Assalamualaikum.
Hehhe title? Its true okay. Apa yang betulnya? Hmm siyesly saya memang teramat malu untuk buka mulut nak minta duit dengan parents saya sekarang sebab saya sedar saya dah boleh jana duit sendiri. Eventho ibu and ayah tak berkira dengan anak-anak pasal duit tapi saya tetap rasa rendah diri and malu sendiri nak minta duit diaorang.
Korang tak rasa malu ke bila minta duit parents? Sedangkan mereka ada tanggungjawab yang lebih besar dari kita semua. Even gaji ayah 5 kali ganda lagi besar dari gaji saya tapi saya tak minta duit itu kerana saya tahu ayah lagi banyak tanggungan dari saya. Siapa settlekan bil api air kalau bukan ayah? Siapa bayar duit kereta and rumah kalau bukan ayah? So saya terdiam disitu.
Walaupun ibu dan ayah bergaji, saya tetap berusaha untuk membuat simpanan untuk mereka. Walaupun hanya RM100 sebulan tetapi saya tetap rasa bangga kerana tak ramai rakan saya yang ingat susah payah ibu dan ayah mereka. Bukanlah nak cakap saya anak yang baik. Tapi saya cuma nak cakap saya seorang anak yang beringat.
Sampaikan ibu paksa saya jangan bagi duit untuk dia bulan lepas semata-mata suruh saya tukar handphone baru. Hahha boleh tak nak cakap saya terharu? Tapi saya tetap simpan niat saya untuk tukar handphone baru walaupun saya sedar handphone saya sekarang sudah hampir tidak bernyawa.
Dengan gaji hanya tak sampai seribu sebulan, saya mampu untuk membayar pinjaman PTPTN saya, bil P1 W1MAX, bantu ayah untuk memberi belanja bulanan kepada adik lelaki saya dan juga tolong isi minyak kereta ayah. Huhhu betul tau. Sebab kesian tengok ayah hari-hari kena hantar and jemput balik kerja. Beringat okay.
Lepas dah setel semua baru saya plan nak beli apa untuk diri sendiri pada bulan ini. Hmm apa ye? Bulan nie plan nak beli sandals and wedges. Then nak cari new jeans for myself. After that baru menabung untuk beli handphone baru.
Bagi mereka yang kaya raya, saya ucapkan tahniah kepada anda. Anda mampu untuk membeli sehelai jeans Guess berharga RM200 keatas setiap bulan. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari wang saku yang banyak. Tapi bagi orang biasa seperti saya, nak makan pun cari tempat paling murah. Nak hangout pun fikir lima enam kali sebab nak saving duit. Nak sambung study pun fikir banyak kali samada saya mampu atau tidak untuk membayar yuran pendaftaran.
Memang saya mengaku yang saya cukup benci dan meluat tengok mereka yang berpakaian berjenama dan duit didalam purse@wallet setiap hari tidak kurang dari RM100. Bukan saya cemburu tetapi saya benci kerana mereka belum tentu mampu untuk berdikari sendiri dan hanya mengharapkan duit biasiswa dari parents semata-mata. Jangan berlagak didepan saya bila anda kaya hanya kerana family background anda yang memang dah kaya sejak dari azali lagi okay. Bab itu memang saya tak hairan.
No comments:
Post a Comment