Assalamualaikum,
Diam tak diam tinggal lagi 60 hari lagi. Fuh fuh fuhhh..! Nafas turun naik. Lega tak lega jugalah. Semalam kiteorang pergi Subang Parade. Tujuan asal adalah untuk mencari cincin risik sahaja plus tengok wayang cerita Ironman 3. Best oh! Fikirkan budget untuk beli 2 cincin macam tak cukup, so memang ingat nak beli Cincin Risik je dulu. Tapi Alhamdulillah harga emas tengah murah sekarang nie. RM144 per gram. SO kiteorang decide terus beli 2 bentuk cincin sekali gus.
Untuk cincin risik, kiteorang pilih cincin belah rotan yang sangat simple dekat Poh Kong. Harga setelah ditolak diskaun semua RM250.00. Worth it sangat. Tapi dekat Poh Kong tak ada cincin batu yang aku berkenan. Kalau ada pun harga cecah RM900. Itupun design ala kadar. Jadi dekat Poh Kong aku cuma beli cincin belah rotan sahaja.
After that kiteorang berarak ke Tomei pulak. Belek punya belek, mujurlah aku bawa si Najwa. Mata dia lagi tajam dalam bab pilih memilih nie. Aku dapat juga cincin yang aku nak. Berbatu satu dan design dia sangat menarik. It cost me at first RM659. After discount it comes to RM600 only. Tapi aku kena kecilkan sedikit saiznya. dari saiz 14 ke saiz 11. It tooks only less than 1 hour to settled. Than Qhalisya nak kiteorang belikan Earrings for her. Nak earrings love katanya. Nasib baik jumpa jugak. Just a small cute little tiny love shape for her. It cost RM160. So total up to RM760. Than I asked the SA to give us another RM10.00 discount. So total figure is only RM750 for both.
Kesimpulannya aku dapat 2 bentuk cincin dengan harga cuma RM840.00 sahaja dari Poh Kong dan Tomei! Alhamdulillah sekali lagi. Dapat jimat duit lagi!!
No comments:
Post a Comment