22 January 2013

Alhamdulillah

Ya Allah,
Today I Woke Up
I am HEALTHY
I am ALIVE
Alhamdulillah
All Praise Belongs to Allah

Picture from Google


Assalamualaikum.

Riak? Takbur? Membangga diri? Baik di depan, Perosak di belakang? Buruk di luar, Cantik di dalam? Manusia ada pelbagai ragam dan kerenah. Orang yang kita lihat sebagai sopan santun di luarannya tidak semestinya hati beliau juga begitu. Mungkin beliau sopan santun. Baik dan cantik. Tetapi mungkin dalaman beliau ada sifat dengki dan iri. Mungkin juga akan timbul perasaan bangga dan riak kerana beliau cantik. Tiada siapa yang tahu.

Manusia yang hatinya luhur, jernih dan tiada syak wasangka jarang kita temui. Jika ada pun mungkin hanya segelintir dari kita.

Kita akan menghargai sesuatu itu setelah kita kehilangannya. Sama seperti manusia. Kita akan menghargai mereka setelah kita kehilangan mereka. Pada waktu itu, barulah kita sedar bahawa permata yang kita kejar ada di depan mata. Di saat itu, segalanya tidak dapat diputar kembali.

Andainya masa boleh diputar, tentu tiada siapa yang akan melakukan kesilapan. Andai adanya kesilapan, tentu mereka bisa memadamkan kembali kesilapan tersebut.

Wang digenggaman tidak menjanjikan seribu kemanisan dalam hidup anda. Perasaan takut, perasaan iri tetap akan menutup erti kesyukuran dengan apa yang ada. Benarlah kata orang. Semakin banyak harta seseorang itu, perasaan tidak pernah cukup pasti ada.

Sikap sesetengah manusia yang pentingkan diri selalunya akan menyusahkan orang lain. Alangkah eloknya jikalau kita dapat hidup bersatu padu, aman dan damai tanpa sebarang sengketa yang menimpa sesama kita. Saling tolong menolong dan saling hormat menghormati. Bukankah bahagia hidup kita? Akan tetapi, jika sesuatu ayat itu terdapat perkataan 'jikalau' dan 'kalau', kemungkinan untuk perkara itu tidak berlaku tetap akan ada.

Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.Bersyukur dengan apa yang kita sudah dapat. Dan bersyukurlah kerana diberikan peluang oleh Allah SWT kerna hari ini anda masih lagi bernyawa. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan lagi. Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah.

20 January 2013

New Project for 2013

Assalamualaikum

Just a short update.
Will start a new project with my sister and our lovely friends.
InsyaAllah if everything goes well, we will meet again after Chinese New Year.
Stay connected.

Ciao!

14 January 2013

Catalyst Products


Virgin Coconut Oil and Collagen from Catalyst.
Virgin Coconut Oil = RM39.90
Collagen = RM59.90

After more than a week trial, now I'm using less make up. Seriously.
Just sapu toner, day cream and compact powder.
Muka jadi kurang berminyak and cerah.
Baru seminggu try. Belum cecah sebulan lagi.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh email me at Afifah Anwar earlier okay!

12 January 2013

Bersediakah aku?



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, umurku masih panjang. Masih bisa bernafas dengan tenang. Walaupun kadangkala dalam hati ini berkecamuk segala rasa. Marah. Sedih. Suka dan duka segalanya bercampur baur. Tapi Alhamdulillah sekali lagi. Aku masih diberi peluang untuk menempuh segala ranjau dan onak yang berliku di muka bumimu Ya Allah.

2013? Mungkin itu tahun terakhir untuk kita? Siapa tahu. Ajal maut segalanya ditangan Tuhan bukan? Persoalannya. Bersediakah kita untuk menghadapi segala kemungkinan itu? Bersediakah kita untuk menghadap Ilahi? Bersediakah kita untuk mengharungi segala rintangan yang kita tidak tahu bila ia akan berlaku?

11 January 2013

Unofficial Driving Class

Hello there.

Semangat tak bunyi? Hahha. Actually just nak buat short update. Starting from last weekend, every Sunday I'll attend an unofficial driving class at Section 13 Shah Alam near the car park area. Why I named it as an unofficial class? Because I've an unofficial driving instructor. Guess what. Of courselah si Wan tu yang ajar aku. Bhahahaha.

Okay2 I admit. I'm 27 y/o and yet I still don't have a driving license. But hey! Who cares?

Note to self

Note to self: Stop expecting.

10 January 2013

Solat Tahajjud


SOLAT TAHAJJUD
  • Sebanyak-banyak Tahajjud 8 rakaat.
  • Sekurang-kurang Tahajjud 2 rakaat.
  • Waktunya setelah tidur bangun di tengah malam.
  • Terlebih afdhal di waktu sunyi 1/3 malam. 

Lafaz niat: 

“Sahaja Aku solat sunat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala.” 

Rakaat pertama:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-Kafirun (10 Kali)

“Katakanlah: Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukku agama kamu dan untukkulah agamaku.”
Rakaat kedua:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas (10 Kali)

“Katakanlah: Dia Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”