Assalamualaikum,
Lately selalu timbul perkataan malas dalam diri aku. Serius. Rasa malas itu semakin menebal. Sampaikan aku kena fikir dulu benda yang aku buat tu mendatangkan banyak profit ataupun tak. Kalau profit ciput, memang tak ah aku nak buat kan. Blogging pun sekarang ayat dah caca marba. Lantak pilah ayat tuh menyakitkan hati orang ke tak ke. Aku malas nak amik pusing. Hmm tengok! Muncul lagi perkataan malas tu kan.
Online waktu kerja? I mean waktu officially bekerja? Sekarang? Hmm pagi2 sampai office buka FB dulu. Dah check apa yang patut dalam 15 minit aku offline. Just layan Skype jelah sekarang. Tapi dengan sapa je aku skype. Tak lain tak bukan dengan officemate aku merangkap housemate aku iaitu @Cik Kema. Hmm simple dah mudah. Semata-mata untuk tanya hari nie balik kul berapa. Harharhar. Itu je.
Aku nak makeup pun dah malas sekarang nie. Nak iron baju keja pun malas. Tapi taklah sampai tak bergosok langsung baju tu. Maruah seorang wanita kena jaga okay! Pantang jumpa hari jumaat. T-shirt and Jeans jelah aku nie kan. Hari lain aku just pakai baju kurung yang mudah gosok and blouse yang tak payah gosok. Habis cerita.
Setiap hari aku pakai Lens, BB Cream, Compact powder and eyebrow liner. Lipstick? Hari rajin pun aku tak pakai. Hari malas? Memang bertapa dalam beg makeup aku jelah benda tuh. Eyeliner? Tak payah susah2 boleh? Nak semayang payah nak remove. Hahh! Malas. So kesimpulannya, tak payah pakai.
Aku tak tahulah kenapa. Faktor umur makin meningkat? So sebab tu ke orang makin malas nak berhias? Heishh tak juga. Ada je makcik2 yang dah berumur tapi vogue gila gaban dekat luar sana tu kan. So assumption tu tolak tepi jauh-jauh ye. Nie semua sebab cuaca. Sejuk je. Musim hujan musim banjir sana-sini kot. Sebab tu rasa malas je kan semua. Pun tak jugak kot. Sebab time panas badan berlengas, muka lekit-lekit peluh pun aku malas makeup. Eishh ntahlah. Malas nak fikir!
Okaylah. Sebelum aku sebut perkataan Malas lagi, better aku stop. Entry ntah apa-apa. Tahap orang nak baca pun malas. Aku sendiri pun jadi malas nak baca. Hokkay! Chow.
2 comments:
hmm,malasnyer.:-), sifat malas ni mmg dah lumrah manusia,tp boleh juga jadi dinding untuk mencapai kejayaan :-)
jgn jadi malas yang tak tau punca, tau-tau je dah malas,(nasib tak malas mandi,eheheh..)
kita serupa.. hari-hari malas aje.. kadang-kadang nak pergi kerja pun rasa malas.. macam nak duduk rumah tidur je...
Post a Comment