18 November 2011

Definasi batuk, punca dan rawatan tradisional dan moden.

 

Assalamualaikum kawan-kawan. Hurm sesiapa yang add aku kat Facebook sure memang tahu aku tengah mengalami masalah batuk melampau. Hahha serius okay. Tanyalah Encik Yusenze betapa seriusnya saya batuk setiap kali keluar dengan dia. Dia pun dah naik risau tengok saya batuk teruk sangat. So dengan terjadinya kejadian diatas, saya nak tahu kenapa saya batuk. Punca-punca terjadinya batuk. Simptom-simptom awal batuk dan cara untuk mengubati penyakit batuk.

Maksud batuk. Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru. -Sumber dari Wikipedia-

If in english, A cough is a sudden and often repetitively occurring reflex which helps to clear the large breathing passages from secretions, irritants, foreign particles and microbes. The cough reflex consists of three phases: an inhalation, a forced exhalation against a closed glottis, and a violent release of air from the lungs following opening of the glottis, usually accompanied by a distinctive sound.[1] Coughing can happen voluntarily as well as involuntarily.
-Source of Wikipedia-

Punca-punca:

  1. Demam selesema
  2. Alergi
  3. Merokok
  4. Penyakit Asma/lelah
  5. Jangkitan Saluran Pernafasan
  6. Penyakit paru-paru
  7. Kelemahan jantung
  8. Gemuruh
  9. Asid perut bocor ke dalam kerongkong


Penyakit batuk boleh terbahagi kepada dua iaitu batuk kering dan batuk basah. Kebiasaanya batuk kering tidak mengeluarkan kahak. Ianya boleh menyebabkan tekak anda menjadi gatal. Bagi batuk basah pula, ianya akan mengeluarkan kahak dan menyebabkan anda merasa sesak dan tidak dapat bernafas dengan baik. Warna dan bau kahak dapat membantu doktor atau ahli farmasi untuk mengenalpasti jenis ubat yang sesuai untuk rawatan anda.

Jenis rawatan untuk batuk:
Rawatan Tradisional:-



  • Ambil seulas bawang putih dengan kulitnya dan cucuk dengan garfu. Bakar bawang putih itu diatas api selama 2 minit. Kemudian kupas kulit dan basuh sedikit sebelum dimakan. Bawang putih berfungsi sebagai sumber antibodi semulajadi dan mempunyai khasiat antioksidan yang bagus. Ia membantu meningkatkan kekuatan tubuh badan kita untuk menghalang penyakit berulang dan boleh dijadikan sebagai makanan untuk awet muda.
  • Rendam sedikit kerak nasi dan minum airnya apabila kerak nasi itu telah kembang. Amalkan setiap pagi.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk dapatkan airnya. Campurkan dengan sedikit gula dan embunkan satu malam. Minum setiap 2 kali seminggu.
  • Campurkan dua sudu makan madu lebah asli dan campurkan dengan air perahan limau nipis dan minum 3 kali sehari.
  • Ambil sebiji limau Sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.


Rawatan Moden:-


Jenis-jenis ubat yang mengandungi Dextromethorphan, Hydrocodone, Codeine, Ephedrine. 
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak

Ubat yang paling famous untuk student UiTM
Wood's Peppermint Cough Syrup


Breacol for adults and kids



P/S: Until today dah dekat 2 minggu aku batuk tak sudah-sudah lagi. Hmm dada sakit. Perut sakit. Bernafas tak selesa. Sekarang dah cari info berlambak macam ini sure akan aku adaptasikannya. Hehhe. Sumber diambil dari Wikipedia, Google.com dan Petua Tradisional oleh Pemudi. Hope korang dapat sedikit info dari apa yang aku dapat ini.

No comments: