23 April 2013

Diet story

Assalamualaikum,

For this past few months, selera makan aku semakin bertambah-tambah. Badan pun naik mendadak. Sampai semua orang tegur aku dah gemuk. Okay! Sentap. Tapi nak buat macamana. Itulah hakikatnya. Bulan December tahun lepas aku timbang still 54kg. By the time aku demam teruk hari tu turun 2kg. But now, guess what!?! 60kg without failed! Cilakak sungguhlah.So dalam tempoh dua bulan ini aku kena diet bersungguh-sungguh. Huhuhu T.T

Serious wehh berat aku memang macam itu sekarang. Misi utama aku adalah katakan tidak pada nasi. Tapi kan, bila jadi rakyat Malaysia ini, sungguhlah susah nak elak makan nasi. At first aku try tak makan nasi masa makan tengahari. Ayam pun dah tak ada masa lunch aku. Aku kena ambil ikan dengan sayur. First day, masih boleh bertahan. So up till now dah dekat nak dua minggu aku tak makan nasi dan ayam masa lunch. Alhamdulillah.

Actually aku pun dah tak makan nasi lemak untuk breakfast lagi dah. Huhhu. Kadang-kadang beli mee goreng. Tak pun just makan kuih. Faktor tak sempat nak habiskan breakfast pun membantu juga. Hehhe. Dinner aku susah nak kurang makan. Tambahan pula masa makan malam biasanya akan masak sendiri atau makan dekat kedai. Faham-faham jelah kan kalau kita dah makan dekat kedai tu, biasanya kita akan jadi rambang mata bila tengok menu yang bergambar ni. T.T

Sebenarnya aku dah lama tak pergi gym untuk workout. Mana sempat. Dengan kerja lagi. Sabtu dan Ahad jelah masa untuk aku mengemas rumah, nak survey barang-barang semua. Masalah paling besar, gym yang biasa aku pergi tu dekat Seksyen 7. Dan dia hanya buka hari Isnin sampai hari Sabtu. Hari Sabtu pula setengah hari. Heishhh sengal. Patutnya bukalah setiap hari kan. At least Ahad tu aku ada juga masa nak pergi gym ke hape.

Now berat aku baru turun 1kg. Hopefully by end of June, aku akan dapat capai berat yang aku nak. Uhukkk!

No comments: