18 November 2010

Cinta jarak jauh?




Assalamualaikum semua..Thanx sebab masih sudi membaca entry kali ini walaupun saya memang dah jarang blogwalking belog korang semua..Thanx for the new comers..



Cinta jarak jauh?Adeh macam memeritkan..Macam membosankan..Macam menyedihkan..Macam susah nak dipercayai..Macam sukar untuk dimeterai..





Okay terus terang saya katakan disini..Saya juga mengalami dilema cinta jarak jauh..Walaupun hubungan kami masih belum boleh dikategorikan sebagai dalam usia setahun jagung tapi mengerti apa itu cinta jarak jauh..



Setakat ini masih belum ada apa-apa masalah tentang ini..Bagi sayalah..Tak tahu pula bagi si dia itu bagaimana..



Memang banyak masalah dalam percintaan jarak jauh..Tapi anda mesti ingat..Setiap masalah yang diberi, ada jalan penyelesaiannya..Kita tak akan diduga dengan dugaan yang kita tak boleh tanggung..



Lazimnya cinta jarak jauh memerlukan kejujuran yang penuh..Jika kita jujur, dan jika kita percaya bahawa pasangan kita jujur, maka tenanglah hati kita..Cuba anda bayangkan..Jika pada kali pertama kita berbohong, anda rasa anda akan ingatkah pembohongan yang telah kita lakukan itu?Berlaku jujur tidak akan memeningkan kepala kita..Mungkin sukar untuk anda mempercayai pasangan anda tapi....Percayalah pada kata hati..Kata hati tak pernah menipu..



Jangan takut untuk berjumpa dengan ibu bapa pasangan anda..Jika anda berada di pihak yang betul, anda tidak akan ragu-ragu untuk berjumpa dengan mereka..Jika anda serius dengan perhubungan anda, sila beranikan diri anda untuk berterus terang dengan mereka..Tak diterima?Mungkin ada sebabnya..Cuba anda bayangkan..Jika pihak lelaki enggan berjumpa dengan ibu bapa anda, atau cuba mengelak dari berjumpa dengan keluarga anda, adakah anda sendiri akan percaya dengan lelaki tersebut?Percayalah..Si dia belum mahu terikat dengan komitmen lagi..Mana mungkin ibu dan bapa anda akan menyerahkan anda kepada si lelaki itu..Sebab itu pihak lelaki direject..



Walaupun percintaan jarak jauh memang merumitkan, belajarlah untuk memahami dan bersabar..Tidak rugi jika anda bersabar..Mungkin si dia sedang berbual dengan rakannya..Atau mungkin si dia sedang bermain futsal bersama dengan teman yang dikenali terlebih dahulu dari anda..Ataupun si dia sedang lepak di kedai mamak bersama kawan-kawannya..Hindarkan sifat cemburu itu jika anda inginkan perhubungan jarak jauh ini tidak akan berakhir..Percayalah..Seperti mana anda memerlukan masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan anda, seperti itu jugalah beliau..Jangan buat dia berasa rimas dengan kongkongan terlampau anda..



Belajarlah untuk mengenali sahabat-sahabat si dia..Kalau anda sering menceritakan perihal sahabat anda dan berharap agar si dia memahami anda dan mengenali rakan anda, si dia juga mungkin merasakan hal yang sama..Kenali rakan yang rapat dengannya..Kenali juga sifat dan tingkah laku sahabatnya..



Hadkan diri anda untuk merajinkan diri menyemak setiap komen di Facebook, Twitter, Blogger, dan Handphone peribadi si dia kerana si dia tidak mungkin akan selesa dengan tingkah laku anda..Apabila setiap komen yang masuk di Facebook dan Twitter dikaji selidik oleh anda, rakan-rakannya turut merasa rimas dengan perangai anda..Berkemungkinan besar, anda sendiri akan rasa rimas jika si dia melakukan perkara tersebut kepada anda kan?



Ada sesetengah manusia yang suka berdua-duaan tak kira masa tak kira tempat..Orang seperti itu, digalakkan untuk tidak terjebak dalam cinta jarak jauh okay..Bahaya!Bagi saya sendiri, saya kurang menggemari untuk selalu berjumpa..Selalu calling-calling...Selalu ber'SMS' dan sebagainya..Kerana saya mudah berasa bosan dan jemu bila perlakuan itu dibuat selalu..Biar kita lama tak jumpa dan bila sesekali berjumpa kita bagai tidak boleh berpisah..Itu akan membuatkan kita saling memerlukan antara satu sama lain...



Istilah curang jarang ada pada diri saya..Bukan kerana saya ingin mengatakan bahawa saya perempuan baik..Tapi saya bukanlah juga perempuan yang tidak baik..Selagi saya ingat saya masih ada kekasih, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalah sejarah hidup saya..



Cuba mengenali ahli keluarga si dia..Bukanlah perkara yang sukar untuk dilakukan bukan?Hanya perlu mengenali si dia dan keluarganya..Cuba kenali wajah mereka, nama mereka dan perilaku mereka..Dengan berbuat sedemikian, anda mungkin akan lebih bersedia apabila pada suatu hari nanti si dia mengajak anda bertemu muka dan mengenali dengan lebih rapat lagi dengan mereka..



Elakkan untuk bersifat kebudak-budakan dengan si dia..Manja itu perlu tapi ada had dan batasnya..Jangan sengaja nak gedik-gedik manja sedangkan si dia tahu bahawa anda bukanlah dari kategori orang yang begitu..Hey!Orang lelaki tahu okay samada perilaku anda itu natural atau sengaja dibuat-buat..Jangan risau..Dari percakapan anda sahaja si dia sudah tahu anda jenis yang bagaimana..Lepas itu si dia mesti berfikir..Boleh dibuat 'bini' ke budak-budak macam ini?



Jangan terlalu memberi harapan kerana jika harapan kita itu musnah, kita juga berkemungkinan besar akan musnah bersamanya..Biarlah masa menentukan arah tuju kita..Jangan terburu-buru..Hubungan cinta jarak jauh agak sukar untuk ditentukan arah tujunya..



Pesan Cik Effie: Jika kita ingin dipercayai, percayalah orang disekeliling kita..Jika kita ingin dicintai, cintailah orang disekeliling kita..Jika kita ingin disayangi, sayangilah orang disekeliling kita..Jika kita ingin mempunyai hak sebagai manusia, janganlah meragui hak orang disekeliling kita..Tak susah buka?

5 comments:

mohad said...

salam ziarah

Reine said...

ehem2..hihi semoga bahagie ye cik effie ku syg.. :)

YuSeNzE - KniGhT said...

oo ok!! da faham da pasal cinta jarak jauh ni..

tapi mungkin x semua org setuju.. hmm..

Cik Effie said...

yusenze: kita tak boleh nak kawal orang lain..biarkan mereka..mana yang kita rasa betul,kita terima..mana yang kita rasa macam melampau,kita jadikan ped0man..

Cik Effie said...

reine byxura: thanx ma dear..tapi kan, mcm ramai yang x setuju pasal ni..sedih pulak rasa