Ya Allah. Dalam train punya sesak. Tak pernah lagi takat nie aku naik train sesesak itu. Serius kalau ikan sardin tengok pun dia akan kecil hati sebab dia pun tak sepadat itu. Dekat tiang memang penuh tangan. Entah siapa punya tangan pun aku tak dapat detect. Tengok penuh-penuh macam itu memang aku naik Ladies Coach. Gila kau nak naik coach campur? Memang tak ah kan.
Sampai Batu Tiga, yang keluar sorang tapi yang masuk dekat 20 orang. Hamboih. Sampai Stesen Subang memang main celah je orang2 dekat situ. Huhhu. Penuh gila yang amat.
Hey! Apa kaitan cerita naik train dengan Pakcik Ramli nie? Adakah Pakcik Ramli itu pemandu train atau Pakcik Ramli itu kawan saya atau adakah Pakcik Ramli itu penumpang tetap train dari KTM Shah Alam ke KTM Subang sampaikan aku boleh kenal beliau? Hmm.
Hahha okay stop it. Actually from KTM tadi aku naik cab sampai office. Tiba2 dekat dalam cab aku teringatkan Pakcik Ramli. Hmm dah mula lah kan perkaitan antara Pakcik Ramli dengan entry aku nie. Actually masa aku study dekat Uitm Arau dulu, apa yang aku nampak adalah teksi-teksi dekat sana dia punya teksi bukannya berwarna merah macam dekat area2 bandar nie. Teksi dieorang warna-warni. Ada kaler biru tua, biru muda, merah, kuning, kelabu and macam-macam lagi ikut pada warna asal kereta tersebut. And dekat sana, tak ada sistem operator teksi. Maksudnya if korang nak call for cab, korang kena terus call direct number driver tersebut.
Hentian Teksi Kangar - Sumber dari Google
Aku tak ingat aku sem berapa masa tu. Aku kenal Pakcik Ramli nie sebab kiteorang call dia and nak pergi Padang Besar. Itu kira kali pertama aku bertentang mata dengan beliau. And mula dari situ, tiap kali aku and kawan2 aku nak pergi mana-mana, memang aku akan call Pakcik Ramli. Bukan sebab nombor dia je yang aku ada tapi sebab cara dia layan penumpang dia. Bab bersembang itu macam kiteorang dah kenal 10 tahun. Lepas itu teksi dia selesa. Bersih dan tak berbau. Ada sesetengah pemandu teksi, kadang-kadang dia tak jaga penumpang dia. Teksi berbau, lantai teksi penuh dengan botol air besar untuk stok sebulan and kadang-kadang lagu pula dipasang kuat macam dalam teksi itu hanya ada beliau sahaja kan.
Harga yang Pakcik Ramli kenakan pada kami kebanyakannya adalah jauh lebih murah dari teksi-teksi lain. Hmm banyak dah point dia kan. Selesa, Bersih, Tidak berbau dan Tambang Murah. Kalau kau call dia datang ambil pun dia tak caj lebih punya. And jalan yang dia lalu kebanyakannya jalan-jalan pintas. Some people suka ikut jalan jauh sebab nak duit lebih.
Lagi satu, Pakcik Ramli nie memang tepat janji. Katalah kalau masa itu aku nak pergi Padang Besar. And dia akan tanya, balik nanti macamana? Kalau kami cakap balik nanti nak dia ambil pada waktu yang kami semua dah tetapkan, tepat pada waktunya, memang dia akan terpacak dekat situ and yang best, tak ada caj tambahan.
Dah lama aku tinggalkan dunia menjadi seorang pelajar di perantauan nie. Tapi sampai sekarang nombor dia ada lagi dalam contact list aku. Hope dia akan pakai nombor yang samalah kan. Hmm okaylah. Tutup kisah Pakcik Ramli. Semoga beliau masih sihat sejahtera. Till meet again. Bye!
1 comment:
Ramli?hahha..kak long pun ada kenal dgn orang nama Ramli ni..tp dia tak pakcik..dia abang ramli..hahha
Post a Comment