30 July 2012

Separated

Trying to forget someone you loved is like
Trying to remember someone you never knew.
Its HARD and its HURT

26 July 2012

Quick Update

Tangan dah hitam sebab sunburn masa pergi Penang and Kulim last few weeks. Hurmm serius weh tak tipu. kalau pakai jam nampak cantiklah tangan tu sama rata je hitam dia. Cuba buka jam! Hampeh. Malu tetiba. Hahha. Segala bagai Whitening Lotion aku beli semata-mata nak mengembalikan warna asal itu. Tetap tak menjadik!

Current mood. I'm happy with myself. I'm using every single minutes that I have just for myself. Tak ada banyak benda nak cerita lagi. Nak pergi Solat Asar and kemas barang and tepat pukul 5 dah boleh balik rumah. Nak makan apa ye.........?

24 July 2012

Ramadhan Al-mubarak

Am I late? Okkay sorry guys. Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. 
Stop Smoking. Stop Gossiping. Gain as much of 'pahala' as you can. 

Truly, Madly, Deeply


Love is in the air.

19 July 2012

Waktu berlalu

Assalamualaikum.

Waktu berlalu dengan pantas. Serius. Tiba-tiba dah nak masuk bulan puasa kan. Hurm me? Yeah I'm still here. Standing in out corner. Holding my hands close to my heart. Feel lonely. Feel terrible. Just want to get rid from everyone. But luckily there's people who always concerned bout me. Standing right there. The other side of corner. Staring at me. With a smile on his face. Okay. Cut the crap.

Dah submit my OT form to HR just now. Alhamdulillah. Bulan nie ada rezeki lebih. Hey. My birthday is just around the corner. So I plan nak balik JB. Celebrate dekat sana. Di bulan Ramadhan pulak tu. So sorry to anyone yang dah book me for dinner or anything. To be fair, I balik JB je terus. Dengan family lagi best. Hahha.

Rumah baru. Suasana baru. Sejuk dan damai di rumah baru. Tak ada orang nak kacau. Tak ada orang nak sibuk-sibuk. Aman sikit. So far, environment dia tersangat-sangat okay. In love...

Awal bulan hari tu, my office ada buat company trip. To Kulim and Penang. But I don't want to share it here. Actually malas nak recalled cerita lama balik. Huhhu. But yeah. I'm having fun with all my colleagues especially to all my group members. Seronok bila keluar dengan kawan-kawan office tapi tak fikir pasal office langsung. Hehhe.

Hmm. I tak ada apa nak story dah and I don't know why. Lately macam dah tak jenguk sangat blog ini. Kesian dia. Busy sangat ke aku? Hmm...........

11 July 2012

Silent

 
A meaningful silence is always better than meaningless words.

04 July 2012

Serabut

This past few weeks memang sangat busy. Update post pun cikai-cikai punya post. Entah apa-apa je kan. Its okay. I'm eagerly waiting for this coming Friday. Will pay for everything yang menyeksa diri disana nanti. InshaAllah.

Alhamdulillah. Nuffnang bagi rezeki lebih bulan ini. Every weeks I'll got more than RM5.00. Syukur Ya Allah. Churp Churp juga memainkan peranan penting bagi aku yang minat berblogging ini. Tempahan Almond London juga semakin ramai. Alhamdulillah atas semua rezeki ini. Sekurang-kurang segala penat lelah aku memerah otak untuk kekal update entry di blog ini berbayar juga.

Table aku dekat office memang ikut mood tuan dia. Makin serabut tuan dia, makin berselerak jugalah meja dia. Tak boleh nak kata apalah bila cari barang semuanya tak jumpa. Hihhi.

Okaylah. Nak kena kemas meja. Malam nie nak jumpa member and nak kemas rumah. Barang2 untuk kuih raya nak kena simpan nak kena susun and nak kena pasang rak untuk letak barang. Hmm malam esok nak kena kemas baju untuk pi holiday 2D3N pulak. Okay. Letih. Bye!

Even atas and bawah meja aku penuh barang tapi tak lah se-messy nie kan. Hmm.

03 July 2012

Pakcik Ramli

Bangun lambat lagi hari ini. Pukul 7 baru sedar. Actually dah bangun pukul 5.45 then after solat tidur balik. Hmm itulah padahnya. Ibu cakap tak nak dengar. Lepas subuh tak elok tidur balik. Buat jugak kan! Kelam kabut gila mandi and iron baju semua. Make up pun tak. Takat pakai sunblock, mosturizer, compact powder and eyeliner je. Berlari capai kasut semua and pergi tunggu train. Aduhai. Nasib baik dari semalam dah niat nak pakai sandal je hari nie. Sebab memang aku tinggalkan high heel aku kat office. Hehhe.

Ya Allah. Dalam train punya sesak. Tak pernah lagi takat nie aku naik train sesesak itu. Serius kalau ikan sardin tengok pun dia akan kecil hati sebab dia pun tak sepadat itu. Dekat tiang memang penuh tangan. Entah siapa punya tangan pun aku tak dapat detect. Tengok penuh-penuh macam itu memang aku naik Ladies Coach. Gila kau nak naik coach campur? Memang tak ah kan.

Sampai Batu Tiga, yang keluar sorang tapi yang masuk dekat 20 orang. Hamboih. Sampai Stesen Subang memang main celah je orang2 dekat situ. Huhhu. Penuh gila yang amat.

Hey! Apa kaitan cerita naik train dengan Pakcik Ramli nie? Adakah Pakcik Ramli itu pemandu train atau Pakcik Ramli itu kawan saya atau adakah Pakcik Ramli itu penumpang tetap train dari KTM Shah Alam ke KTM Subang sampaikan aku boleh kenal beliau? Hmm.

Hahha okay stop it. Actually from KTM tadi aku naik cab sampai office. Tiba2 dekat dalam cab aku teringatkan Pakcik Ramli. Hmm dah mula lah kan perkaitan antara Pakcik Ramli dengan entry aku nie. Actually masa aku study dekat Uitm Arau dulu, apa yang aku nampak adalah teksi-teksi dekat sana dia punya teksi bukannya berwarna merah macam dekat area2 bandar nie. Teksi dieorang warna-warni. Ada kaler biru tua, biru muda, merah, kuning, kelabu and macam-macam lagi ikut pada warna asal kereta tersebut. And dekat sana, tak ada sistem operator teksi. Maksudnya if korang nak call for cab, korang kena terus call direct number driver tersebut.

Hentian Teksi Kangar - Sumber dari Google

Aku tak ingat aku sem berapa masa tu. Aku kenal Pakcik Ramli nie sebab kiteorang call dia and nak pergi Padang Besar. Itu kira kali pertama aku bertentang mata dengan beliau. And mula dari situ, tiap kali aku and kawan2 aku nak pergi mana-mana, memang aku akan call Pakcik Ramli. Bukan sebab nombor dia je yang aku ada tapi sebab cara dia layan penumpang dia. Bab bersembang itu macam kiteorang dah kenal 10 tahun. Lepas itu teksi dia selesa. Bersih dan tak berbau. Ada sesetengah pemandu teksi, kadang-kadang dia tak jaga penumpang dia. Teksi berbau, lantai teksi penuh dengan botol air besar untuk stok sebulan and kadang-kadang lagu pula dipasang kuat macam dalam teksi itu hanya ada beliau sahaja kan.

Harga yang Pakcik Ramli kenakan pada kami kebanyakannya adalah jauh lebih murah dari teksi-teksi lain. Hmm banyak dah point dia kan. Selesa, Bersih, Tidak berbau dan Tambang Murah. Kalau kau call dia datang ambil pun dia tak caj lebih punya. And jalan yang dia lalu kebanyakannya jalan-jalan pintas. Some people suka ikut jalan jauh sebab nak duit lebih.

Lagi satu, Pakcik Ramli nie memang tepat janji. Katalah kalau masa itu aku nak pergi Padang Besar. And dia akan tanya, balik nanti macamana? Kalau kami cakap balik nanti nak dia ambil pada waktu yang kami semua dah tetapkan, tepat pada waktunya, memang dia akan terpacak dekat situ and yang best, tak ada caj tambahan.

Dah lama aku tinggalkan dunia menjadi seorang pelajar di perantauan nie. Tapi sampai sekarang nombor dia ada lagi dalam contact list aku. Hope dia akan pakai nombor yang samalah kan. Hmm okaylah. Tutup kisah Pakcik Ramli. Semoga beliau masih sihat sejahtera. Till meet again. Bye!

02 July 2012

Too tired


I'm too tired to think. Didn't get enough sleep. Forcing myself to get it done within a week. I need someone who can understand me. Please be good to me. I want you to let me sleep as long as I can, eat as full as I can and breathe as much as I can. 

Rest and sleep. That's what I want to do right now. 

P/s: Dear boss, can you give me a leave for tomorrow? I don't want to do any work tomorrow. Can I?.Can I?