17 March 2011

Fakta sihat tentang air kelapa muda



Salam semua. Hmm korang sure pernah minum air kelapa muda kan? Tapi korang pernah terfikir tak yang kelapa muda ini sangat berkhasiat? Ada sesetengah orang menganggap air kelapa muda sesuai diminum untuk mengurangkan suhu kepanasan badan anda ketika demam sahaja. Tetapi kalau korang hendak tahu, ada banyak lagi khasiat air kelapa muda yang masih kita belum ketahui. Jom semak bawah.


  • Air kelapa muda tidak mempunyai kolesterol dan ianya juga rendah lemak. Jadi jika anda minum air kelapa muda hari-hari pun badan anda tidak akan berubah bentuk. So after this jangan takut lagi nak minum air kelapa muda okay. Dia tak sama macam santan.


  • Air kelapa muda mampu membuat peredaran darah anda berjalan lebih lancar dan juga dapat mengubati masalah pencernaan. Bagi mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk buang air kecil, segelas air kelapa muda mampu mengubati masalah anda. Bagi pesakit batu karang juga digalakkan untuk meminum air kelapa muda ini untuk memecah batu karang tersebut dan membantu ia keluar dari tubuh anda.


  • Air kelapa muda dapat meningkatkan daya tahan tubuh dalam menentang virus yang menjadi penyebab penyakit.


  • Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat berkhasiat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

  • Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding dengan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kejang, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan pra matang. Jadi seeloknya, ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk meminum air kelapa selalu.


Hmm banyak juga kan khasiat meminum air kelapa muda nie. SO after this korang jangan salah anggap yang minum air kelapa akan buat perut kita kembung pula! Try minum air kelapa fresh. Tanpa ais dan air gula. Memang heaven!

Pesan Cik Effie: Pakcik Money Changer sebelah kedai jual air kelapa muda. Hari-hari dapat minum air kelapa muda free. Wahh berkhasiat betul ek air kelapa muda nie. Hahha pakcik! Saya nak minum free lagi boleh?

2 comments:

puteraduyong said...

yang penting..ia sgt best... :)

Cik Effie said...

Yepp. Memang sangat best.