Ramai yang tanya aku. Best ke blogging? Ada jugak yang tanya hebat sangat ke blog aku nie sampai asyik layan blog jer? Well aku tak adalah hebat sangat pun. Blog aku pun bukan dikenali ramai. Followers baru seratus lebih jer. Kalau nak dibandingkan dengan blog Hanis Zalikha or Fatin Liyana or Ailyl Rozanna or Zack Zukhairi itu memang aku tak dapat nak followlah. Diaorang punya followers dah ribu riban kan. Okay sedih sat.
Blog yang best bergantung kepada isinya. Cara penulisan korang kena hebat. Ini kalau setakat tulis macam aku nie memang payah sikitlah der nak dapat followers. Apatah lagi nak naikkan nuff. Hahha.
Isi dalam entry korang pun tak semestinya hebat. Kadang-kadang orang cerita pasal balik kampung pun dah ramai yang komen. Apa yang penting adalah cara korang sampaikan cerita tersebut mestilah menarik. Jangan selalu guna shortform. Payah orang nak baca. Sikit-sikit boleh tapi kalau semua ayat korang nak tibai bahasa SMS memang lemaulah orang nak habiskan baca entry korang.
Minat untuk blogging mesti ada. Korang kena tahu apa tujuan korang buat blog. Macam aku nie, aku blogging sebab aku suka share tips, suka share cerita peribadi aku dengan korang sebab aku anggap korang hanyalah rakan di dunia maya yang kadangkala lebih memahami apa yang aku nak bagitahu berbanding dengan rakan dunia realiti.
Ada jugak orang yang berblogging kerana nak mencari side income lebat. Okay kalau pasal nie korang kena rajin main SEO. Susah sikit sebab korang kena rajin update entry. Jangan update 3-4 hari macam aku nie. Yang penting keywords untuk entry itu mesti tahap dewa punya. Jangan main keywords cikai2. Orang tak pandang sangat.
For those girls yang suka buat photo shot, apa kata korang tampal 5-6 puluh keping gambar cun melecun korang itu dekat blog. Sure ramai gila kot yang singgah blog korang.
Gambar yang korang nak letak pun mesti hebat. Jangan letak gambar yang tahap parkinson gigil-gigil amik gambar itu tak yah. Simpan je kat laptop korang. Boh ah gambar yang super dupper yummy orang nak tengok kan. Baru meletup.
Yang penting korang kena bersabar. Kalau takat baru dua tiga bulan blogging korang janganlah expect to high from blogging. Jangan bandingkan diri dengan mereka yang dah lima nam tahun blogging pulak.
Pesan Cik Effie: Blog yang hebat akan jadi bertambah best kalau korang minat blogging.
3 comments:
betul2..bila minat mesti kita rasa semangat je nak update and nak blogwalking ni.:)
uit mne shoutbox..dah kena masuk lombong ke? haha
nway comment on this entry..yea betul!! depend on tujuan berblogging..klu follower ramai pun, deorg x bace isi kandungan, baik xyah ade follower pun xpe..yg pengting quality rather than quantity..betul tak cik tuan belog?? hee~
just 2 pence from me
Nur Anis: Yepp kalau tak minat blogging, memang jarang nak blogwalking pun kan.
Post a Comment