30 April 2012

Weekly Routine.

Hye readers! Hows your weekend? Pergi Bersih 3.0 ke? Duh please berfikir secara matang ye. Hmm mine? Yeah okay. Having fun with my bf and colleague. Thats all. Hehhe. Wanna know something? I cut my hair already. Aiyooo! T_T!


Really memang dekat separuh jugaklah aku potong. Sayangnya. Hmm tapi memang dah sampai masa kena potong juga. Kesian dekat beliau. Alhamdulillah setakat ini memang aku tak ada masalah dengan rambut aku. Setakat hujung dia kering aja kot. Kelemumur? Nope! Berbuah? Whats that? Hmm yepp memang agak keringlah rambut aku bila dah panjang. Before gunting rambut aku paras pinggang. And lepas gunting tinggal sekerat je. Betul2 bawah bahu. Itu pun nasib baik aku tahan orang tu. Kalau tidak memang togellah kan. Kalau fikir sayang, memang sampai tahun depanlah aku tak gunting rambut nie.


Macam biasalah weekend kalau tak pi jalan-jalan, memang tugas aku jadi surirumah bergaya. Membasuh baju, sidai baju, jemur bantal, basuh cadar, facial, body scrub dan sebagainya. Masak? Belum ada dalam senarai tetap lagi. Kalau aku rajin, aku masak. Kalau masak tapi makan sorang2 pun tak best kan? Hehhe kukuh tak alasan?


Hmm okay hari ini hari Isnin. Hari terakhir bulan April. Esok cuti. Malam nie aku dengan beberapa orang dari office aku saja nak hangout together. Main bowling. Karaoke segala bagai. Dan macamlah aku nie reti main bowling kan. Memang aku heret encik bf sekali pi sana. Wakil pasukan. Hahha boleh dak gitu? Aku bukan peminat tegar main bowling. Takat dok hadap dalam phone tu memang aku juara. Kekal no 1 sebab aku sorang je yang main pun. Memang pakat sampai ranking ke sepuluh pun nama aku je kan. Hehhe.


Bersih 3.0? Apa tu? Pointer? CGPA? Hmm korang pi ke? Pada aku tak ke macam membazir? Sebab rata-rata yang aku kenal yang pi sana tuh, dieorang satu habuk pun tak faham tujuan diadakan Bersih 3.0 tuh. Orang lompat, kau lompat. Orang jerit kau jerit. Tapi motifnya? Kalau setakat nak buat sampah sarap bersepah, harta benda hancur berkecai, kepala luka kena baling, mata pedih kena sembur ngan asap, better korang dok rumah jelah ye. Tak pun pi daftar nama kerja tukang kutip sampah kat DBKL nun. Baru tau seksa tak seksa dok mengutip sampah tu semua. Baru tahu cemana nak hargai hidup nie. Yang aku tak faham, siap bawak anak bini bagai. Kalaulah disebabkan korang berlari-lari serang sana serang sini dan kebetulan anak bini korang tercedera atau kalau bahasa kasarnya mati di tempat kejadian tu, menyesal tak korang? Agak-agaknyalah kan. Kau nak berpolitas bagai, pi jelah sorang-sorang. Tak payah dok heret budak kecil sama. Tak layak mengundi pun lagi kan.


Aku memang malas nak layan pasal benda nie semua. Sebab banyak lagi benda yang aku nak fikir, nak buat, nak kena siapkan semua. Tapi kalau dah sampai Timeline Facebook aku penuh dengan perkataan "BERSIH 3.0" dari atas sampai bawah, memang kadang-kadang aku hanginlah jugak kan. Rasa macam nak Unfriend je kan. Nak2 kalau orang tu pembangkang tegar. Gigil je tangan nie nak pi tekan Unfriend. Menyampah punya pasal. Hahha.


Esok cuti lagi! Hmm dan yang bestnya sampai saat aku nak publish post nie, gaji aku tak masuk-masuk lagi. Hampagas!

No comments: