Assalamualaikum,
Hari ini niat di hati nak bagi tips serba sedikit untuk bakal-bakal pengantin diluar sana. Terutama sekali bagi bakal pengantin perempuan. Haaa nak tahu kenapa tips ini ditujukan khas buat anda? Jom scroll bawah.
Checklist
Hai! Inilah benda yang paling penting sekali. Nak rancang sesuatu majlis, kita wajib ada checklist sendiri. Tak kisahlah samada checklist untuk Majlis Sambutan Hari Jadi atau majlis yang lagi besar seperti Majlis Perkahwinan. Mesti korang tak nak tengok keadaan yang kelam kabut huru hara itu tak cukup, ini tak cukup masa korang bersanding nanti kan? Checklist ini banyak jenisnya. Ada yang buat checklist 6 bulan sebelum, 2 minggu sebelum dan ada juga yang senaraikan semua yang harus dibeli/dibuat oleh pihak lelaki/pihak perempuan mengikut majlis iaitu Malam Berinai, Pernikahan, Sanding dan Bertandang. Terpulang mengikut kesenangan dan kefahaman korang. Yang penting setiap perkara harus diletakkan ke dalam checklist masing-masing.
Survey Harga
Perbandingan harga antara kedai-kedai atau butik-butik itu memang wajib dilakukan. Bukan apa. Kadang-kadang bila kita fikir oh butik ni kawan kita punya. So mestilah dia akan bagi kita harga murah gila dari butik lain. Woaahhh jangan fikir begitu. Manalah tahu sebelum ini tanpa korang sedar korang pernah terkecilkan hati dia ke apa, masa inilah dia balas dendam ke kan? Who knows! SO eventhough butik itu milik rakan baik korang, korang tetap kena survey harga dengan butik-butik lain dulu. Manalah tahu baju dekat butik lain lagi lawa ke atau pakejnya lagi murah ke kan? Siapa tahu..!
Pengagihan Tugas
Ini penting. Jangan semua benda kita seorang nak handle. Mana nak fikir tentang baju lagi, mana nak fikir tentang duit hantaran lagi kan. Jadi, bila korang dah agihkan tugas pada ahli keluarga korang, korang boleh rasa lega. Taklah masa dekat atas pelamin nanti muka korang stressed dan penat. Tak naik serinya nanti. Tips tambahan di sini, jangan terlampau berharap yang mereka akan sponsor untuk majlis korang. Hulur-hulurlah duit untuk mereka dan tetapkan tema yang korang nak. Jangan terlampau lembut hati nak ikut sahaja kata mereka. Contohnya kalau korang minta Ibu Saudara korang handle bahagian door gift dan budget korang untuk door gift hanya RM1000. So samada korang belikan barang-barang untuk door gift itu kepada ibu saudara korang dan minta bantuan dia untuk packing barang tersebut atau kalau korang percayakan dia untuk beli barang2 door gift itu.
Manjakan Diri
Bagi mereka yang berkemampuan, boleh pergi ke spa untuk sesi urutan dan kecantikan. Tapi bagi mereka yang budget ciput, korang jangan berkecil hati. Sebab masih ada cara lain untuk kelihatan cantik di hari perkahwinan korang cuma kena ada effort yang lebih. Aku suggestkan korang beli Lulur Bunga Tanjung dan Scrub Badan dekat kedai Jamu biasa ada benda-benda nie. Minta bantuan adik korang atau kawan-kawan korang untuk lulur badan korang di rumah. Dah boleh jimat banyak dekat sini. Lakukan seminggu 2 kali. Buang daki-daki belakang badan korang tu. Segala jenis warna hitam yang bertompok dekat badan korang tu pun boleh hilang sekali. Rajin-rajinkanlah diri untuk buat facial treatment sendiri di rumah. Klik SINI untuk ikut cara aku.
No comments:
Post a Comment