17 November 2011

Perubahan untuk kebaikan

Assalamualaikum.
Hurmm hari ini dah berapa entry aku update ye? Hahha semangat ke? Bukan semangat mana pun. Sebab dah tak ada benda yang nak dibuat dirumah. Almaklumlah. Aku kan belum mula bekerja lagi. Hahha itulah sebab utamanya. Actually aku bukan suka tak bekerja. Bosan okey bila hari-hari kena menghadap mukabuku, blog, twitter dan ym ini. Penat sebab dah tak tahu nak buat apa dah. Teruk kan?

Actually aku cuma nak cakap, since aku duduk rumah sewa, erti tanggungjawab dah semakin berat. Duit haruslah jangan boros. Adab sesama housemate haruslah dijaga. Setakat ini belum ada masalah yang besar untuk itu. Aku masih mampu untuk menanganinya. Chewahh ayat!

Solat? Itu yang paling utama. Setakat ini aku belum tinggal solat subuh lagi okey. Alhamdulillah. Bukanlah bermaksud yang selama ini dirumah aku selalu tinggal solat subuh. Tak selalu tapi adalah juga kan. Aku bukannya baik sangat. Well fyi, aku suka tinggal bersama dengan mereka yang tak tinggal solat. Walau seksi mana pun kita, walau penat mana pun kita, solat haruslah dijaga dengan baik.

Aku sebenarnya tak berapa suka mengemas time orang ada dekat rumah. Bukan malas. Tapi aku tak suka orang tengok aku rajin. Hahha. Kau tengoklah bilik aku time orang ramai. Sure bersepah. Tapi by the time orang semua dah pergi kerja and kelas, time itulah aku mengemas. Eventhough masa dekat rumah pun macam itu. Siang hari memang aku bantai tengok tv. Tapi malam-malam time pukul 1 ke atas memang akulah orang yang akan kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, masak air apa semua. Hobi aku memang masak air. Hahha. Dekat rumah JB ada berapa banyak jug air. Malam-malam sure aku penuhkan. Air termos pun ditukar dengan air panas baru. Serius tak tipu okay.


Setiap perubahan perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tenang. Tanpa sebarang paksaan kerna setiap perbuatan yang dilakukan itu harus diketahui sebab musababnya mengapa kita perlu berubah.

No comments: