23 April 2013

PRU13


Assalamualaikum.

Jujur aku cakap, ini kali pertama aku mengundi. Itu pun nasib baik aku sempat daftar undi masa Youth Fair tahun 2011 hari itu. Serius. Aku memang tak minat politik. Aku bukan jenis kaki politik ke sana ke mari membincangkan tentang hal-hal politik. Itu tak betul, ini tak benar. Solat dia tak dapat pahala, masuk parti ini dapat pahala semua. That's so not me.

Tapi tapi tapiii, itu bukanlah bermakna yang aku ini buta politik 100%. Cuma aku bukanlah jenis yang tetap seikhlas hati dunia dan akhirat akan menyokong satu parti sahaja. Woah that's so not me buat kali kedua!

Yang betul, aku sokong. Yang salah aku tak nak campur. Yang bercakap besar tapi hasil tak ada pun tak guna  Yang kaki kelentong lagilah tak guna. Yang dipersalahkan walaupun dia betul pun kesian juga.

Tapi apa-apa pun, aku bukanlah penyokong tegar satu-satu parti politik itu. Biarlah apa yang aku sokong itu kerana beliau layak untuk disokong atau pun beliau sememangnya layak untuk digelar sebagai Wakil Rakyat. Wakil untuk suara-suara rakyat. Itu yang aku mahu dan aku tahu, itu juga yang anda mahu.

Psssst: Biar apa pun warna kulitnya, biar dari mana pun asal usulnya, biar sekaya mana atau semiskin mana orang itu, semuanya sama di sisi Allah. Kita cuma manusia biasa. Kita cuma hidup untuk sementara sahaja di bumi kepunyaan Allah SWT. 

No comments: