02 October 2011

Almond London

Hmm raya hari tu aku tak sempat gila nak update belog kan. Haremm satu hape entry pun tak kuar dari belog ni tentang raya. Well hahha busy bisnes..


Actually aku bisnes jual almond london untuk raya. Untuk kawan-kawan and orang office ayah aku je. Tapi best jugalah. At first sebulan before puasa aku dah pass tester. 2-3 biji sorang bungkus dalam zip plastics. Apa yang aku belajar masa jual barang kuih nie adalah, korang kena pass sample kuih one month earlier before puasa coz time puasa korang memang dah tak sempat nak amik order dah. Plus musim raya nie memang ramai yang jual biskut raya. So korang kenalah berebut untuk dapatkan order yang banyak.


Aku baru nak berjinak-jinak buat Almond London nie. Baru nak try this year. And income dia quite good juga. Raya hari tu untung bersih aku adalah around RM500. Hmm itu dah tolak modal. Aku jual pun tak mahal. 50pcs untuk satu balang dijual pada harga RM25 sahaja. But untuk yang order 5 balang keatas aku bagi diskaun sikitlah. Hehhe.


Ada sorang member aku kat JB nie dia dah order banyak dah. Start dari before puasa until now, dia dah order almost 20 balang dengan aku. Thanx a lots to him! Hehhe.


Tips nak berjaya dalam bisnes ini adalah, korang kena bagi yang terbaik. Customer hanya bagi 1 peluang setiap seorang. Kalau benda yang dia makan itu sedap dan berbaloi, dia akan datang balik. Tapi kalau benda yang dia makan itu tak sedap dan tak memuaskan, dia akan lari. So peluang yang satu ini memang korang kena jaga betul-betul. Sebab sekarang dah banyak competition.


Lagi satu nak pesan. Bila buat sample, korang kena buat betul-betul. Jangan main asal boleh je. And kalau dah banyak order, korang kena buat yang rasanya sama dengan sample yang customer korang makan. Jangan bila dah kaya, korang lupa pada customer korang.


Resepi aku nie sama je kot dengan resepi korang agaknya. Cuma aku gunakan esen vanilla yang pekat and tambahkan emplex je. Esen vanila tu susah nak dapat. Warna dia memang beza dengan Star Brand Vanilla Essence. Star Brand punya warna hitam. But bila dah sekali mix terus hilang dia punya bau. Esen vanila yang aku pakai nie warna gold. Tapi memang pekat. If korang guna yang ini, memang sedap. Bila dah bakar pun tetap akan rasa vanilla dia. Bau dia memang sebiji macam Butter Cookies.


If nak try esen vanila nie, korang boleh beli dekat Dairy Master And Food di Larkin Perdana. Lokasi bersebelahan Butik Satinni Larkin Perdana. Korang boleh try yang botol kecil dulu then baru korang beli botol besar. Aku ada lagi 1 liter kat rumah. Tahan lama and sedap. Hehhe.


Okay guys. Aku nak kena out dulu. Petang kang nak buat Almond London lagi. For those yang berminat nak order dengan aku, korang boleh contact aku kat 0177490767 (Effie) Aku jual harga yang sama je. 50pcs 1 balang RM25.

2 comments:

ros said...

masa raya lepas,ada gak kak long buat almond london. tp tak tengok resepi main hentam aja..yg penting dlm ada almond sebiji dan kat luar ada coklat..buat2 makan aja..buat byk2 kat rumah di Perak,di BP ,suh budak2 salutkan coklat..bygkan anak2 sedara dr umu 8-11 thn tolong buatkan..mana yg tak puasa tu..satu utk awak,satu utk saya..hahah
nnti bagi resepi boleh??hahah

Cik Effie said...

Hmm resepi dia senang sangat. Nak ngan tak nak je buat sebenarnya sebab dia leceh sikit nak buat. Banyak kerja kena buat. Fi belajar pun dari makcik. Dulu dia selalu buat bawak balik kampung. Resepi dia muai sikit. Satu adunan leh dapat 400 biji. So dah untung kat situlah. Then cooking chocolate dia kena sedap. Fi pakai bittersweet choco. So dia tak manis sangatlah.