berapa minat kalau orang terdekat dengan aku, nak-nak pulak orang tu stalker aku and tau blog aku. Memang rasa nak mengamuk.
Bila dah Part 2 dekat Uitm Arau, aku start belajar Visual Basic. Time nie baru aku tahu aku minat coding and IT berbanding Accountancy. Hadoih. Nyesal tetiba. Aku suka stresskan kepala dengan coding. Tak dapat code, shut down laptop then tidur. Esok sambunglah. Hehhe. Aku boleh tahan tak tidur satu malam semata-mata nak siapkan template guna coding. Tapi kau jangan suruh aku designkan template. Memang sampai tahun depan tak siap. Sebab aku tak minat nak design template orang. Aku tak boleh baca hati korang. Aku tak tahu apa yang cantik dimata korang. Kalau aku rasa benda tu cantik and design tu cantik, tak semestinya akan cantik juga dimata korang. Betul tak?
Okay my current blog yang korang tengah baca ini di'create' pada tahun 2010. Hopefully lepas nie tak tukar URL dah unless if nanti nak beli domain baru aku tukar kot. Hehhe. Dekat blog nie lah aku luahkan apa yang tak terluah. Dekat sini jugalah aku tampal Quotes yang aku Google hari-hari and kalau aku rasa aku tengah sedih, dekat sini jugalah aku tampal Positive Thinking Quotes ke hape. Dekat sini jugalah aku share aku punya kehidupan harian yang kadang-kadang di alam realiti tak ada orang pun nak amik kisah. Dekat sini jugalah aku share tips. Eh macam dah lama tak share tips kan? Okay diam.
Aku jenis yang suka pendam perasaan. Aku tak reti nak marah orang depan-depan. Aku tak reti nak sedih-sedih depan orang. Aku tak reti nak cakap aku tak suka buat itu ini depan-depan. So kat sinilah medium untuk aku luahkan perasaan. Kalau aku marah, aku post dekat sini. Esok aku dah tak marah, aku deletelah. Hehhe bongek.
Dekat blog ini jugalah tempat aku kenal kawan-kawan blogger yang lain yang satu masa dahulu ada blogger tegar seperti aku. Pantang ada keyword baru sure update dalam blog punya. Sekarang kau tinggalkan aku sorang2 je ye berblogging tanpa arah tuju nie! Aku kenal Aie Darkbatman, Chaon, Kech Hidayah tunang Chaon, Azizan Kadir a.k.a Park Than yang telah bertukar ke penTwitter tegar, Dia, Ichigo Miro, Mijae, Cik Violet Ungu, Cik Misya si Gadis Terbilang dan beberapa orang lagi. Antara blogger yang memang dah jadi member aku and lepak makan sambil ketawa dengan kuatnya tanpa rasa bersalah adalah Cik Violet Ungu, Miro, Mijae, Jijan, Chaon and Kech. Aku kenal depa semua sebab aku terkawan dengan Aie Darkbatman si badan ketak-ketak nie. Tapi sumpah sampai sekarang aku tak pernah jumpa beliau lagi. Hahha. Yang lain semua aku dah jumpa. Weeeeeeeeeee..
Okay tension sebenarnya bila update entry dengan perut yang lapar nie. Tender tengah banyak. Submission dekat-dekat. Kaki kanan terseliuh sikit. Okay gumbiranya. Dahlah. Bye!
Muchos Love. XOXO =__="
Cik Effie.