Ya Allah,
Today I Woke Up
I am HEALTHY
I am ALIVE
Alhamdulillah
All Praise Belongs to Allah
Picture from Google
Riak? Takbur? Membangga diri? Baik di depan, Perosak di belakang? Buruk di luar, Cantik di dalam? Manusia ada pelbagai ragam dan kerenah. Orang yang kita lihat sebagai sopan santun di luarannya tidak semestinya hati beliau juga begitu. Mungkin beliau sopan santun. Baik dan cantik. Tetapi mungkin dalaman beliau ada sifat dengki dan iri. Mungkin juga akan timbul perasaan bangga dan riak kerana beliau cantik. Tiada siapa yang tahu.
Manusia yang hatinya luhur, jernih dan tiada syak wasangka jarang kita temui. Jika ada pun mungkin hanya segelintir dari kita.
Kita akan menghargai sesuatu itu setelah kita kehilangannya. Sama seperti manusia. Kita akan menghargai mereka setelah kita kehilangan mereka. Pada waktu itu, barulah kita sedar bahawa permata yang kita kejar ada di depan mata. Di saat itu, segalanya tidak dapat diputar kembali.
Andainya masa boleh diputar, tentu tiada siapa yang akan melakukan kesilapan. Andai adanya kesilapan, tentu mereka bisa memadamkan kembali kesilapan tersebut.
Wang digenggaman tidak menjanjikan seribu kemanisan dalam hidup anda. Perasaan takut, perasaan iri tetap akan menutup erti kesyukuran dengan apa yang ada. Benarlah kata orang. Semakin banyak harta seseorang itu, perasaan tidak pernah cukup pasti ada.
Sikap sesetengah manusia yang pentingkan diri selalunya akan menyusahkan orang lain. Alangkah eloknya jikalau kita dapat hidup bersatu padu, aman dan damai tanpa sebarang sengketa yang menimpa sesama kita. Saling tolong menolong dan saling hormat menghormati. Bukankah bahagia hidup kita? Akan tetapi, jika sesuatu ayat itu terdapat perkataan 'jikalau' dan 'kalau', kemungkinan untuk perkara itu tidak berlaku tetap akan ada.
Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.Bersyukur dengan apa yang kita sudah dapat. Dan bersyukurlah kerana diberikan peluang oleh Allah SWT kerna hari ini anda masih lagi bernyawa. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan lagi. Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah.
No comments:
Post a Comment