17 November 2011

Bicara dari hati ke jiwa



Hati berbisik. Masihkah aku punya waktu untuk berbicara tentang cinta? Apakah aku akan berhasil untuk mengenal erti cinta sejati sebelum mataku tertutup? Setelah kau pergi meninggalkan diriku, apakah aku masih berpeluang untuk merasai nikmatnya cinta?

Itu mungkin kata-kataku diwaktu dahulu. Disaat kau tinggalkan aku terkontang-kanting meratapi kesedihan seorang diri. Disaat kau berbahagia dengan wanita yang kau puja padahal baru seminggu berkenalan. Alasan kau? Aku tidak memenuhi citarasamu. Mungkin. Atau kau juga tidak layak untukku?

Akan tetapi, dikala keheningan petang yang damai ini, hatiku berbicara sendiri. Alangkah indahnya hidupku. Betapa akulah wanita yang paling beruntung kerana dapat melepaskan diri dari genggamanmu. Kerna disaat ini aku bahagia dengan si dia.

Si dia yang begitu memahami diriku. Si dia yang sentiasa ada disaat aku memerlukan pertolongan. Si dia yang sedia menghulurkan bantuan emosi denganku. Aku bahagia dengan cintamu. Aku gembira dengan kehadiranmu. Sesungguhnya, aku bertuah dipertemukan denganmu. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang berharga seperti ini.

"Ya Allah, aku bersyukur diatas nikmat cinta yang Kau berikan pada kami. Aku mohon agar perhubungan ini dapat kekal sehingga ke akhir hayat kami. Amin"

2 comments:

yusenze said...

Cinta perlu pengorbanan yang tidak melampaui batas2 kemanusiaan. Secara dasarnya bercinta dengan hati yang ikhlas dan jiwa yang tulus bakal memberi lebih kepuasan dan kenikmatan. Cinta bukan untuk memaksa atau dipaksa. Bersabar dengan kelebihan dan kekurang masing2 adalah kunci untuk terus kekal dan mengeratkan lagi hubngan cinta itu.

Cik Effie said...

Thanx syg