30 April 2012

Weekly Routine.

Hye readers! Hows your weekend? Pergi Bersih 3.0 ke? Duh please berfikir secara matang ye. Hmm mine? Yeah okay. Having fun with my bf and colleague. Thats all. Hehhe. Wanna know something? I cut my hair already. Aiyooo! T_T!


Really memang dekat separuh jugaklah aku potong. Sayangnya. Hmm tapi memang dah sampai masa kena potong juga. Kesian dekat beliau. Alhamdulillah setakat ini memang aku tak ada masalah dengan rambut aku. Setakat hujung dia kering aja kot. Kelemumur? Nope! Berbuah? Whats that? Hmm yepp memang agak keringlah rambut aku bila dah panjang. Before gunting rambut aku paras pinggang. And lepas gunting tinggal sekerat je. Betul2 bawah bahu. Itu pun nasib baik aku tahan orang tu. Kalau tidak memang togellah kan. Kalau fikir sayang, memang sampai tahun depanlah aku tak gunting rambut nie.


Macam biasalah weekend kalau tak pi jalan-jalan, memang tugas aku jadi surirumah bergaya. Membasuh baju, sidai baju, jemur bantal, basuh cadar, facial, body scrub dan sebagainya. Masak? Belum ada dalam senarai tetap lagi. Kalau aku rajin, aku masak. Kalau masak tapi makan sorang2 pun tak best kan? Hehhe kukuh tak alasan?


Hmm okay hari ini hari Isnin. Hari terakhir bulan April. Esok cuti. Malam nie aku dengan beberapa orang dari office aku saja nak hangout together. Main bowling. Karaoke segala bagai. Dan macamlah aku nie reti main bowling kan. Memang aku heret encik bf sekali pi sana. Wakil pasukan. Hahha boleh dak gitu? Aku bukan peminat tegar main bowling. Takat dok hadap dalam phone tu memang aku juara. Kekal no 1 sebab aku sorang je yang main pun. Memang pakat sampai ranking ke sepuluh pun nama aku je kan. Hehhe.


Bersih 3.0? Apa tu? Pointer? CGPA? Hmm korang pi ke? Pada aku tak ke macam membazir? Sebab rata-rata yang aku kenal yang pi sana tuh, dieorang satu habuk pun tak faham tujuan diadakan Bersih 3.0 tuh. Orang lompat, kau lompat. Orang jerit kau jerit. Tapi motifnya? Kalau setakat nak buat sampah sarap bersepah, harta benda hancur berkecai, kepala luka kena baling, mata pedih kena sembur ngan asap, better korang dok rumah jelah ye. Tak pun pi daftar nama kerja tukang kutip sampah kat DBKL nun. Baru tau seksa tak seksa dok mengutip sampah tu semua. Baru tahu cemana nak hargai hidup nie. Yang aku tak faham, siap bawak anak bini bagai. Kalaulah disebabkan korang berlari-lari serang sana serang sini dan kebetulan anak bini korang tercedera atau kalau bahasa kasarnya mati di tempat kejadian tu, menyesal tak korang? Agak-agaknyalah kan. Kau nak berpolitas bagai, pi jelah sorang-sorang. Tak payah dok heret budak kecil sama. Tak layak mengundi pun lagi kan.


Aku memang malas nak layan pasal benda nie semua. Sebab banyak lagi benda yang aku nak fikir, nak buat, nak kena siapkan semua. Tapi kalau dah sampai Timeline Facebook aku penuh dengan perkataan "BERSIH 3.0" dari atas sampai bawah, memang kadang-kadang aku hanginlah jugak kan. Rasa macam nak Unfriend je kan. Nak2 kalau orang tu pembangkang tegar. Gigil je tangan nie nak pi tekan Unfriend. Menyampah punya pasal. Hahha.


Esok cuti lagi! Hmm dan yang bestnya sampai saat aku nak publish post nie, gaji aku tak masuk-masuk lagi. Hampagas!

25 April 2012

Think positive


Cleanse yourself with laughter and with tears, let tears take out all the agony that is hidden inside you and let laughter ignite your contagious joy.

17 April 2012

My Love. My Heart. My Passion.

Now reveal!






Almond London for sale.
A whole crunchy Almond inside a vanilla buttery flavour biscuit and 
fully coated with a delicious and creamy chocolate. 
Try it and you'll love it.

Normal Price:
RM10.00 for 20pcs per box
RM24.00 for 50pcs per box

Special Price (Only for those who are interested to be my Sales Agent)
RM8.00 for 20pcs per box
RM20.00 for 50pcs per box
Minimum order: 10 boxes and above.

Sesiapa yang berminat boleh e-mail butiran peribadi anda ke alamat e-mail dibawah:

dessertsonline@yahoo.com
atau
afifah.anwar@yahoo.com



pain

04 April 2012

Entry malas.

Assalamualaikum,

Lately selalu timbul perkataan malas dalam diri aku. Serius. Rasa malas itu semakin menebal. Sampaikan aku kena fikir dulu benda yang aku buat tu mendatangkan banyak profit ataupun tak. Kalau profit ciput, memang tak ah aku nak buat kan. Blogging pun sekarang ayat dah caca marba. Lantak pilah ayat tuh menyakitkan hati orang ke tak ke. Aku malas nak amik pusing. Hmm tengok! Muncul lagi perkataan malas tu kan.

Online waktu kerja? I mean waktu officially bekerja? Sekarang? Hmm pagi2 sampai office buka FB dulu. Dah check apa yang patut dalam 15 minit aku offline. Just layan Skype jelah sekarang. Tapi dengan sapa je aku skype. Tak lain tak bukan dengan officemate aku merangkap housemate aku iaitu @Cik Kema. Hmm simple dah mudah. Semata-mata untuk tanya hari nie balik kul berapa. Harharhar. Itu je.

Aku nak makeup pun dah malas sekarang nie. Nak iron baju keja pun malas. Tapi taklah sampai tak bergosok langsung baju tu. Maruah seorang wanita kena jaga okay! Pantang jumpa hari jumaat. T-shirt and Jeans jelah aku nie kan. Hari lain aku just pakai baju kurung yang mudah gosok and blouse yang tak payah gosok. Habis cerita.

Setiap hari aku pakai Lens, BB Cream, Compact powder and eyebrow liner. Lipstick? Hari rajin pun aku tak pakai. Hari malas? Memang bertapa dalam beg makeup aku jelah benda tuh. Eyeliner? Tak payah susah2 boleh? Nak semayang payah nak remove. Hahh! Malas. So kesimpulannya, tak payah pakai.

Aku tak tahulah kenapa. Faktor umur makin meningkat? So sebab tu ke orang makin malas nak berhias? Heishh tak juga. Ada je makcik2 yang dah berumur tapi vogue gila gaban dekat luar sana tu kan. So assumption tu tolak tepi jauh-jauh ye. Nie semua sebab cuaca. Sejuk je. Musim hujan musim banjir sana-sini kot. Sebab tu rasa malas je kan semua. Pun tak jugak kot. Sebab time panas badan berlengas, muka lekit-lekit peluh pun aku malas makeup. Eishh ntahlah. Malas nak fikir!

Okaylah. Sebelum aku sebut perkataan Malas lagi, better aku stop. Entry ntah apa-apa. Tahap orang nak baca pun malas. Aku sendiri pun jadi malas nak baca. Hokkay! Chow.

02 April 2012

Almond London fever is coming!

Assalamualaikum.

First of all sorry sebab dah jarang nak update entry and dah jarang nak bagi tutorial semua kan. Serius tak boleh nak janji dengan korang semua. Busy. Hmm kind of. Workload semakin banyak. Everyday akan ada benda-benda baru yang aku kena belajar. Eventhough sometimes benda tu memang aku dah belajar buat but still lack of confident to do it myself. Have to double with my other colleagues.

Got a plan. Business plan. And I hope this will give me much benefits. Either good or bad. At least it will give something to me. Business apa? You can check it out here ---> Desserts Online.

Okay I will roughly tell you about my plan. Please do support me. InsyaALLAH starting from next week, I will start my baking project. Business nie dah lama nak dibuat tapi ada je perkara yang membuatkan ianya tergantung. Aku akan jual Almond London. Hmm itu je? Yepp. And sambil-sambil itu aku akan jual Homemade Chocolate. Actually masa dekat JB memang aku jual this foods. Tapi delay sebab still belum beli oven lagi. Insyallah dalam next week aku akan start jual.

Aku letak dekat beberapa kedai makan dan Petronas Kiosk sekitar Shah Alam. And also provide online ordering and offline ordering. Kalau nak order boleh e-mail me terus dekat Desserts Online Email atau boleh isi form dekat Desserts Online Blog.

I do hope that this project will succeed and give me a nice and wonderful experience. I will try to keep in touch closely to my customers and if there have queries about anything related to this foods, you can email me also. I'm trying to contact you back as soon as I can.

Thats all for today. I think. Take care all.

Muchos Love. XOXO.
Cik Effie.